Seperti Api Membakar Kayu

periuk belanga daripada tanah
masak hidangan hanya berdua
buruknya rupa diselubung marah
umpama haiwan di hutan rimba

masak berkuah ayam berkari
hidangan malam nikmat selera
apabila marah menguasai hati
berbalas dendam tiada hujungnya

selesai sudah santapan malam
melayan diri membelai rindu
maraknya marah hati di dalam
seperti api membakar kayu

ayam sebangsal dikunjung tamu
anak musang datang bertiga
tiada ditinggal kecuali debu
dihembus angin hilanglah ia

angsa berbunyi riuh rendah
musuh datang cuba dihambat
berdiam diri banyak faedah
panjatkan doa mohon selamat

Bergaduh, buli, bunuh-membunuh atau rumah tangga yang bercerai-berai boleh sahaja berpunca dari perasaan marah. Lelaki atau perempuan sama sahaja. Dari sekecil-kecil kejadian dalam keluarga hingga sebesar-besar kejadian melibatkan negara, menjadi porak peranda oleh kerana perasaan marah. Berbaloikah kita marah? Berterusan marah? Atau kita memang perlu untuk marah?

Imam Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

TehrDemikian kisah 'Seperti Api Membakar Kayu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun