Serupa Tapi Tak Sama

Tiba-tiba aku jumpa gambar ni dalam facebook. Dan aku percaya ramai yang sudah melihatnya. Dan ramai yang percaya bahawa dua gambar ini adalah gambar yang sama.

TIDAK!

Dua gambar ini bukan gambar yang sama.

Sedangkan ada 2,968 orang menyukai gambar ini di facebook. Dan aku tak tahu apa yang mereka suka sebenarnya!

Aku pula percaya dua gambar ini adalah gambar yang berlainan. Aku tegaskan lagi sekali. DUA GAMBAR YANG BERLAINAN. Diambil di tempat yang sama. Dengan masa yang sedikit berbeza.

serupa tapi tak samaAku dapat kesan secara kasar ada enam [6] perbezaan ketara pada kedua-dua gambar ini.

  1. Kedudukan garisan hitam dekat bahu budak lelaki berbaju hitam.
  2. Arah pandangan budak lelaki berbaju hitam.
  3. Kedudukan bahu budak lelaki berbaju hitam
  4. Kedudukan tangan dan kaki budak lelaki berbaju merah.
  5. Arah pandangan budak perempuan baju biru.
  6. Kedudukan kepala dan arah pandangan budak perempuan bertudung hitam.

Dan aku percaya ada beberapa perbezaan lagi yang terdapat pada kedua-dua gambar ini sekiranya diperhatikan dengan teliti.

Pada pendapat aku, gambar pertama di sebelah kiri diambil sambil duduk dan gambar kedua di sebelah kanan diambil sambil berdiri.

Gambar pertama gagal menghindari cahaya dari belakang kerana duduk, sedangkan gambar kedua berjaya mengelak cahaya kerana berdiri.

***

Aku harap korang tak marah. Aku hanya cuba menjelaskan kebenaran mengikut pandangan dan perhatian aku. Harap-harap selepas ni perkara seperti ini tak akan berlaku lagi.

Karang pantun cepat-cepat,
Ilhamnya tiba sekali-sekala;
Bukan santun gambar dikerat,
Hanya serupa tapi tak sama.

Sekian.

TehrDemikian kisah 'Serupa Tapi Tak Sama' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. Anuar says:

    Bagusnya tuan dapat meniliti gambar secara Detail… Boleh masuk team CSI ni.. ;)
    Anuar baru je tulis kisah Kalau saya menang DiGi WWWOW Awards 2014My Profile

    1. TehR says:

      tiba2 ternampak ada perbezaannya
      jadi aku rasa perlu untuk diberi penjelasan

  2. Logeswary says:

    Lepas tuan menerangkan perbezaan, baru saya pun perasaan ada perbezaan pada ke dua2 gambar tersbut. Cara analisis yang efektif.
    Logeswary baru je tulis kisah Men’s Vital Health SetMy Profile

    1. TehR says:

      perbezaan ke-6 tu agak ketara

  3. dja@sishaza says:

    Sekali pandang memang tak perasan, tapi bila dah renung betul2 memang sangat berbeza …terutama perubahan ke-4 tu. Alahai macam2 cara orang sekarang ni ye ..
    dja@sishaza baru je tulis kisah PENGALAMAN BISNES DROPSHIPMy Profile

  4. sud@is says:

    bila diamati mengikut keterangan cikgu baru perasan, ciplak lepas tu buat post…

  5. maza says:

    Tapi satu yang maza fikir adalah persamaan bagi kedua gambar itu iaitu kelima2 anak yatim yang diceritkan ada dalam gambar itu.

    Hehehehe
    maza baru je tulis kisah Kari Kepala Ikan BangsarMy Profile

  6. kakyon says:

    nampak sangat reporter malas buat kerja. hasil kerja orang lain mengaku dia punya..
    kakyon baru je tulis kisah Kek Coklat Sedap.. ada dna babi?My Profile

  7. akubiomed says:

    Nampaknya senario politik kita belum cukup matang seperti keanak-anakkan.
    akubiomed baru je tulis kisah Penantian 17 tahun Mee Kolok berakhir di Citrarasa Kuala Lumpur 2014My Profile

  8. Hero Borneo says:

    lepas ini tuan boleh terbitkan banyak lagi isu macam ni!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Hebatnya Jika Semua Hidup Bahagia!My Profile

  9. Ismail N says:

    Karang pantun cepat-cepat,
    Ilhamnya tiba sekali-sekala;
    Walaupun teliti gambar dikerat,
    Teh Ramuan tahu ia tak sama.
    Ismail N baru je tulis kisah Maleficent in Malaysia : Once Upon A DreamMy Profile

  10. Hafizul says:

    Ha ah kan..memang nampak bezanya..
    Hafizul baru je tulis kisah I Love Pondok Kecil Ketat-KetatMy Profile

  11. amirulfaiz says:

    Macamlah orang sekarang ni kurang bijak kan? Orang sekarang kan dah celik IT dan teknologi. Harap pihak media faham akan hakikat ini.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Bujang sekejapMy Profile

  12. zik says:

    takpelah.. janji buat ikhlas.. itu yang diaorang nak potong gambar terpulanglah… huhu
    zik baru je tulis kisah Video highlights Felda United Vs Kelantan semi final Piala Malaysia 2nd leg 31 mei 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun