Senjata

Senjata selalu dikaitkan dengan lelaki walau pun tidak dapat dinafikan bahawa kaum wanita juga pandai bermain senjata. Tambahan pula sekarang ini, ramai pula wanita yang melibatkan diri dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Sebahagian pemimpin dunia pula lebih percaya kepada wanita sebagai pengawal peribadi berbading lelaki.

erat dipegang senjata tradisicap kapak
tegak tenang pahlawan dahulu
pisau, parang, pedang jenawi
tombak segang, tombak rambu

si tuah berdiri jebat tersungkur
watan perit mencari kebenaran
golok, seligi, panah dan busur
lembing, sumpit, pedang beladan

gugur pejuang perasaan terhiris
semangat perwira bertanjak lalu
tombak serampang, kapak, keris
tekidanto, trisula, pedang setiabu

Dalam konteks senjata moden, ia bersinonim dengan senjata kimia, senjata nuklear, senjata api, meriam, bom, bom tangan, pistol, senapang, mesingun, revolver, peluru berpandu, roket, kereta kebal, kereta perisai, periuk api dan jerangkap samar.

Ada sesiapa yang biasa dengan senjata? Aku ni setakat pegang pisau dengan kapak je. :D

TehrDemikian kisah 'Senjata' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


48 Comments

  1. ohcikgu says:

    bilalah malaysia nak ada senjata nuklear ye..

    1. fuad ansari says:

      sy rasa, tak perlu lah kot nak ada pengawal peribadi.. cukuplah Allah swt yg jaga kita… (“,)

      Ada pengawal peribadi pun tak dapat nak selamatkan kita dari kematian.. (“,)
      fuad ansari baru je tulis kisah TaK SeMua oRaNG PaNDai BaHaSa aRaB..My Profile

      1. surihati_ku says:

        senjata yg kt atas lama tak gune heee…dulu msa sek rndah sllu gak nmpk kwn2 bwk eeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Sebenarnya Aku Malu..My Profile

  2. Miss Yati says:

    Kadang-kadang senjata boleh makan tuan
    Miss Yati baru je tulis kisah Menjahit kasih sayang: Inner BawalMy Profile

    1. surihati_ku says:

      ada org siap mkn ubat cp kapak ni huhu..
      surihati_ku baru je tulis kisah Di Sebalik HeaderMy Profile

      1. tehr says:

        nak ubat sakit apa pulak tu

    2. chii says:

      betul tuh..lagi2 senjata tajam
      chii baru je tulis kisah Penangan Cinta Najwa LatifMy Profile

  3. sud@is says:

    tak dapat pegang kapak
    pegang minyak angin cap kapak pun jadik
    banyak khasiat dan mujarab
    pening dan dan sengal saraf – bukan pantun
    sud@is baru je tulis kisah TamuMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      banyak guna minyak angin ni

  4. Kak Long biasa dengan pegang sejata pisau di dapur aje. Lain-lain senjata tu memang tak biasa. Ada pun pernah tengok di muzium atau masa pameran aje.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Dari Damai Laut ke Pulau PangkorMy Profile

    1. tehr says:

      mesti selalu kena sorok juga tu, kak long

  5. padin says:

    hehe kalau dulu memang perlukan kemahiran mengguna senjata waktu berlawan, jarak dekat..

    sekarang, perlukan kemahiran mengawal senjata dari jarak jauh pon boleh, sedar2 dah kena bom je ekekee..

    senjata aku, sepasang kaki yang boleh tendang bola, dan kadang2 boleh kecewakan pihak lawan masa main bola, ehehehe
    padin baru je tulis kisah GESS Alumni DinnerMy Profile

    1. tehr says:

      kaki aku ni
      sekarang guna wat berjalan je

  6. izan ishak says:

    saya pun biasa main ngan pisau kat dapur je.
    izan ishak baru je tulis kisah Pilih Punya Pilih…Jangan Sampai Tersalah Pilih!My Profile

    1. tehr says:

      wah, bahaya nyerr :D

  7. akubiomed says:

    Ketika bertugas di Miri ada bawa balik 2 bilah parang Iban yang diperbuat daripada mata gergaji balak.
    akubiomed baru je tulis kisah Daftar bantuan RM500 dibuka DisemberMy Profile

    1. tehr says:

      aku sempat gak beli dua bilah parang iban
      buat perhiasan je

  8. zool says:

    Minyak cap kapak je ek.. ala ambil pisau potong ikan pun leh jadi senjata,,,
    zool baru je tulis kisah Banjir kilat di KajangMy Profile

    1. tehr says:

      senjata paling mudah, mulut
      hehe

  9. nurmisnan says:

    Hari tuh masa pegi KK Sabah nak beli parang panjang mcm pedang
    utk abah tapi tak berani plak ak bawak balik coz byk transit..

    Aku punya senjata PS3 jer.. har3… boring2 itu ler senjata aku…
    Nak pegang Sniper real tak der…
    nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat watercress atau selada air anti kanserMy Profile

    1. tehr says:

      ps3?
      boleh gak tu buat2 latihan menembak, nur

  10. Jai says:

    AKu pisau ngan cangkul.. Kapak lum lagi..ha3
    Jai baru je tulis kisah Minuman Tin Pepsi Dan Coke Tercemar Darah HIV ??My Profile

    1. tehr says:

      macam tu
      aku la yang menang, jai :D

    1. tehr says:

      senjata orang berilmu tu
      mata pena juga tajam

  11. yas says:

    Erkkk…betul2 banyak maksud entri bro kali nih….hehehe
    yas baru je tulis kisah Keadaan Banjir di Kajang, SelangorMy Profile

    1. tehr says:

      aku main tulis je, yas :D

  12. zik says:

    senjata sulit… tangan pun kira senjata juga.. senjata yang paling tajam dari pedang.. mulut lah kot…
    zik baru je tulis kisah Keputusan Undian EURO 2012 (Ukraine/Poland) dan Jadual PerlawananMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      lidah lebih tajam dari mata pedang

  13. Pacifista says:

    aku pegang pisau boleh la.pernah jugak main panah kat sekolah.kekadang tu kena jugak tengah merah tu.tapi kalau 100 kali aku panah,yang kena cuma 1 je.hehe :P
    Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

    1. tehr says:

      o la tu, bro
      dapat gak kena, kan?

  14. Aidanatasya says:

    sentiasa jadi teman setia saya :)
    kemana-mana mesti bawa ;)
    Aidanatasya baru je tulis kisah 9 SEBAB-SEBAB HATI YANG TIDAK BAHAGIAMy Profile

    1. tehr says:

      ni mesti kes sakit kepala
      dah lama juga tu, aida

  15. amirulfaiz says:

    Lisan, senjata yang paling halus dan bisa. Boleh menerobos masuk ke dalam kalbu, lantas menyiksa mangsa secara dalaman, walaupun muka senyum, hati panas. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Ziarah ke rumah Bro. AhmedMy Profile

    1. tehr says:

      hati panas
      jangan la ada sapa2 pulak yang gi tuang minyak
      terbakar nanti

  16. dinar says:

    air mata dikatakan senjata wanita,
    dikatakan lemah berbanding lelaki,
    tidak tangkas bermain senjata,
    tapi lain pula tanggapan GADAFI…!

    1. tehr says:

      senjata yang sangat lembut
      tapi ramai yang kalah dengan senjata satu ni
      pelik2

  17. kakyong says:

    senjata yg paling biasa adalah lidah..
    senjata anak2… menangis melalak..
    kakyong baru je tulis kisah Anak-anak melayan raja buahMy Profile

    1. tehr says:

      kalau mood kita tengah ceria
      memang best tengok budak2 nangis/melalak :D

  18. titan says:

    senjata. ada banyak. tinggal pilih dan guna aje.
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 9 dari 701panduanMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 jangan senjata makan tuan je dah la
      hehe

  19. ghost writer says:

    tun fatimah juga cekap menggunakan senjata.malah dalam kisah embun pun,wanita memang cekap gunakan senjata.lelaki dengan senjata sangat pentingnya macam lelaki dengan kereta sekarang nih.haha
    ghost writer baru je tulis kisah pisahMy Profile

    1. tehr says:

      nak seribu daya, bro
      semua boleh belajar guna senjata
      asal mahu je

  20. penuh bakul buah berangan
    dibawa puteri bermain ditaman
    Semangat perwira keris ditangan
    Silat warisan zaman berzaman

    tuang teh kopi secawan
    dihidang kuih diwaktu petang
    Keris dihunus semangat pahlawan
    Sebagai senjata musuh ditentang

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    claim insurans motorsikal langgar kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  21. Ad-Dien says:

    Senjata paling ampuh bagi orang mukmin ialah doa..hehe..jadi mestilah selalu dibawa senjata itu..he
    Ad-Dien baru je tulis kisah Al-Firqatun Najiyyah, Jalan Hidup Golongan SelamatMy Profile

  22. kawe ada senjata tumpul…. he he..
    pensel laaa.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Thunder..Thunder..Thunder… Thundercats 2011My Profile

  23. zulkbo says:

    salam..
    senjata paling besar saya
    pernah pegang, sepucuk pistol
    orang punya..alahai takut juga
    takut meletup
    zulkbo baru je tulis kisah Kemalangan Jalanraya Paling MAHAL Tahun Ini : Post Ke 1000My Profile

  24. chii says:

    senjata bagi wanita..ada yang kata air mata…errr..betulkah?
    chii baru je tulis kisah Penangan Cinta Najwa LatifMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun