Senarai Pemain Harimau Muda Sukan Sea Myanmar

Senarai Pemain Harimau Muda Sukan Sea MyanmarSelamat berjuang kepada para pemain Harimau Muda A (bawah 23 tahun) di Myanmar. Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee telah pun membuat pilihan. Senarai pemain Harimau Muda Sukan SEA Myanmar dah pun muktamad.

Pengurus Pasukan Datuk Seri Afandi Hamzah

Siapa yang terpilih mewakili negara, selesaikan tanggung jawab korang. Siapa yang tidak terpilih, jangan putus asa. Ada peluang lagi untuk korang wakili negara. Ada banyak masa lagi untuk korang tunjuk bakat. Untuk korang tabur bakti kepda negara.

Senarai Pemain Harimau Muda Sukan Sea Myanmar

Bil NAMA
1 A. Thamil Arasu
2 Ahmad Hazwan Bakri
3 Ashri Chuchu
4 D. Kenny Pallraj
5 D. Saarvindran
6 Izzaq Faris Ramlan
7 K. Reuben
8 Md Rozaimi Abd Rahman
9 Mohamad Nasir Basharuddin
10 Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
11 Mohd Fadhli Mohd Shas
12 Mohd Farhan Abu Bakar
13 Mohd Irfan Fazail (Kapten)
14 Mohd Izham Tarmizi Roslan
15 Muhammad Nazmi Faiz Mansor
16 Muhammad Zubir Mohd Azmi
17 Nazirul Naim Che Hashim
18 S. Sivanesan
19 Shahrul Mohd Saad
20 Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris

Sukan SEA 2013 Myanmar 11 hingga 22 Disember

Moga-moga Senarai Pemain Harimau Muda Sukan SEA Myanmar ini berjaya. Target kita ialah pingat emas. Sempurnakan misi membawa pulang pingat emas acara bola sepak dari Myanmar. Lagi pun kita adalah pemegang pingat emas. Kita adalah juara.

Ayuh Harimau Muda. Korang boleh pertahankan pingat emas yang kita dimenangi pada 2011 di Indonesia.

Senarai Pemain Harimau Muda Sukan Sea MyanmarJadual Perlawanan Bola Sepak Kumpulan A

10/12/2013 Malaysia vs Brunei
13/12/2013 Malaysia vs Laos
15/12/2013 Malaysia vs Singapura
17/12/2013 Malaysia vs Vietnam
19/12/2013 Perlawanan Separuh Akhir
21/12/2013 Tempat Ke-3 / 4 dan

Perlawanan Akhir

Agak-agak korang apa harapan kita dalam acara bola sekap ni. Berjaya atau tidak Harimau Muda A kita bawa pulang dan kekalkan pingat emas? Boleh muncul juara, masuk akhir atau hanya sekadar melengkapkan jadual perlawanan di pusingan awal?

Khabarnya jadual pusingan awal Harimau Muda A, 4 perlawanan dalam seminggu. Main dalam cuaca panas pulak tu.

TehrDemikian kisah 'Senarai Pemain Harimau Muda Sukan Sea Myanmar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Cik Siti says:

    semoga dengan barisan baru ini dapat mewarnai dunia sukan bola sepak Malaysia

  2. ajumohit says:

    selamat berjuang buat atlet kita
    ajumohit baru je tulis kisah Contest SEO EridyMy Profile

  3. akubiomed says:

    Misi pertahankan ibu segala pingat emas.
    akubiomed baru je tulis kisah Lawak Ke Der 3 huru hara dengan lelaki cina bernama DouglasMy Profile

  4. Ikut prestasi semasa, nama-nama yang disenaraikan ni mempunyai gandingan keserasian yang mantap. Cuma sorang dua je yang suka main gentel sorang-sorang, contohnya macam Rozaimi.

    Skuad Harimau Muda ni, kekuatannya lebih tertumpu pada organisasi pertahanan yang baik. Malah jauh lebih tersusun sewaktu bertahan berbanding skuad Harimau Tua kendalian K Rajagobal dulu.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Banjir, masalah antara mendapatkan Air dan membuang AirMy Profile

  5. papa mifz says:

    harap skuad Harimau Muda mampu mempertahankan kejuaraan…
    papa mifz baru je tulis kisah Match & Win Contest AEON BigMy Profile

  6. Banyak pemain yang cedera, inilah barisan terbaik yang boleh dibawa ke kejohanan sukan sea. Semoga mereka dapat mengekalkan pingat emas di sukan sea nanti…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Keputusan Perlawanan Harimau Muda A vs FC RyukyuMy Profile

  7. titan says:

    barisan serangan dan power dah. tengah ada nazmi dengan irfan.

    ok dah tu..harap barisan pertahanan tak lalai.
    titan baru je tulis kisah Anak Kaklong, Cendol Banting dan Blogging.My Profile

  8. semoga berjaya sahaja untuk pemain harimau muda

  9. munir ardi says:

    SElamat bertanding semoga akan memberi pertandingan yang luar biasa untuk ditonton
    munir ardi baru je tulis kisah Amalan sunat hari Jumat!!My Profile

  10. Rina says:

    Sepak bola ini adalah salah satu gelaran SEA Games yang di nanti2
    Semoga sukses :)
    Rina baru je tulis kisah How To Create jQuery Image And Photo Gallery Slideshow For WebsiteMy Profile

  11. suri says:

    semoga berjaya buat yang terbaik.amin
    suri baru je tulis kisah Pasrah Doa Selepas Tamat PeperiksaanMy Profile

  12. suri says:

    kalau dapat memang rezeki kita itu.amin
    suri baru je tulis kisah Kasi Boom Contest SEO EridyMy Profile

  13. hafizmd says:

    Tgk pada nama, dah mantap dah. Walaupun takde wan zack dan syahrul azwari…

    harap menang lagi piala tahun ni..peluang mmg ada, tapi myanmar terutamanya bukan lawan mudah
    hafizmd baru je tulis kisah Contest SEO Eridy | Syok Main SEO?My Profile

  14. Ismail N says:

    Masih satu pasukan yang kuat biarpun tanpa kalibat Wan Zack, Gary Steven Robert dan Junior Eldstål. Key players ialah Nazmi Faiz, Irfan, Fadhli Saas dan Rozaimi. Sayang Wan Zack tak beraksi kerana kita akan kurang sengat di bahagian sayap nanti.

  15. Hafizul says:

    Sorang pun saya tak kenal mukanya macam mana..hahaha..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #77 – Result Pregnancy TestMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun