Serupa Tapi Tak Sama II

Kali ini Mr Tehr ada satu lagi kes serupa tapi tak sama. Tapi kes kali ini tak serupa sama sekali dengan kes pertama yang Mr Tehr lepaskan dalam entri sebelum ini.

Serupa Tapi Tak SamaDua laptop yang sama. Laptop di sebelah kiri tu Mrs Tehr yang punya. Yang di sebelah kanan pula yang ada peta dunia tu, Mr Tehr yang punya. Satu laptop rosak skrin dan yang satu lagi masih elok.

Mrs Tehr sebenarnya lebih sibuk kalau nak dibandingkan dengan Mr Tehr. Dia masih sambung belajar. Mr Tehr ni pula tak sambung apa-apa pun… :D

Maka dengan terpaksa, dengan berat hati Mr Tehr beri pinjam laptop kepunyaan Mr Tehr kepadanya.

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu blog ku aku pilu

( lagu Alleycats )

Ha ha ha

Itulah juga penyebabnya Mr Tehr jarang buat pantun baru dan jarang jenguk blog korang semenjak dua menjak ni. Hajatnya hari ni nak ke Kota Bharu untuk beli skrin laptop baru sebagai ganti skrin laptop yang rosak tu. Harap-harap sempat .

sayangkan anak, belikan aiskrim
sayangkan isteri gantikan skrin

Ha ha ha…

Hari ni Mrs Tehr pergi berurut. Dapat la Mr Tehr hadap blog dan buat entri ni.

TehrDemikian kisah 'Serupa Tapi Tak Sama II' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. akubiomed says:

    Buat sementara pasang external monitor kepada laptop.
    akubiomed baru je tulis kisah Menimba ilmu Photojournalism di KL Travel Photojournalism Workshop 2014My Profile

    1. Ismail N says:

      Yup lagi murah beli monitor dari baiki screen laptop.
      Ismail N baru je tulis kisah Disney’s Frozen Is The 5th Highest-Grossing Film Ever!My Profile

  2. Cik Siti says:

    insyaallah… ada rezeki tu En Tehr… Sabar ye
    Cik Siti baru je tulis kisah Apa ada dalam handphone IIMy Profile

  3. maza says:

    Untuk lebih mudah akses, senang angkut ke mana2, murah dan ringan, izinkan usulkan agar membeli itab.

    Atas pokok kelapa sambil petik buahnya Cikgu boleh akses internet…

    Hehehehe

  4. dja@sishaza says:

    Betul kata Maza tu, beli jer yg baru ..err i mean laptop or tablet la, bukan baru yg lain yer hihihi :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah JOM SERTAI BENGKEL MUDAHNYA BISNES YANG BERSISTEMMy Profile

    1. Hero Borneo says:

      baru yang lain boleh gak!..nanti ada blogger yang bergelar mrs tehr2..sekadar bergurau sahaja.
      Hero Borneo baru je tulis kisah Hebatnya Jika Semua Hidup Bahagia!My Profile

  5. Arman says:

    Hati2 kalau tukar monitor, takut yg masuk nanti monitor second hand atau tiruan…
    Arman baru je tulis kisah 5 Sebab Kenapa Memilih Toneplus ?My Profile

  6. Saimi Ramlan says:

    Nampaknya Mr Tehr kena beli tablet. Berapa erk kos kalau tukar skrin di KB?
    Saimi Ramlan baru je tulis kisah Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27 OnlineMy Profile

  7. Beli monitor lain boleh function lagi tu. Tapi dah tak portable la.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Koleksi BukuMy Profile

  8. Hafizul says:

    hahaha..tak apa sekali sekala berkorban untuk isteri..banyak faedah dia tau..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah I Love Pondok Kecil Ketat-KetatMy Profile

    1. suri says:

      haaa saya pula pakai suami punya laptop heeee
      suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 11/2014_Sanofi Lactacyd April 2014My Profile

      1. Hafizul says:

        Tak apa..kira sama-sama kongsi ler tewwww….kan?suami mithali katakan..hahaha
        Hafizul baru je tulis kisah Isteri Pisau Cukur Mertua Pisau LipatMy Profile

  9. amirulfaiz says:

    Suami mithali nih. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Bujang sekejapMy Profile

  10. suri says:

    ala amcam bujang sekejaplah tampaknya heee
    suri baru je tulis kisah Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun