Senarai Penjaring Piala AFF Suzuki 2010

Gooooooooooool. Jaringan gol oleh Safee Sali melengkapkan bilangan 12 jaringan yang diperolehi oleh Malaysia pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 ini. Beliau juga muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol. Secara keseluruhan pasukan negara memperolehi 12 gol dengan 1 gol disumbangkan oleh pemain Laos.

Bil PENJARING LAWAN PERINGKAT
1 Norshahrul Idlan Talaha Indonesia Kumpulan
2 Amri Yahyah Laos Kumpulan
3 Amri Yahyah Laos Kumpulan
4 Mohd. Amirul Hadi Zainal Laos Kumpulan
5 Norshahrul Idlan Talaha Laos Kumpulan
6 Gol Sendiri Laos Kumpulan
7 Mohd Safee Sali Vietnam Separuh Akhir 1
8 Mohd Safee Sali Vietnam Separuh Akhir 1
9 Mohd Safee Sali Indonesia Akhir 1
10 Mohd Ashari Samsudin Indonesia Akhir 1
11 Mohd Safee Sali Indonesia Akhir 1
12 Mohd Safee Sali Indonesia Akhir 2

rakyat malaysia kini bergembiraTop Scorer AFF Suzuki Cup 2010
empat belas tahun menanti juara
akhirnya piala hadir menjelma
tahniah kepada pasukan negara

sang rajagopal bijak mencongak
pemain lawan gagal mengagak
penyokong pula mata terbeliak
safee sali penjaring terbanyak

Bil PENJARING
5 Mohd Safee Sali
2 Amri Yahyah
2 Norshahrul Idlan Talaha
1 Mohd Ashari Samsudin
1 Mohd. Amirul Hadi Zainal

Sekali pun tewas dengan jaringan 2-1 di Stadium Bung Karno, Jakarta pada perlawanan akhir kedua, Malaysia muncul pemenang dengan agreget 4-2 setelah sebelum ini menang dengan jaringan 3 gol tanpa balas pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Setelah berjaya menjadi Juara Piala AFF Suzuki 2010, mungkinkah selepas ini kita akan muncul juara lagi dalam kejohanan yang lain? Hanya kita yang dapat menjawabnya.

TehrDemikian kisah 'Senarai Penjaring Piala AFF Suzuki 2010' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Affan says:

    tahniah buat malaysia.

    *tadi ada baca tweet org indon agaknya, masih tak puas hati kutuk malaysia tak pernah lepas knockout stage afc. hehe. tu lah sikap org loser, org sambut aff, die dok kecoh2 afc.

    ps: malaysia kena teruskan kejayaan afc pulak pasni!
    Affan baru je tulis kisah Islam di Kanada- Reviving the Islamic SpiritMy Profile

    1. tehr says:

      setuju
      memang patut diteruskan kejayaan ni
      dah lama orang dok persendakan kita

      1. gayahspears says:

        macam hal kang sekarang nie… bola punya pasai pon nak gaduh2.. ape2 ntah..huhu

        1. tehr says:

          orang yg suka gaduh2 ni bukan kira apa2, gayah
          dengan kepala tangga pun mereka cari gaduh
          asal dapat gaduh je :D

          1. suri says:

            tapi jgn gaduh mesyuarat kt tingkap yer heee

            1. tehr says:

              sapa ahli mesyuarat tingkap tu, suri?

    2. akubiomed says:

      Mulut orang bukan boleh tutup. Keputusan tetap sama telah pun menjuarai.

      Woohoo Malaysia boleh
      akubiomed baru je tulis kisah Piala Suzuki AFC 2010 sah milik MalaysiaMy Profile

    3. padin says:

      hahahaa benda ni xkan abes.. kalau di layan makin panjang jadinya, kalau kita diam, lama2 dia bosan, dia berhenti la tu ekekee
      padin baru je tulis kisah AkhirnyaMy Profile

      1. tehr says:

        lain la kalau dia tu gila
        orang gila suka cakap sorang2

  2. Affan says:

    satu lagi, org indon dok kecoh2 kata safee sali org acheh. padahal pemain negara sendiri pun tak reti nak hargai, sbb tu lah pakai pemain import agaknye. hehe
    Affan baru je tulis kisah Islam di Kanada- Reviving the Islamic SpiritMy Profile

    1. tehr says:

      mereka juga ada pemain luar, kan?
      usah ribut2 :D

      1. akubiomed says:

        Betultu usah bikin ribut-ribut. Tendang penalti pun tak masuk
        akubiomed baru je tulis kisah PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcomMy Profile

  3. sud@is says:

    Tahniah Malaysia
    Tahniah Safee Sali, penjaring hebat 2010
    Tahniah team Malaysia serta penyokong juga

    kita dapat cuti…..
    sud@is baru je tulis kisah Menjelang 2011My Profile

    1. tehr says:

      tapi aku memang sedia sedang bercuti
      rugi ke untung ni? :D

      tahniah untuk semua

      1. padin says:

        ahaha sama la kita tehr,
        di kira untung atau rugi pasal memang dah cuti ekekee
        padin baru je tulis kisah AkhirnyaMy Profile

  4. Cik Siti says:

    tahniah diucapkan pada skuad bola sepak kebangsaan…. mereka kebanggaan negara…. buat skuad indonesia tahniah juga….
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajar PetuaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      tahniah untuk semua
      kerana mereka kita terhibur

    2. akubiomed says:

      Saya rasa it is fair game. Indonesia pun dapat 2 gol tapi dar segi mata agreget memihak kepada Malaysia.
      akubiomed baru je tulis kisah GiveAway Domain by KhaiZariencomMy Profile

  5. zulkbo says:

    salam…
    sama seperti saya juga.. nak
    lihat mutu bolasepak kita selalu
    steady dan maintain..tak mahu panas
    seketika..perlu di lakukan sesuatu..
    jangan harap pada satu pihak sahaja
    (RAJA GOPAL) melakukannya..
    zulkbo baru je tulis kisah Jumaat 31 Disember Adalah Cuti Umum Di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sejak rajagopal jadi jurulatih, nampak macam ada peningkatan pada skuad kebangsaan
      sokongan dari pasukan negeri dan FAM sendiri perlu lebih lagi untuk masa depan

  6. gayahspears says:

    yeyey sok cuti <— sunuk beno..hihi

    Tahniah buat team pasukan bola sepak Malysia…

    1. tehr says:

      tahniah untuk gayah juga
      sebagai penyokong kuat team malaysia :D

  7. padin says:

    steady, hahahaa.. ada jugak nama pemain Malaysia dalam sejarah ni nanti ekekee, tmbah pulak idola aku tuh ekekee

    cayalah Safee.. Ada team mane2 nak beli tak? Selangor nak jual ke keh3.. patut selangor beli idlan jugak, miahahaha
    padin baru je tulis kisah AkhirnyaMy Profile

    1. tehr says:

      tahun depan dalam liga malaysia, kerja berat la pertahanan mana2 negeri nak kawal safee ni

      harap2 team kelantan boleh kawal :D

  8. izanishak says:

    tahniah pada malaysia!
    apapun mmg penjaring gol ni macam kurang pulak diberi perhatian plak kan. maybe sbb KFCM n aweknya tu blogger…tu yg jadi perhatian tu.
    izanishak baru je tulis kisah Happy 9th AnniversaryMy Profile

    1. tehr says:

      sapa awek tu?

  9. ALS says:

    Nak tergelak bila depa kata Safee Sali lahir kat Aceh…hahahahah
    Dia lahir di Kajang…ayahnya adalah Polis dan sekarang menetap dan dibesarkan di TAPAH..

    hahahaha..macam2 la depa nih…Indon oh Indon!

    1. tehr says:

      ya ke?
      mungkin nama je sama
      mana tahu kan, memang ada orang bernama safee sali yang tinggal di aceh :D

  10. suri says:

    Alhamdulillah Malaysia menag..sambil mkn nasi gorg kg..nescafe panas masuk gak gol mlm tadi heee

    1. tehr says:

      eh, sama plak
      saya pun sedang makan nasi goreng masa gol tu
      tapi minum nescafe ais :D

  11. Norgadis says:

    Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia, moga kejayaan ini akan menambah semangat pemain agar terus menjuarai pertandingan dimasa akan datang.
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Ke 3 Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah2
      untuk semua rakyat malaysia
      dalam negara dan luar negara
      hehehe – tengah dok seronok lagi ni

  12. sangilapi says:

    menjuarai itu lebih mudah dari mengekalkan kejuaraan :)

    apapun inikah petanda bolasepak bakal bersinar semula ?
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

  13. zik says:

    tahniah malaysia… dan safee sali!!
    zik baru je tulis kisah Kedamaian yang ku pintaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun