Seni Bogel Dan Telanjang

lukisan berseni hiasan tong
cantik nian dipandang mata
bangga diri kepala kosong
sedih hati menahan kecewa

lakonan seni telanjang bulat
gemalai tari berlemah lembut
megah diri menyangka berkat
butanya hati mata berkabut

sedikit jua hendak disisip
cipta watak menunjuk cantik
canang merata itulah skrip
khalayak lihat lebih realistik

ekonomi maju semua untung
hiburan berseni hati berbunga
tunjuk dada nampak punggung
mendidik asuh kalian remaja

negara merdeka makin terkenal
rakyat berseni bertambah ramai
penggiat beraja penguasa bebal
beginikah cara mendapat damai?

Maklumat Seni : Pelakon utama filem-filem terbaik yang pernah menerima ‘Golden Globe Award’¬†sama ada lelaki atau wanita,¬†semuanya berbogel sewaktu dilahirkan. Begitu juga dengan filem yang menerima kutipan tertinggi dalam sejarah, pengarah dan pelakonnya juga bertelanjang bulat ketika lahir.

Begitulah mereka… Beginilah kita…

TehrDemikian kisah 'Seni Bogel Dan Telanjang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun