Separuh Akhir All England 2012

Sambil rehat-rehat tengah hari ni, apa kata kita lihat peluang Malaysia di Separuh Akhir Kejohanan Badminton All England 2012 yang sedang berlangsung. Sebentar lagi wakil kita Datuk Lee Chong Wei akan menentang Lee Hyun Il dari Korea Selatan. Mungkinkah Datuk LCW boleh menang lagi kali ini? Pemain Korea ini pun nampaknya makin meningkat permainan beliau.

Sekiranya kemenangan berpihak kepada Datuk LCW, yang menunggu beliau di Perlawanan Akhir All England 2012 pastinya Lin Dan. Aku percaya Kenichi Tago tak akan berpeluang menang percuma lagi kali ini.

All England 2012

Bergu campuran kita [Chan Peng Soon/Goh Liu Ying] aku nampak juga memasang impian dan mempunyai peluang untuk ke perlawanan akhir. Pasangan dari Indonesia yang akan mereka jumpa nanti sekadar sama taraf sahaja dengan mereka [ikut pandangan aku]. Untuk muncul Juara All England 2012 nampak ada susah sedikit kerana yang menunggu mereka nanti sama ada pasangan dari Denmark atau China.

Melihat dari senarai pemain yang layak, nampaknya China masih mendahului dengan 9 wakil mereka di separuh akhir. Korea Selatan [3], Malaysia, Jepun dan Denmark [2], sementara Indonesia dan China Taipei [1]. China juga telah mengesahkan wakil di perlawanan akhir dalam acara perseorangan dan bergu wanita.

Nampak jelas siapa yang akan menguasai Piala Thomas dan Piala Uber 2012 di Wuhan, China nanti.

TehrDemikian kisah 'Separuh Akhir All England 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. Amirez says:

    harapnya chong wei dapat menang hatrik untuk all england ni sebelum dia bersara tahun depan
    Amirez baru je tulis kisah Nuget Dijual Dengan Harga RM24,300My Profile

    1. tehr says:

      nampak peluang untuk menang lebih cerah tu

  2. Melatiqistyna says:

    Harap2 lcw membawakan Kita berita gembira :D
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Kuah Rojak Mak Bee + Nasi Grg Black Pepper + PHDMy Profile

    1. tehr says:

      harapan semua peminat badminton seluruh negara

  3. peluang utk lcw menang mmg tinggi…
    apapun lin dan pasti telah memperbaiki prestasinya…
    New blog Hairul baru je tulis kisah Tekanan halus pada anak-anak merosakkan emosi merekaMy Profile

    1. tehr says:

      jumpa lagi la nampaknya dua musuh ketat ni :D

  4. Wan says:

    aku taksuka hafiz
    prestasi dia mcm yoyo
    mmg teruk

    1. tehr says:

      aku fikir peluang hafiz makin sempit
      dah lama tak dengar dia menang kat mana2

  5. Semoga Dato Lee chong wei menang!
    Shasha Catering baru je tulis kisah 10 Keburukan Akibat Dari Kekurangan Tidur.My Profile

    1. tehr says:

      moga2
      sekarang datuk lee sedang mendahului ni :D

  6. Maaf lama tak datang sini sebab saya kurang sihat sangat. Sekarang ni dah ok dah. Alhamdulillah…
    Shasha Catering baru je tulis kisah 10 Keburukan Akibat Dari Kekurangan Tidur.My Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      ambil rehat yang cukup ya.

  7. azura says:

    dato lee chong wei kan hebat…menang nanti
    azura baru je tulis kisah Lembah Klang tiada air 14 Mac 2012My Profile

    1. tehr says:

      malaysia boleh! :D

  8. floyd says:

    I memang minat LCW dari dulu. Semoga berjaya lagi kali ini.
    floyd baru je tulis kisah The All New iPad (iPad3)My Profile

    1. tehr says:

      harap2 macam tu la, bro
      tapi pemain korea sedang mengejar ni
      huhu

  9. Miss Yati says:

    Kemenangan kita harapkan, tapi lebih penting kesungguhan pemain berjuang tu kita hargai ;)

    1. tehr says:

      datuk lee memang sentia bersungguh2
      memang tak syak pun :D

  10. LadyBird says:

    salam cikgu :D.. hihihih..
    lady kalau cikgu tulis sal sukan mesti lady xkan bace.. huhuhuhu~
    bukan x minat.. tp x paham .. huhuhu
    LadyBird baru je tulis kisah Aku Tidak Secantik BidadariMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kenapa tak faham?
      pelik la pulak

  11. Juan says:

    kita nantikan berita gembira
    Juan baru je tulis kisah Perjanjian Pengiklanan | Advertising AgreementMy Profile

    1. tehr says:

      beritanya
      datuk lee akan jumpa lin dan di akhir besok
      sedihnya bergu campuran kita kalah

  12. akubiomed says:

    Terkedu mendengar komen Dato’ Misbun mengenai Dato’ Lee Chong Wei akan bersara awal. Menurut beliau DLCW boleh bermain untuk negara 5 tahun lagi.
    akubiomed baru je tulis kisah My Pinky Moments Contest – EyriqazzMy Profile

    1. tehr says:

      ya la
      datuk lee masih boleh bermain lagi tu

      1. nurmisnan says:

        alamak.. aku rasa masih tiada lagi pemain2 yg hebat
        seperti Latuk Chong Wei
        nurmisnan baru je tulis kisah My Pinky Moments Contest by EyriqazzMy Profile

  13. Ladfe Amir says:

    semoga DLCW terus cemerlang dan pada masa yang sama kita perlukan pelapis baru yg boleh mengantikan tempat beliau.

    1. tehr says:

      siapa la agaknya yang akan menjadi pemain utama kita nanti ganti datuk lee ni

  14. kimmie says:

    harap DLCW main dengan baik kali ini
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Pantun Masa CutiMy Profile

  15. nurmisnan says:

    nak tunggu tgk Latuk Chong Wei belasah musuh..
    nurmisnan baru je tulis kisah My Pinky Moments Contest by EyriqazzMy Profile

  16. yas says:

    Alhamdulillah akhirnya DLCW berjaya mara ke final berjumpa dgn musuh ketat beliau iaitu Lin Dan
    yas baru je tulis kisah CHONG WEI BERJAYA KE AKHIR – BADMINTON ALL ENGLANDMy Profile

  17. titan says:

    pertarungan epik. lin dan jumpa chong wei lagi. haha..aku suka. aku suka…
    titan baru je tulis kisah 15 Blogger kacak di Malaysia.My Profile

  18. Khidhir says:

    menang.. menang la..
    Khidhir baru je tulis kisah Cara Menambah Kelajuan PCMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun