Senja Kala Petang

Hari Jumaat lepas Mr Tehr dapat satu tag dari sahabat kita Toyol Kiut. Apa yang Mr Tehr faham, satu entri perlu dibuat mengenai senja untuk menyertai kontes yang dianjurkan. Kata kamus, senja maksudnya lewat petang atau hampir malam ketika matahari hampir terbenam.

Ketika ini, otak Mr Tehr kering dan tak mahu keluarkan idea untuk menulis. :D Teringat pula kepada satu entri yang telah diterbitkan lama dahulu ketika menggunakan blogspot yang bertajuk Bila Petang. Rasanya sesuai untuk diletakkan di sini.

bila petang
adik tidur terkangkang,

bila petang
abang bermain di padang,

bila petang
kakak keluar bertandang,

bila petang
ayah baru pulang,

bila petang
emak tengok tv terlentang,

bila petang hilang
azan berkumandang
lekas mandi dan sembahyang.

senja

Kepada sahabat blogger yang mahu mengasah dan mencuba bakat menulis, bolehlah menjenguk kontes Penulis Senja Terakhir yang dianjurkan oleh Penulis Senja ini.

TehrDemikian kisah 'Senja Kala Petang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. Cik Siti says:

    bila senja burung pulang ke sarang
    bila senja nyamuk lak mencari orang
    bila senja berakhirnya waktu siang…

    1. tehr says:

      … dan kelkatu pun mula terbang :D

      1. Mus says:

        agak jarang mendengar perkataan kelkatu

  2. adele says:

    uniknya pantun di atas..mcm bkn pantun tp ada rima di akhirnya..

    sshnya nak buat pantun, bukan dlm bidang..wlpun sy org Melayu.teruknya. :D
    adele baru je tulis kisah Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

    1. tehr says:

      yang pasti bukan pantun, adele
      hehe

    2. zulkbo says:

      memang teruk pun..
      :)
      zulkbo baru je tulis kisah Cikgu Syida Dari Parit Semakin PopularMy Profile

  3. bila petang
    mak goreng pisang
    fuh,
    sedapnya bukan kepalang
    tengkorak emas baru je tulis kisah Nak kurus ingat joegrimjowMy Profile

    1. tehr says:

      emak senyum senang
      aku senyum kenyang

  4. kaizen says:

    dah masuk dah kontest tuh, aku dah tag bro arituh… hoho
    kaizen baru je tulis kisah eNTRi PeRTaMa DaRi TaWau 2011My Profile

    1. tehr says:

      ye ke, bro
      rasanya aku memang dah terlupa
      sungguh :D

  5. sud@is says:

    bila petang angkat kain dijemuran
    tutup pintu semua nnt syaitan datang bertandang
    sud@is baru je tulis kisah Release TensionMy Profile

    1. akubiomed says:

      Lambatnya angkat kain biasanya kering sahaja terus angkat kalau tidak sejuk kain dengan angin senja
      akubiomed baru je tulis kisah Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

      1. suri says:

        mak sllu pesan ankhkat kain ats jemuran..kain bby kena angkat tak elok biak dek embun semalaman..

        1. benjy says:

          Apa yang malangnya terangkat kain jemuran jiran sebelah rumah … adoiii …sengal betul aku ni ..
          benjy baru je tulis kisah MY CLICK-CLICK CONTEST – INFOMy Profile

          1. tehr says:

            haha
            akibatnya bila mata ke lain dan tangan ke lain :D

    2. padin says:

      bila petang, lekas2 masuk rumah
      takut kena sakat dengan hantu menjelang senja haha

      1. Mus says:

        itulah pesan orang tua..
        Mus baru je tulis kisah Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- DaroMy Profile

  6. toyol says:

    wah..
    bila petang
    fikiran pun dh mlayang2..
    toyol baru je tulis kisah PENULIS SENJA TERAKHIRMy Profile

    1. tehr says:

      sambil terkenang-kenang

      1. Mus says:

        terkenang siapa tu bro?
        Mus baru je tulis kisah Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- DaroMy Profile

  7. akubiomed says:

    Betullah bro, apa yang diceritakan memang berlaku

    1. tehr says:

      kisah kat kampung je ni, bro :D

  8. suri says:

    bila petang
    bos selalu cakp selamat pulang

    bila petang
    aku sering melihat padang

    bila petang
    kutunggu dirimu membawaku pulang

    1. tehr says:

      bila kau datang
      kita berdua jalan berlenggang

      hahaha

      1. padin says:

        ehemm berdua je ke? keh3

  9. ghost writer says:

    ketika hampir senja berhenti bermain bola dan amik air sembahyang…
    ketika sudah senja diam diri kat rumah.
    ghost writer baru je tulis kisah peralihan kuasaMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, ghost
      salah satu punca gejala sosial ialah apabila selalu keluar malam
      diam kat rumah je lebih selamat

  10. zulkbo says:

    salam..
    penat betul si adik tu ye..
    tidur sampai terkangkang..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Cikgu Syida Dari Parit Semakin PopularMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      mungkin sebab kain lampin besar sangat tu, bro
      hehe

  11. benjy says:

    Rasanya senja dan subuh lebih kurang jee bertukar waktu … cuma senja lebih menampakkan keseraman dan kemisterian sedangkan subuh memberi petanda dracula kena balik ke kerandanya …. hehehe

    1. tehr says:

      yang tak bangun pagi tu kira dah pengsan digigit dracula lah ya?
      hehe

  12. bEe says:

    Bila petang,
    Mahu pulang ke rumah,
    Menyediakan masakan yg tersayang…

    Bila petang,
    Maghrib pun datang,
    Bersama-sama sembahyang….

    hehehehe, tak pandai sgt nak buat pantun :-P
    bEe baru je tulis kisah DONT NOTTY NOTTY YEMy Profile

    1. tehr says:

      wah, best2
      memang dah masuk sangat pilihan kata2

  13. zulkbo says:

    teringat lagu SENJAKALA
    nyanyian Shidee..syahdu
    betul lagu tu tak kala senja
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Cikgu Syida Dari Parit Semakin PopularMy Profile

    1. tehr says:

      suara shidee memang bagus
      sekali dengar macam suara jamal je

  14. Ismail N says:

    senjakala tak sama dengan petang.. senjakala dah dkt magrib tu.. dah gelap sikit. Kalau time budak2 dulu, time ni ler mak bapak sibuk cari anak-anak dan jerit supaya balik rumah sebab anak2 masih sibuk main bola dipadang. Emmm.. sapa ler anak2 itu?
    Ismail N baru je tulis kisah Beginikah Cara Melayan Orang GajiMy Profile

  15. padin says:

    huhuu sekarang ni bila petang je
    sibuk nak cari bantal.. entah napa, miahahaa

  16. mie says:

    wah!!
    makin banyak guru ni..
    hehehehee
    mie baru je tulis kisah Big Apple Voucher From Alamanda PutrajayaMy Profile

  17. zik says:

    bila petang maghrib sudah tiba…
    bilal muda siap2 ke mesjid
    zikri husaini dah lama tiba
    tetapi ramai anak muda main gitar di simpang mesjid..
    zik baru je tulis kisah Calon 10 imam muda 2011- CONFIRM!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun