Pejam celik, pejam celik ini adalah kisah yang ke-1001 blog Tehramuan ini. Rasanya seperti tak percaya, aku sudah begitu banyak menulis dan mengarut di blog. Mujur aku tidak aktif di facebook, twitter atau laman sosial yang lain. Kalau tidak, pasti sangat banyak lagi apa yang aku karutkan.
Entri pertama aku tulis untuk blog Tehramuan [blogspot] ialah pada 27.02.2010 dengan tajuk At Least Look Good. Tidak pula aku ingat mengapa ketika itu aku memilih tajuk begitu sedangkan aku bukannya mahu menulis menggunakan Bahasa Inggeris.
Pada 10.10.10 aku mula menulis di WordPress dengan tajuk Pengantin Baru Dan Blog Baru. Domain dan hosting hadiah daripada Bro Joe Sangilapi (tuan punya blog RezekiMurah.Com). Jujurnya aku dah rindu dengan tulisan beliau. Harap-harap beliau akan kembali menulis lagi.

Selama aku menulis di blogspot dan WordPress ini, tiga entri yang paling banyak dilawati ialah:
Tiga entri yang paling banyak menerima komen pula [termasuk komen aku sendiri] ialah:
Pejam celik, pejam celik suatu ketika nanti kita akan pejam dan tidak akan celik lagi. Al-Fatihah buat arwah rakan blogger Jejai dari Teratakarmo.com dan takziah kepada keluarga allahyarham.
Pejam celik, pejam celik perjalanan hidup kita sentiasa penuh dengan berbagai warna kehidupan. Ada terang, ada gelap dan tak kurang juga yang samar-samar. Moga-moga segala apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak, dapat mendatangkan faedah kepada semua juga untuk diri kita sendiri.
Demikian kisah 'Seribu Satu Kisah' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


1001 kisah kehidupan ada yang pahit dan manis.
akubiomed recently posted..Pameran Raja Kita di Istana Negara bahagian 2
Tumpang lalu…
Hikayat seribu satu malam…
Memori berlaku manis-manis garam..
UmmiKami recently posted..Pantun Terakhir..
teringat cerita pramlee masam2 manis tu sis umie & ab
suri recently posted..Glasses, Cat & Gift 2013
‘cikgu suka main bola’
‘tiap2 hari cikgu main bola’
‘tiap2 hari cikgu tido’
haha
hehe…terimakasih banyak-banyak cikgu
sama2
jangan lupa siapkan kerja rumah
betul bro.. ada masanya gembira dan ada masanya bersedih.. moga keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini, takziah di ucapkan.
donnyien recently posted..4 sebab kenapa saya berhenti kerja
apa yang penting ialah sabar, bro
terima dengan penuh redha
kekadang saya fikirkan.. seratus tahun yg lepas, siapa agaknya di tempat kita skrg ini… sekejap shj berlalu.. seratus tahun akan datang dimana pula kita.. tentu sekejap juga akan berlalu…
psst: tahniah bro atas post yg ke 1000. Semoga ia menjadi ilmu yg dimanfaatkan dibawa ke akhirat nanti… aminnn..
begitu la hendaknya
moga2 tak ada yang terguris hati dengan apa yang ditulis
Salam manis titisan hujan..
Masa ibarat debu yang terbang,
Hilang seminit takkan dapat dikejar seribu tahun…
UmmiKami recently posted..Pantun Terakhir..
yups, tak akan dapat diulang kembali
aku dah lepas 1k post gak..
titan recently posted..MITBCA 2013 – Angkara siapa?
cayalah yg penting TAGS tu wah blh tahan banyak gak

suri recently posted..Tiada Alasan Bagimu
tak tahu la macam mana boleh banyak gitu
entah bagus atau tidak untuk kesihatan blog
Hari ini dan hari kemarin adalah masa lalu yang jadi kenangan dan besok adalah masa depan penuh harapan..
memberi manfaat terhadap sesama merupakan kenangan indah yang buahnya bisa dipetik dikemudian hari
grosir jilbab recently posted..JIlbab Paris Bordir Payet Cantik
insya-allah akan ada hasilnya nanti
masa terus berlalu meninggalkan kita..namun kita boleh meninggalkan entri dalam blog untuk tatapan pembaca pada masa akan datang..tahniah buat bro tehr.Terus terang saya katakan saya suka tulisan bro..
hanafi abdullah recently posted..Wordless Wednesday :Tempias Tahun Baru Cina
terima kasih, bro
harap2 juga tak ada yang berkecil hati
Dalam sehari mesti banyak kali nak jenguk berkali-kali di sini..
boleh2
percuma je
Sampai ketikanya kita semua akan ‘pejam’ juga. Semoga apa yg kita lakarkan dalam blog masing2 memberi faedah kpd pembaca. Setidak2 pun, tidak memutuskan orang lain.
Syabas bro tehr. Maintain PR 3/10
de engineur recently posted..Happy Chinese New Year from Kota Kinabalu
tidak menyusahkan orang lain tu yang penting
‘Menyusahkan’ ….napa lah dia jadi memutuskan. Mesti auto-correct mode keyboard ni waktu menaip.
nampak gaya sudah lama bro berblogging dri kami2 semua.tahniah
suri recently posted..Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_01/2013
yups, dah agak lama juga
kalau dengan blog sekolah
laaaaaaaagi la lama
sy tidak dapat menyemakknya mau gak buat entri berkenaan dg penulisan bg semangt pd diri supya perbanyakkan lagi artikel1 yg mnrik dlm blog.
suri recently posted..Glasses, Cat & Gift 2013
betul tu
sekadar cari semangat untuk diri sendiri
juga untuk ingatkan diri dengan apa yang kita tulis
saat indah bila kita baca kembali post2 lama.pasti ada mengusik hati
suri recently posted..Reput Fros Part II
pasti ada yang buat kita tersengeh sendiri
pernah juga buang post lama yang dirasakan tak sesuai lagi
hehe
1k belum sampai lagi
onlajer recently posted..Komen 10 Blogger Terbaik Malaysia
akan tiba juga nanti, bro
moga terus bersemangat
perkhh.. hebat cikgu tehr.. udah sampai posting ribu2 gitew..
maza gak ler masih itik gembo-gembo.. ahaks..
tahniah!
maza recently posted..Kena Qisas Demi Langsai Hutang
kalau la duit juga boleh dapat ribu2
hehe
erm..sedey sgt dgn pemergian jejai..beliau bole dktekn legend dlm dnia blog..wuwu
Katak Comel recently posted..GAMBAR TERKINI HANIS ZALIKHA
yups, antara orang lama tu
wah dah banyak rupanya..tahniah
hairulafiz recently posted..Wordless Wednesday #16 : Suka dan takut
harap2 ada faedahnya
hehe
semoga bro tehr teruskan berbelogging…
hairulafiz recently posted..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013
macam mana nak kena nombor ekor…haha ramai yer org jumpa entry tuh…:)
papa mifz recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.com
memang sentiasa ada yang cari nombor ekor ni
aku pun hairan
Rasa speechless bila ada terpandang gambar-gambar di wordless Wednesday..
sekeping gambar dengan seribu cerita
well done… mcm kagum je tengok…
tak ada apa yang nak dikagumkan
aku sedang mencari semangat untuk diri sendiri juga ni
wahh. pasti banyak maklumat yang terkandung di sini. good job! teruskan!
khairul asrol recently posted..Kesedihan Dalam Kegembiraan
yang pastinya banyak perkataan
maklumat belum pasti juga tu
hehe
salam..
tahniah Bro!
pejam celik,usia kita
semakin menuju ke
penghujung jalan..
selama saya di sini
memang terhibur
dengan TeH Ramuan
Bro Zulkbo recently posted..Nigeria Juara Piala Negara-Negara Afrika 2013 | Video Gol Sunday Mba
salam kembali
macam tu la kata orang tua2
pejam celik, pejam celik… sekejap je
hahaha ramai betul agaknya orang nak tahu cara nak kena nombor ekor,

padin recently posted..Dalam Kenangan
tu la pasal, bro
aku agak memang ramai orang melayu yang cari nombor ni
sebab blog ni menggunakan bahasa melayu
wow..banyaknya dah entri blog ni..pelbagai kisah telah di ceritakan..terbaik bro..
Sharafie recently posted..Kisah Seram Lawak Awek Cun Kentut Dalam Teksi
Tahniah cikgu utk entri yg ke seribu. Jujur ambe katakan, ambe tak pernah rase ralat tiap kali ke blog ni. Pasti ada pengisiannya.
Teruskan berkongsi nasihat utk kita bersama. Mga ada kebaikan. Ameen.
p.s. al fatihah utk arwah brp jejai…
hafizmd recently posted..Jadual Siaran Langsung Liga Super Februari 2013 Astro Arena 801
1k ehhhh… blogger tegar ni. Congrats bro. Teruskan ke 1,000,000 insya-allah…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Flowers At May Nursery KK
wow!!
dah banyak entri tu….
tahniah, moga terus sukses…
eehehehehe
mie recently posted..Bandar Sri Sendayan Menjadi Pilihan
1001… banyak tu
azura recently posted..Pavlova In Da House
dah hampir 3 tahun.. sekejap masa berlalu..
Wan Fauzi™ recently posted..Mesir Kembali ‘Bergolak’ ?
cantik gambar ulat tu.. pejam celik pejam celik, bertambah lagi usia kita sehari..
moga terus hebat menulis entry..
fiezaradzi recently posted..Dunia Tanpa Sempadan
Banyaknya post. Yang penting teruskan berpantun bro!
effort lab recently posted..Doktor Gigi Kuala Lumpur [12 gambar]