Seni Seorang Seniman

Hancur. Kalau membuat sesuatu hanya kerana seni, aku sangat percaya akan hancur nanti semuanya. Walau pun aku bukanlah seorang yang celik seni tetapi aku bukan juga seorang yang buta seni. Bagi aku, seni perlu mengikut norma-norma kehidupan manusia tanpa keluar daripada garisan sempadan yang ditetapkan. Seni tidak boleh dibiarkan bebas hanya mengikut akal seniman.

seni iban

seni itu indah

tipu; mulut busuk tak gosok gigi
tipu; badan busuk tak mandi pagi
tipu; fikiran busuk sampai ke hati
tipu; seniman mabuk tak kenal diri

aku percaya seni itu indah

alasan; cipta lagu melalak tak tentu hala
alasan; fesyen baju terdedah di sini sana
alasan; ukir batu membuat patung perkasa
alasan; resepi baru hiasan kek badan wanita

kau juga percaya seni itu indah

seni itu indah; ada hati ada cita jiwa
seni itu indah; ada lagu ada bait irama
seni itu indah; ada iman ada rasa taqwa
seni itu indah; kekal sampai hujung ketika

aku memang sangat percaya seni itu indah!

TehrDemikian kisah 'Seni Seorang Seniman' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


58 Comments

  1. seni zaman sekarang, makin buta mata aku.

    celup barat singkirkan timur. sedih
    rainbowcloudy baru je tulis kisah some feeling can’t explain by wordsMy Profile

    1. tehr says:

      nampaknya kena la pakat2 cari diri, rain

    2. b3njy says:

      tetapi jika ia melahirkan seni yang baik dan bernilai di mata masyarakat timur tak salah pertembungan timur dan barat … hanya pandangan B3njy yang open minded.
      b3njy baru je tulis kisah POSITIF DAN NEGATIFMy Profile

      1. tehr says:

        aku tak suka hasil seni yang mencabul adat kita je

  2. titan says:

    hehe..seni itu kacak la..

    1. tehr says:

      yups
      seniman je yang kadang2 tak berapa nak kacak :D

    2. b3njy says:

      terpulang ia subjektif, lain orang lain cara menilainya
      b3njy baru je tulis kisah POSITIF DAN NEGATIFMy Profile

  3. padin says:

    kalau terlebih seni tu yang kadang2
    boleh mengundang rasa marah orang lain,
    padin baru je tulis kisah Liga Super Asrama 2003My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      itu la yang sebenarnya, usah berlebih2

    2. b3njy says:

      yer betul tu bro … jangan over ….
      b3njy baru je tulis kisah POSITIF DAN NEGATIFMy Profile

  4. errrrr.. aku x paham post ni, huhuhuhu
    aktechpage.com baru je tulis kisah Video: Dokumentari Perihal Steve Job ?My Profile

    1. tehr says:

      semuanya kerana orang yang hasilkan sesuatu dengan alasan seni, bro

    2. b3njy says:

      biasalah .. ni kira seni abstrak hasil nukilan cikgu Tehramuan … b3njy paham juga tetapi mungkin tak sama macam cikgu faham
      b3njy baru je tulis kisah POSITIF DAN NEGATIFMy Profile

  5. dnoBiz says:

    seni boleh jadi indah, kejam,kritis, kurang hajar,pengajaran dan jadi macam macam….
    Ps : Aku buta seni :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Samseng FaceBook – Jom tengok apa Hasilnya Nanti !!!My Profile

    1. b3njy says:

      semasa darjah 3 saya hanya tahu seni lukis je … masa tu suka lukis gambar atroman … bernama ‘GO’
      b3njy baru je tulis kisah POSITIF DAN NEGATIFMy Profile

    2. tehr says:

      aku pun tak reti sangat hal seni ni :D

  6. b3njy says:

    Apakah tandanya seorang itu orang seni ? adakah dia pandai melukis, bernyanyi, bermain alat muzik, menulis atau pandai menulis blog .. ? subjektifff …
    b3njy baru je tulis kisah POSITIF DAN NEGATIFMy Profile

    1. tehr says:

      memang banyak cabangnya, bro
      aku pikir menulis blog juga ada seninya

      1. setuju tehr, menulis blog perlu kreativiti. otak pun jadi kritis untuk berfikir. seni bukan?

        hidup satu seni. hari-hari kita mencorak jalan hidup kita .. :)
        rainbowcloudy baru je tulis kisah some feeling can’t explain by wordsMy Profile

        1. tehr says:

          setuju
          semuanya perlu kreativiti untuk jadi menarik dan berguna

  7. eiela says:

    seni memang indah tapi biar bertempat, tapi bila sampai bab menconteng dinding tuh vandalisme namanya.
    eiela baru je tulis kisah Peralihan Monsun Yang MenakutkanMy Profile

    1. tehr says:

      memang salah tempat tu kalau ikut budaya kita

  8. yas says:

    Aku lagi la bro…memang kene berseni seni…klau tak tak menjadi…hehehe
    yas baru je tulis kisah Crash Test Paling laju dlm Dunia – Ford FocusMy Profile

    1. tehr says:

      seni yang boleh mendamaikan tu, yas
      memang perlu untuk kita

    2. nurmisnan says:

      Yas seni makan jer… har3…. jgn maraa aaaaahhh
      nurmisnan baru je tulis kisah Sorry guys….My Profile

  9. ghost writer says:

    seni itu penghayatan.dan seni itu perlu dinikmati dari apa bentuk pun hati dan minda.
    ghost writer baru je tulis kisah tuhan benarkan kamu memakikuMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak suka seni yang melanggar adat dan tata susila kita
      tak boleh sangat nak ikut budaya masyarakat luar

  10. nurmisnan says:

    seni silat indah tak?? mestilah kan coz nama pun silat bunga.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Sorry guys….My Profile

    1. tehr says:

      kat kelantan ada silat pulut
      lagi best sebab boleh makan lepas bersilat :D

  11. akubiomed says:

    Seni Graffiti telah suntik dengan kebudayaan timur.
    akubiomed baru je tulis kisah Projek hujung minggu – Seni foto atas kayu bersama abang KoningMy Profile

    1. tehr says:

      semoleknya begitu la, bro
      aku selalu pening je dngan budaya barat

  12. tak semua seni itu indah :)

    alasan; cipta lagu melalak tak tentu hala
    alasan; fesyen baju terdedah di sini sana

    nice~ kat msia pon dah makin teruk bab2 camni..kesian tgk artis2 pompuan muda jadi boneka,pakai dedah sana sini..haih.
    alexa yussida baru je tulis kisah bezanya kita dan sahabatMy Profile

    1. tehr says:

      kita cari dan pilih yang indah2 je, doc :D

  13. Afiffuddin says:

    Salam, wah.. aku tertarik kata2 di atas. Seni itu Indah. Seni itu umpama cahaya seperti Ilmu. Seni Ilmuan Islam membawa manusia keluar dari kegelapan, seni ilmuan Kuffar menjerumus manusia semula ke dalam kegelapan, kerana mereka berseni tanpa Iman.
    Afiffuddin baru je tulis kisah Rahsia buffered earning Nuffnang – Cara dapat buffered earningMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      bukan boleh dikutip semua sekali
      kena pilih2 juga

      thanks singgah sini

  14. Zaman dulu

    Pohon meranti tegak berdiri,
    daunnya gugur setiap pagi,
    Indah budaya kerana seni,
    zaman berzaman kekal diwarisi,

    Zaman Sekarang

    Kapal layar berlabuh di Jorden
    Singgah sebentar mencari sari,
    Seni sekarang dah moden,
    Ikut peredaran era terkini,

    Seni dahulu diwarisi … Seni sekarang di perkembangkan…
    Yang pasti seni seirang zaman..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    Sound for breeding lembu pejantan
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      seni dahulu diwarisi
      seni sekarang digemari
      harap menjaga diri
      juga budi pekerti

  15. Pacifista says:

    pantun ke 2 tu patut tuju kat ‘orang seni’ yang kononnya sedang berseni tu…
    Pacifista baru je tulis kisah Download Video Maharaja Lawak Mega Minggu 1My Profile

    1. tehr says:

      orang seni yang terlebih seni ke. bro?

      1. Pacifista says:

        ala…artis yang kononnya orang seni tu.dedah sana dedah sini mengaku orang seni konon.wakaka :D
        Pacifista baru je tulis kisah Kucing ComelMy Profile

        1. tehr says:

          seni dedah la tu, bro
          huhu

          1. Pacifista says:

            haha…seni jugak tu :P
            Pacifista baru je tulis kisah Pendekar Laut, Wira Tunggal FinalMy Profile

  16. semasa says:

    seni itu macho
    semasa baru je tulis kisah 10 Cara Untuk Gembirakan SuamiMy Profile

    1. tehr says:

      :D boleh juga tu :D

  17. ohcikgu says:

    maca-macam cara orang berkarya ye..
    ohcikgu baru je tulis kisah Lirik lagu dan Video Lelaki seperti Aku – Alif SatarMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya kerana seni, cikgu

  18. that’s why mrk di panggil SENI-MAN… Org lelaki seni he he…
    DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Prinsip Asas Fotografi | Rule Of ThirdsMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      gitu pulak :D

  19. LadyBird says:

    seni itu INDAH andai diahirkan berpandukan Iman dan taqwa..
    LadyBird baru je tulis kisah Mimpi IndahMy Profile

    1. LadyBird says:

      *dizahirkan

      (typing eror :P)
      LadyBird baru je tulis kisah Mimpi IndahMy Profile

    2. tehr says:

      setuju sangat
      itulah maksud saya, lady
      usah melencong dari laluan yang ditetapkan

  20. zulkbo says:

    salam..
    tak semua orang di anugerahkan
    tangan yang berseni..jika ada, saya
    perhatikan buat apa pun jadi berkenaan
    seni nih..
    zulkbo baru je tulis kisah Steve Jobs Selalu Memandu Kereta Tanpa Nombor PlateMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      hanya untuk orang2 tertentu sahaja
      apa yang kita minta, usah melampai batas

  21. Nik Thoha says:

    Salam. seni itu indah..seni penulisan adalah salah satu seni saya yang saya sangat minat untuk belajar dengan lebih mendalam..mungkin kita tidak boleh menjadi sempurna dalam penulisan tapi kita boleh buat yang terbaik..
    Nik Thoha baru je tulis kisah Pengorbanan Dalam Menuntut IlmuMy Profile

    1. tehr says:

      buat yang terbaik tu yang penting, nik
      kita perlu terus belajar selamanya

  22. kakyong says:

    betul juga tu..

    ade seni yg nampak lucah, tp atas nama seni.. yg lucah pun jadi halal..
    kakyong baru je tulis kisah Masalah Pembelajaran – DisleksiaMy Profile

    1. tehr says:

      seni lucah tu memang saya sangat tak suka
      ada pengusaha yang buat hiasan badan wanita separuh bogel atas kek
      hanya kerana seni

      memang sangat tak patut

  23. zik says:

    seni itu abstrak dan sukar ditafsir…. orang2 tertentu yang boleh menilainya… huhu
    zik baru je tulis kisah Negeri 9 juara piala malaysia 2011 kali ke 3!!!! Tahniah WeyhMy Profile

Leave a Reply to ohcikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun