Sesat Dalam Lumpur

kuala lumpur indah sekali
tetapi sungainya pekat sebati
mengharap tenang sukar terjadi
bising dan debu mencengkam bumi

megahnya kota tegak berdiri
bangunan batu dibina tinggi
tetamu pula datang dan pergi
budaya moden keras berdaki

tempat remaja hijrah kemari
ilmu dan ijazah ingin dicari
ibu dah pesan pulangmu nanti
janganlah dibawa perkara keji

semua bergerak tidak berhenti
malamnya seperti di siang hari
lorong dan lubang sedia digali
buat mencari keseronokan hati

mudah bertanya di mana rezeki
asalkan sanggup semua menjadi
syaitan menegur di kanan di kiri
hingga menggadai kawan sendiri

di hutan batu di bandaraya ini
susahnya insan menabur pekerti
kerana hidupnya mesti berdikari
sanggup kehilangan akal dan budi

sekali tersesat di hutan begini
sukarlah mencari jalan kembali
banyak cerita memang terjadi
sebagai teladan untuk berbakti

TehrDemikian kisah 'Sesat Dalam Lumpur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun