Seperti Aur Dengan Tebing

Kenal Udo Omar? Beliau seorang pelakon yang banyak memainkan peranan sebagai pelakon pembantu terutama dalam filem-filem P Ramlee. Dalam filem Nasib Si Labu Labi, beliau telah diberikan peranan sebagai pelakon utama dan telah berjaya membawa watak yang diberikan dengan baik sekali. Lucu betul menonton kisah Haji Bakhil dengan Cikgu Murni tu. :)

Tinggalkan Haji Bakhil dan Cikgu Murni, kita lompat kepada kisah Nujum Pak Belalang yang mana beliau diberikan watak sebagai pelakon pembantu sahaja. Dalam filem ini, Udo Omar juga memegang watak sebagai ahli nujum seperti Pak Belalang. Beliau ditugaskan menjual teka-teki kepada Pak Belalang dalam satu pertaruhan yang sangat besar iaitu sebuah negara. Dahsyat betul raja-raja ni berjudi kan?

Soalannya…

pertama:haji bakhil dan labu labi
sebuah blog diatur jadi
cantik segak amat berseni
dikunjung ramai setiap hari
bilakah mungkin akan berhenti?

kedua:
tetamu datang setiap hari
mana perhatian perlu diberi
mesej di shoutbox berlalu pergi
ataukah pengomen di setiap entri?

ketiga:
bloger lama atau pun baru
apabila dikomen entri kamu
adakah hormat kepada tetamu
balas kunjungan yang datang itu?

keempat:
di mana kekuatan seorang blogger
sehinggalah terkenal seantero maya
adakah keyboard atau pun komputer
mungkinkah pengunjung atau pembaca?

Hujan masih turun di Tumpat sejak pagi hinggalah sekarang [dah tengah malam]. Sudah tentu air sungai mengalir semakin deras serta meruntuhkan tebing di kiri kanan. Bernasib baik pula pada sebahagiannya terdapat rumpun pokok buluh yang subur menghijau. Bagus juga ‘aur dengan tebing’ ni, saling membantu antara satu sama lain. Kedua-duanya masih teguh menentang arus. :)

TehrDemikian kisah 'Seperti Aur Dengan Tebing' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


60 Comments

  1. CIk Su says:

    ops..banyak soklan..cik su dahulu kan pengomen le ..hehe
    CIk Su baru je tulis kisah BlackBerry Percuma Dari DiGiMy Profile

    1. tehr says:

      eh, banyak ke? baru 4 je tu
      ada banyak lagi sebenarnya :D

      1. Hadi Rofiee says:

        Bolehlah kemukakan lagi, ada masa, i’Allah akan cuba jawab. :-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Tabung derma di hari jumaatMy Profile

        1. tehr says:

          tak tau bila…
          insyaallah

  2. zik says:

    susah juga nak jawab tuh… erm… jawab yang no 2 … jawab pengomen di setiap entri.. yang di shoutbox tuh ….biarkan sahaja mereka menyepam..
    zik baru je tulis kisah Kadar inflasi naik 2di negara kita- bulan lepas 2010!My Profile

    1. tehr says:

      akismet tak dapat tapis yang tu, bro zik :)

      1. dnoBiz says:

        sekarang ni pun akismet dah tak larat nak layan dah ashik terlepas pandang je hahaha
        dnoBiz baru je tulis kisah Percutian mengejut – Kejutan Dan perubahan PerancanganMy Profile

        1. tehr says:

          begitulah nampak gayanya, dB
          akismet ni perlukan pembantu sekarang

          1. Ali ridha says:

            en.akismet dah nak pencen kot.
            Ali ridha baru je tulis kisah Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

  3. sangilapi says:

    jawapan no.1 – kalau domain dan hosting tidak direnew maka berhentilah kunjungan tersebut,lagi satu bandwidth bulanan habis diguna :)

    jawapan no.2 – kedua-duanya penyumbang pada trafik maka seelok-eloknya membalas kunjungan mereka :) [perlu diingat ada yang membaca entry tanpa meninggalkan komen]

    jawapan no.3 – begitulah sewajarnya,pada aku perkara ni kadang-kadang ambil masa sikit untuk membalas kunjungan mahupun komen :)

    jawapan no.4 – aku pilih kesemua yang di atas tu,yang pasti ia bagai aur dan tebing :)

    apapun aku lebih suka terbuka tanpa terikat :)…..tiada istilah mesti saling berbalas,sebab faktor utama di sini adalah masa .
    sangilapi baru je tulis kisah perkembangan semasaMy Profile

    1. tehr says:

      ada 10 bulan lagi tu, tq
      aku juga cuba balas semua
      cuma bila kekurangan masa aku utamakan komen pada entri sebab di sini ada pro dan kontra, kadang2 ada panduan baru yang diberikan pembaca
      kalau kat box, sebahagian besarnya komen secara umum

      1. Hadi Rofiee says:

        Bagi aku, akan cuba berusaha untuk membalas setiap komen daripada pengunjung. Hal ini kerana aku amat2 menghargainya. Semoga terus diberi kekuatan. Aamiin.

        p.s: masing2 mempunyai pendapat tersendiri. :-)
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Tabung derma di hari jumaatMy Profile

        1. tehr says:

          ya. pendapat masing2
          sama2 menyesuaikan diri

          1. suri says:

            teringin juga nak adakan masa utk blog tapi tak blh huaa…sllu curik jeguk blog, update blog adalah..

            apa yg pentig perhatian dari kluga harus di utamakan..kedua baru kje pjbat ketiga barulah blog huhu..

            1. tehr says:

              ‘yang dulu di dahulukan, yang kemudian dikemudiankan’ – petik kata2 labu

  4. wadud says:

    pergh terasa macam keperlian yang nyata..
    hehehe…

    1. tehr says:

      eh, bro
      tak perli sapa2, ok :)
      aku juga cuba untuk pesankan diri sendiri

  5. puteri says:

    1 – nak berhenti kah? mengapakah?
    2 – kalau saya, utamakan di komen.. dan kbtuln dh lama xda shoutbox :)
    3 – komen2, jgn xkomen :)
    4 – kekuatan seorg blogger, pada penulisannya. penulisan mencerminkn diri, sama seprti seorg yg brkata2.. :)

    5: I’m not spammer! hu.he :D
    puteri baru je tulis kisah noktah bahagiaMy Profile

    1. tehr says:

      bukan nak berhenti la, puteri
      itu hanya sekadar satu soalan je

      saya pun tak mahu jadi spammer :(

  6. 1.berhenti bile busy atau xde mood

    2.pngomen 1st:p

    3.balas je la^^

    4.penulisan..idea dan kesungguhan

    pndainyer ang berpantun bagai:)
    alexa yussida baru je tulis kisah shopaholicMy Profile

    1. tehr says:

      semua ni hanya sekadar hiburan
      tak mahu juga susahkan sesiapa
      salam untuk teman di perantauan
      moga bahagia, tenang dan berjaya

  7. bisk says:

    mungkin pada huruf B..kalau ditukarkan B kpd C mesti lain bunyiknya kan..hehe

    kekuatan blogger itu terletak pada semangatnya untuk terus berjuang di dunia maya ini.entry yg kreatif macam Tehr.
    bisk baru je tulis kisah i hate this situations!My Profile

    1. tehr says:

      lamanya aku tak minum ABC :D

      semua perlu ada tujuan tersendiri
      asal saja tujuannya bukan mahu menyusahkan orang
      blog bisk juga ada cara tersendiri, kan? :)

    2. Hadi Rofiee says:

      Setiap entri di blog ini memang kreatif. :-)

      Semoga terus menulis. Aamin.
      Hadi Rofiee baru je tulis kisah Tabung derma di hari jumaatMy Profile

      1. tehr says:

        akan dicuba selagi termampu :)
        TQ kerana selalu menyokong

  8. padin says:

    hehe.. ku coba menjawabnya..

    1. bila rutin berblog tiada dalam senarai yang perlu di buat dalam sehari..
    2. pengomen
    3.suka berbalas komen, mesra gitu
    4. pembaca.. pengunjung ribu riban tapi tiada pembaca, ouh sedihnya
    padin baru je tulis kisah Rahsia WarnaMy Profile

    1. tehr says:

      sama la dengan aku, bro
      kadang2 bila membaca blog yang bagus, komen pembaca selalu sahaja melengkapkan entri penulis
      aku memang suka macam tu

  9. sud@is says:

    cantik
    balas kunjung
    pengomen
    pembaca

    yang penting jadilah seperti aur dan tebing
    sud@is baru je tulis kisah Undangan WalimatulurusMy Profile

    1. tehr says:

      yups, dua2 untung :)

  10. lost kitty says:

    bagi komen lagi best dari tinggal jejak kat shout box

    1. tehr says:

      setuju, komen pada entri akan kekal bersama selamanya

  11. suzierahman says:

    no 2. erm klu suzie. yg mna smpt trjah kt shout tu, suzie terjah.. yg mna komen tu. suzie komen blk n3 mereka.

    *bro, umh suzie pon naik air..adeh lecah2 ni.
    suzierahman baru je tulis kisah Award 11- 12 &amp 13My Profile

    1. tehr says:

      dah banjir gak ke, suzie?
      perahu ada tak? kalau tak ada nampaknya kena guna rakit la :D

  12. belalang says:

    eh,mcm kesinambungan dari entry belalang jer…
    hahaha…

    bagi belalang setiap yg tggl komen d entry harus d utamakan…
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak salah lagi tu, belalang
      cuma, aku buat cara biasa, aku tak pandai mengarang :(

  13. tiefazatie says:

    ifa nak jwb gak nie.haha

    1.erm xtau la.ble die xde n3 baru kot.tp kalu die bw ada gak tue org dtg kan2.hihi.

    2. erm.ifa bls dua2 nie.sbb ifa bkn la org kenal sgt pun.so kalu xreply bw tue mesti ada org ckp sombong nie.haha.kalu pengomen ifa akan komen gak n3 dorg xkira bpe byk pun n3 yg ifa suka la.hihi.lgpun yg tgk jejak tue kdg2 baca pe n3 ifa cume dorg xtgk komen just ckp kt smix ja nie..hee

    3.ifa akan reply pe yg dorg komen kt n3 ifa tue n then pg blog dorg komen n3 dorg jg..hihi.sama2 bahagia kan2..

    4. pembaca la..hihi.sebab maknanya n3 kte tue dihargai dan dibaca jg kan atleast la.xde la lalu n tgl jejak je kan2..hihi..tp ifa suka tgl komen kt n3 ifa suka ja nie.haha

    owh sgt stuju bagai aur dan tebing tue..sama2 bahagia kan2.hihi
    tiefazatie baru je tulis kisah JOM JOIN HATIKUHATIGETAH GIVEAWAY !My Profile

    1. tehr says:

      yups, sama2 bahagia
      macam pau dengan intinya juga
      saling memerlukan :D

  14. Hadi Rofiee says:

    i’Allah, akan cuba memberi pandangan:

    1- selagi mempunyai kekuatan, motivasi & nyawa dikandung badan, selagi itulah blog akan terus wujud. i’Allah.

    2- shoutbox & komen, kedua2nya penting bagiku. Namun blog aku, tiada shoutbox. :-)

    3- setuju. Buat baik dibalas baik. Di samping itu, dapat mengeratkan silaturrahim. ;-)

    4- apa guna blog, jika tiada langsung pengunjung yang datang. Seperti bercakap keseorangan. Hehe.

    Sekian sahaja. Salah silap harap ditegur demi kebaikan bersama. :-))
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Tabung derma di hari jumaatMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, hadi
      saling menegur
      kalau nak kutuk pun, jangan le dengan bahasa yang kesat :)

  15. etomyam says:

    setelah berpuluh tahun tengok cite, baru tahu namanya udo omar hehehe, biasa panggil aji bakhil aje keh3.

    berblog sepatutnya menambah kenalan bukannya menambah musuh hehe :D
    etomyam baru je tulis kisah Rumusan Terhadap Page Speed Dan ySlowMy Profile

    1. tehr says:

      gelaran hj bakhil tu memang lebih popular dari nama dia :D

      kawan biar berjuta
      kekasih satu sahaja
      isteri mahu dua tiga
      musuh biarlah tiada

      hahaha

      1. Ali ridha says:

        harta habis.kini
        hidup menduda.huhuhu…….
        Ali ridha baru je tulis kisah Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

  16. Rubiyanto says:

    he he he, posting yang mengingatkan pada Pak Belalang, sieeep …..
    Rubiyanto baru je tulis kisah Download Crack Power DVD 10My Profile

    1. tehr says:

      belalang! oooooo belalang! :D

  17. Seri Bahasa says:

    teka-teki yang agak susah jugak ni. tapi agak seri karisma seseorang bloger tu yang membuat dia terkenal.

    1. tehr says:

      memang banyak penyebabnya nak jadi terkenal
      salah satu juga tu

  18. dnoBiz says:

    yang aku tau nama dia haji Bakhil je heheheh
    dnoBiz baru je tulis kisah Percutian mengejut – Kejutan Dan perubahan PerancanganMy Profile

    1. tehr says:

      betul, bro
      gelaran hj bakhil lebih popular
      dia sangat berjaya membawa watak hj bakhil

  19. mijie says:

    biar aku jawab,

    yang #1
    berhenti bila nafas ini terhenti

    yang #2

    tidak pernah gunakan shoutbox sebab banyak spammer, haha

    yang ketiga:

    tengok keadaan, kadang2 tertinggal juga untuk membalas kunjungan, maklumlah blogger separuh masa, buat sekadar yang termampu

    yang keempat:

    dalam diri sendiri, sebelum blog menjadi kuat, diri sendiri kena kuat untuk menghadapinya
    mijie baru je tulis kisah Cerita semalam yang hangatMy Profile

    1. tehr says:

      buat masa ni aku masih suka dengan dunia blogger ni
      macam2 info ada dan boleh dijadikan panduan

      suatu ketika nanti… hanya Dia Yang Maha Mengetahui

  20. ProfHariz says:

    1. Saya akan berhenti bila saya akan mati :)

    2. Mesej di komen wajib di balas :)

    3. Sudah pasti saya membalas kunjungan.. Dari pelbagai sudut.

    4. Mula dari diri turun ke komputer seterusnya kepada keyboards pembaca dan pengunjung :)
    ProfHariz baru je tulis kisah Berpoligami – Cinta Atau SexMy Profile

  21. Cik Siti says:

    ibarat aur dan tebing saling memerlukan….. tidak kira apa
    Cik Siti baru je tulis kisah Kontest dari SUARA BAWAH TANAHMy Profile

  22. Ismail N says:

    alahai teka-teki lak..
    belalang ohhh belalang..
    Ismail N baru je tulis kisah Di Larang Kencing!My Profile

    1. tehr says:

      ooooo pak belalang :D

  23. suri says:

    shout box jarang disemak hanyalah iklan semata2 sedih juga..tapi tak byk yg meninggalkan komen di ruang komen..spamlah gamaknya..

  24. suri says:

    pembaca dgn pengunjung dua2 dicari..
    klu tiada pembaca rasa cam sepi jer apa yang tertulis di perut blog,pngunjung pula datang utk memberikan komen.tanpa mereka juga pastii entri yang di pubish tak dibaca..kosong dan suram sesuatu blog tu huhu..

    1. tehr says:

      ya la, suri
      entri tanpa komen umpama pau tanpa inti
      tiada apa2…

  25. Ali ridha says:

    ampa semua kt atas la yang jawab soalan ni.
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  26. Ali ridha says:

    ibarat aku nak sambung nyawa tepi laut.
    betul tak?
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  27. Ali ridha says:

    sebagai penghargaan.aku datang balik beri
    komen kt blog orang lain.
    Ali ridha baru je tulis kisah Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun