Setahun Sudah Berlalu

Salam bahagia untuk semua. Rasanya seperti sekejap sahaja masa berlalu. Tempoh dua bulan tahun 2011 ini penuh dengan kesibukan kerja yang agak mendesak. Biar pun begitu saya masih juga cuba mencuri masa untuk blog tehramuan ini.

Pada 27 Feb 2011 lepas, genap setahun tehramuan berada di alam maya untuk turut sama memeriahkan dunia blog. Bermula dengan blogspot, tehramuan kemudian bertukar kepada wordpress pada 10.10.10 setelah menerima hadiah dari bro sangilapi.

setahun post
Dalam tempoh setahun, tehramuan sempat membuat 273 entri, tidak termasuk entri Terlewat Lagi yang dihantar semalam. Rekod wordpress ini menunjukkan ada 6501 komen, 4 halaman, 8 katagori dan 1075 tag. Malang sekali kerana komen-komen ketika bersama blogspot tidak berjaya dipindahkan ke sini. Pengomen paling banyak sepanjang Februari pula seperti senarai di bawah.

nangka masak dibawa ke kuala
dibuang biji ke rantau sedeli
selangkah jarak antara kita
terasa seperti berjalan sehari

ranum masak di dalam taman
harum wangi memikat kalbu
sehari tidak memandang tuan
semusim hati memendam rindu

berkicau nuri pelepahnya biru
burung tekukur bertelur lagi
seminggu hati dipujuk rindu
sebulan tidur berteman mimpi

di tepi hutan bermegah helang
anak tempua kehilangan ibu
sepekan tuan di rantau orang
setahun hamba makan tak lalu

Sekali lagi terima kasih kepada semua pengomen dan pengunjung blog ini. Seperti juga bulan Januari, avatar 5 pengomen terbanyak akan berada di sidebar blog ini sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga dari admin kerana sokongan yang berterusan.

TehrDemikian kisah 'Setahun Sudah Berlalu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. padin says:

    1st untuk bulan Mac, hehee

    wah selamat ulang tahun tehramuan, nasib baik bukan 29 feb, ehee
    umm, tehramuan ni dah jadi blog kedua aku, mungkin heheee..
    teruskan usaha cikgu..

    1. tehr says:

      belum tido juga rupanya bro padin

      malam ini aku ‘terlewat’ pula ngadap blog
      hahaha

      1. padin says:

        aku lupa soalan test 1 semester ni belum siap,
        tu yang stay up, hahahaa

        1. tehr says:

          masih sama dengan aku juga
          markah math th 3 aku belum siapkan
          huhu

  2. mie says:

    wow!!
    dah masuk setahun..
    patut la makin mantap..
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Gambar Konsert Maher Zain 2011 di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      thanks, mie
      harap2 tahun kedua ni akan lebih bermutu
      hehe

  3. LiFe KaMi says:

    tahniah bro, kejap je kan dah setahun,,
    semoga blog bro semakin mantap dan berjaya..:)
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Tips Awet MudaMy Profile

    1. tehr says:

      harapan yang tinggi menggunung

  4. Norgadis says:

    Wah… dah setahun…
    tahniah, teruskan usaha cikgu
    pantun jangan dilupa, kerana pantun saya di saini hehehe…

    1. tehr says:

      kadang2 mood berpantun jauh ke laut :D

  5. Cantik tarikh tu 10.10.10…. ;)
    Tahniah kepada bro Tehr. Semoga terus maju di dalam dunia blogging.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Kerdau- Merlimau by-electionMy Profile

    1. tehr says:

      begitulah juga harapan saya sendiri
      tapi masalahnya, idea macam tak mahu berkembang je

  6. fikryn says:

    Salam..
    Dah setahun ya.. Tentu banyak pengalaman dalam setahun tu. Bila tengok senarai pengomen tu, memang tak dinafikan kebanyakannya adalah pengomen2 yg paling rajin. Tahniah buat mereka..

    Bermegah helang di tepi hutan,
    Mengaum harimau rasa bergema,
    Setahun sudah menambah pengalaman,
    Sudi-sudikan berkongsi bersama.
    fikryn baru je tulis kisah Konsisten – Faktor SEO Yang DilupakanMy Profile

    1. tehr says:

      setahun juga sudah berlalu
      februari pula melangkah pergi
      harap-harap bertambah ilmu
      bersama-sama kita berkongsi

  7. belalang says:

    sudah setahun usia blog teh ramuan? tahniah…
    xsangka belalang x tersenarai dlm pengomen d atas…huuuhuuu

    semoga lebih bersemangat utk berblog tehr :)
    belalang baru je tulis kisah Pakej Tukar Suami Isteri- Geli Ya AmatMy Profile

    1. tehr says:

      semangat masih ada, belalang
      cuma kekadang, idea je ntah kemana

  8. Ismail N says:

    Wah taniah tahniah…
    274 entries dalam satu tahun.. hebat tu.
    Teruskan menghidang teh utk kami semua. We’ll be back… :D

    1. tehr says:

      tak daya nak buat 365 entri seperti yang dihajatkan :D

      1. Ismail N says:

        365? full time blogger ler bro… :D

  9. izan ishak says:

    tahniah tehr!
    kejap je masa berlalu…
    happy blogging!
    izan ishak baru je tulis kisah Weekend Yang Padat!My Profile

    1. tehr says:

      memang happy
      tapi idea tak mahu happy :(

  10. toyol says:

    wah..
    dah ratus2 entry ye dlm setahun ni..
    blog ni mmg best.. sempoi je..
    TK punya ntah boleh sampai ke tidak nk sambut ulangtahun pertama tu..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah SI BOTAK JUAL SYAMPUMy Profile

    1. tehr says:

      boleh je tu, tk
      insya allah

  11. Hadi Rofiee says:

    Tahniah untuk tehramuan & juga semua yang berjaya.

    Tahun ini kita berblogging lagi dengan perkongsian2 yang bermanfaat. i’Allah. :-)

    Tahniah sekali lagi.

    1. tehr says:

      yups
      kita sama2 bergembira kerana tidak menyusahkan orang :D

  12. zulkbo says:

    salam dan tahniah
    dari saya buat tuanpunya
    bLOG Teh RAMUAN..
    Semoga terus steady
    dan success dalam blogging
    zulkbo baru je tulis kisah Senarai Pemenang Anugerah Academy Ke-83 OscarMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      harapannya macam tu le, zul
      hehe

  13. syira says:

    salam

    setahun tu cepat je berlalu..teruskan berkarya yea…

    dalam hati pun nak pakai wp gak ni, tunggu masa je.

    1. tehr says:

      yups
      jangan tunggu lama2 ya, syira :D

  14. mappiau says:

    wah!! setahun sudah, tahniah yea. Mudahan lepas ni pengeluaran teh akan lebih pesat lagi ehehehe.
    mappiau baru je tulis kisah Outdoor Games Pulok!! EheheheMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 saja cawangan ladang teh aka bertambah
      haha

  15. Cik Siti says:

    tahniah…. semoga terus maju jaya…. tersenarai juga nak Cik Siti ye….
    Cik Siti baru je tulis kisah Keperluan Atau KehendakMy Profile

    1. tehr says:

      cik siti memang antara penyokong kuat :)
      thanks

  16. kakyon says:

    selamat ulang tahun..sama plak ngan besday anak akak..:)

    semuga sukses dlm berblog dan menghasilkan n3 yg bagus.
    kakyon baru je tulis kisah diet warga emasMy Profile

    1. tehr says:

      eh, ya ke
      selamat hari lahir untuk anak akak
      moa2 gembira selalu

  17. akubiomed says:

    Tanniah bro TehR sudah setahun berkarya dan masih mengekal budaya ketimuran dengan berpantun. Ia adalah kekurangan yang saya ada.

    Selamat berkarya :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pemakaian tali pinggang keledar kepada kanak-kanak SelamatkahMy Profile

    1. tehr says:

      hanya ini je yang saya mampu
      nasib juga ada sokongan semangat dari kawan2 di luar sana

  18. Seri Bahasa says:

    selamat menyambut ulang tahun yang pertama. eh..bila nak adakan jamuan teh untuk member2 kita.

    1. tehr says:

      ya la
      bila la agaknya dapat jemput member2 minum teh
      hehe

  19. suri says:

    salam malam…
    stiil belum tdo hooo..
    Alhamdulilah kerna ada yg menghargainya ..
    kami sini mmg sng hati menerimanay wahai tuan rumah
    ;0

  20. suri says:

    selamat ulang tahun brr..moga bro tehr akan terus mengekalkan tradisi berpantun ni utk selama-lamanya :)

  21. Zik says:

    yang penting karya dari terh itu sudah ada cap brand tersendiri…. pantas masa berlalu..dah setahun…. huhu
    Zik baru je tulis kisah Bahasa isyarat – apa kepentingannyaMy Profile

  22. Mus says:

    selamat ulang tahun.. memang tak terasasetahun telah berlalu
    Mus baru je tulis kisah Keharmonian Bandar Kota Kinabalu Yang Telah Tercemar Akibat Aktiviti Ini Aktiviti ApaMy Profile

  23. dnoBiz says:

    Aku dah tercicir nampaknya…
    teringin nak kejar semula tapi untuk masa sekarang memang tak mampu..
    dnoBiz baru je tulis kisah Artis Tak Bermoral – Tanggungjawab siapa sebenarnya My Profile

  24. decrewz says:

    Dah genap setahun rupanya.. So, selmat ulang tahun blog..he3
    decrewz baru je tulis kisah Tukar Gambar Kepada Bentuk TeksMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun