Separuh Akhir Piala FA 2011

Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya ke separuh akhir Piala FA 2011. Kelantan mara dengan agregat 5–2 setelah menewaskan Felda United 3-0 dalam perlawanan kedua. Terengganu pula mara ke separuh akhir selepas berjaya menundukkan Perak dengan agregat 5-4, dalam perlawanan kedua mereka menang 3-1.

Malang bagi Johor yang tewas 1-3 dalam kedua-dua perlawanan suku akhir kepada selangor. Sebuah pasukan lagi yang berjaya mara ke separuh akhir ialah pahang. Walau pun seri 0-0 pada suku akhir kedua tetapi pada perlawanan pertama mereka telah berjaya menundukkan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-1.

separuh akhir piala fa 2011tiga pasukan pantai timur
pasti sekali akan terhibur
satu darinya sebelah barat
pasti tidak mahu tersekat

selangor perlu jumpa kelantan
akan bertemu secara berdepan
pahang pula jumpa terengganu
pertemuan ini ditunggu-tunggu

semua mahu perlawanan akhir
belum tahu di manakah takdir
tetapi semua mestilah berjuang
perlawanan akhir kalau menang

Satu pasukan dari pantai timur sama ada Terengganu atau pahang sudah pasti akan ke perlawanan akhir. Terpulang kepada Kelantan, berjaya atau tidak menyekat kemaraan Selangor. Kalau berjaya, kedua-dua pasukan di perlawanan akhir Piala FA tahun ini adalah pasukan dari pantai timur. Boleh atau tidak? Siapa kata boleh sila angkat tangan! :D

TehrDemikian kisah 'Separuh Akhir Piala FA 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


55 Comments

  1. zik says:

    ramalan final, mungkin kelantan vs terengganu… itu sahaja…
    zik baru je tulis kisah Live blog Gambar Bulan Supermoon- di flat kuMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 la termakbul :D

      1. penaberkala says:

        yeah, kelantan vs terengganu di final fa 2011 :)
        penaberkala baru je tulis kisah PERTANDINGAN ARTIKEL TERBAIK PILIHAN JUNKOMy Profile

        1. tehr says:

          …dan keputusannya kelantan menang :D

  2. Cik Siti says:

    agak-agak siapa yang akan ke FINAL????
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenapa Mat Moto pakai jaket terbalikMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tanya saya
      rasanya kelantan ke final
      hehe

      1. Ismail N says:

        Hu hu.. agak bias ramalan ni… Tapi dari segi barisan pemain, Kelantan mmg ada potensi utk masuk final.

        1. tehr says:

          harapan yang tinggi menggunung
          haha

  3. kulanz says:

    Pasukan Kelantan masih gagah lagi.. mungkin boleh masuk final juga..
    kulanz baru je tulis kisah Salma Mentor 5 Memang Tak CantikMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 la, bro
      nampak menjadi juga cara mr karathu

  4. ghost writer says:

    tak sokong mana-mana pasukan.

    pasukan mana pun yang bakal juara diucapkan tahniah dan berharap akan semakin berkualiti.
    ghost writer baru je tulis kisah black smokeMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, ghost
      kualiti memang penting untuk melangkah lebih jauh
      untuk cabaran luar negara misalnya

      1. ghost writer says:

        tapi sayang tahun nih kita terlalu takut untuk bersaing sehingga tidak menghantar langsung wakil.betapa ruginya malaysia dengan keputusan macam tuh..patutlar payah sangat nak maju.
        ghost writer baru je tulis kisah sensus toneMy Profile

        1. tehr says:

          mungkinkah kerana kekurangan bajet?

    2. Mus says:

      saya pun sama..
      saya bukan peminat tegar bola sepak..
      tapi sokongan pada sukan ini tetap ada..
      Mus baru je tulis kisah Lokan Bakar- Kelapa Bakar- Puding Kelapa di SalutMy Profile

      1. tehr says:

        saya pun dah tak berapa nak tegar, mus
        dah lama tak ke stadium
        dah tua2 ni banyak hal pulak nak diurus :D

    1. tehr says:

      di luar dari kawasan liputan tu, asy :D

  5. zulkbo says:

    salam..
    masih menyokong Pahang
    biarpun tinggal di Selangor
    ermmm..harapan ada peluang
    ke P.akhir..
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah Pilihanraya Negeri – Dewan Undangan Negeri SarawakMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sama la dengan saya
      dari dulu sampai sekarang sokong kelantan
      tapi… dah tak berapa nak tegar dah :D

  6. belalang says:

    team yang menjadi perhatian belalang utk liga dan piala FA tahun ini ialah pahang…nmpk mereka semakin menonjol…

    pun begitu kesemua pasukan yang berada d pusingan separuh akhir nih mmg best2 belaka!
    belalang baru je tulis kisah Datuk Ahmad Jusoh- Nikah Di Masjid Tiru Perbuatan Kristian Dan YahudiMy Profile

    1. dnoBiz says:

      Jangan lupa Kelantan Yang tak berhenti henti menonjol hehehe :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Krisis Libya – Tentera AS- Britain dan Perancis mula bedil LibyaMy Profile

    2. tehr says:

      pahang nampak senyap2 je menyusup masuk
      memang bahaya ni :D

  7. decrewz says:

    Anak jati pahang tetap sokong pahang..hu3
    decrewz baru je tulis kisah Cara Semak Kelayakan Masuk IPTAMy Profile

    1. tehr says:

      semangat, jai
      semangat

  8. puteri says:

    boleh, boleh!
    puteri baru je tulis kisah DNA oh DNAMy Profile

    1. suri says:

      apa yg blh tu gomo cek gomo ya puteri huu…

      1. dnoBiz says:

        aku pun dulu kurang minat gak tapi sejak nampak ada perubahan ni makin minat la pulak heeheh
        dnoBiz baru je tulis kisah Krisis Libya – Tentera AS- Britain dan Perancis mula bedil LibyaMy Profile

        1. tehr says:

          semangat cantek tu :D

  9. Norgadis says:

    Tahniah kepada yang menang, biarpun tak minat bola hehehe…

    1. tehr says:

      boleh je mula susun minat, nor
      bola tengah best ni

  10. Ismail N says:

    Kawe masih suka format zaman dulu2 bila team negeri-negeri aje yg main. Dia punya syok tu lain sikit. Sokong kelab ni masih susah nak di buat di Malaysia. Ya lah.. brp ramai sgt ler org kita nak pi stadium tgk bola. Bila dah byk team yg main, lagi kecik la fan club diaorg. :D

    1. tehr says:

      ya la, bro
      kalau nak guna kelab pun, jangan la banyak sangat
      memang tak sesuai dengan negara yang kecil

  11. toyol says:

    wah..
    kalau camtu TK kena sokong ngeri sendiri la..
    terengganu boleh!
    toyol baru je tulis kisah PERMATA YANG HILANGMy Profile

    1. suri says:

      saya mau sokong apa ..mmg negeri saya tak tercalon pun huu.sadisnya…

      1. tehr says:

        sokong kelantan je, suri :D

  12. yas says:

    layan gitu2 je bab2 bola nih…pe pun tahniah kt sumer yg layak…tak sangka Pahang pun layak…sbb hrtu deme tu main cam hampehh jer….hehehe
    yas baru je tulis kisah Bila cuti sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      pahang ni nampak menyusup senyap2 je, yas
      payah nak teka ni

  13. Norasikin says:

    Main bola baik-baik ye. Jangan gaduh2. jangan bakar2 kerusi. Jaga sikit duit rakyat

    1. tehr says:

      betul tu, nora
      buang je tabiat suka mengamuk dan marah2 tu

  14. akubiomed says:

    Saya mahu Selangot berjumpa Kelantan di akhir nanti :-)

    1. tehr says:

      tak boleh nak buat apa dah, bro
      terpaksa jumpa kat separuh akhir je

  15. dnoBiz says:

    Tahniah kepada mereka yang layak,
    dan tahniah kepada Kelantan, yang pasti buktikan kepada semua yang kemenagan sebelum ni bukan sekadar nasib semata mata..
    Ps : aku sekarang lebih seuka ikuti perkembangan bola Malaysia dari bola antarabangsa…
    dnoBiz baru je tulis kisah Pendedahan Terlampau – Datuk dedah video seks Pemimpin PembangkangMy Profile

    1. tehr says:

      masih kekalkan prestasi
      cerita kat kantin pun makin meriah sekarang ni :D

  16. mie says:

    sakan team pantai timur ni..
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Doakan Kesihatan Alim AzimMy Profile

    1. tehr says:

      3 lawan 1 ni, mie :D

      1. mie says:

        tu la….
        majoriti tu..
        heheheee
        mie baru je tulis kisah Doakan Kesihatan Alim AzimMy Profile

        1. tehr says:

          tapi skuad selangor ni bukan calang2 ni, mie
          mereka takkan kalah dengan mudah

  17. padin says:

    aku harap Selangor akan kalahkan Kelantan kali ni,

    1. tehr says:

      aku pulak harap selangor kalah kepada kelantan :D
      apa2 pun kita sama2 sokong
      jangan sampai ada adegan kacau bilau

  18. padin says:

    ala aritu kelantan dah kalahkan selangor
    masa sumbangsih, bagi can plak kat Selangor hehee

    1. tehr says:

      bagi can?
      mana boleh, bro
      mengamuk nanti kipas susah mati :D

  19. mekar says:

    Dulu2 kalau dengar pasukan kelantan main bola, rasanya tak hebat mana seperti pencapaian skrg yang Meletop !. Walaupun jarang mengikutinya, tapi semenjak ada si Khairul Fahmi mewakili kelantan membuatkan berminat nak tgk Bola.

    1. tehr says:

      nama glamor tu :D
      dia memang bagus, nampak memang fokus dengan tugas dia

  20. khairul says:

    pahang pasti juara tahun nie…. semangat tok gajah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun