Senang-Senang Duduk Di Serambi

Rumah korang ada serambi tak? Kalau tinggal di bandar apa lagi di rumah pangsa atau flat, rasanya payah juga nak jumpa serambi ni. Di kampung sekarang hanya rumah-rumah model lama sahaja yang ada serambi.

serambi 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas. Kamus Dewan Edisi Empat

Nyanyian Serambi

keluar pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang
ooo bersabarlah

wajahmu di mana-mana
senyum kasih mesra kasih
cinta murni kan bersemi
bersama ketulusan budi
ooo bersemilah

lama ku cari rahsia kasih
rindu kasih untuk berkasih
senang-senang duduk di serambi
senandung lagu puisi
zikir zaman nyanyian zaman

andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung
biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang maha agung

Ramli Sarip

Selagi kita tidak menutup mata, kerja, kerja, kerja. Lebih kurang macam ni la kata-kata M.Zain dalam filem Labu Labi. Bekerja sudah menjadi satu kemestian dalam hidup kita. Setelah penat bekerja, rehat-rehat di serambi rumah sambil minum teh 0 pun sudah cukup bagus. :D

TehrDemikian kisah 'Senang-Senang Duduk Di Serambi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. Cik Siti says:

    kalau dulu-dulu kalau seseorang tu tanya anak kau lelaki ke perempuan? dan jawapannya orang serambi…. tahulah itu anak lelaki….
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajau bahasa MelakaMy Profile

    1. tehr says:

      orang dulu2 bahasanya memang berseni

  2. puteri says:

    serambi mekah = kelantan

    he.he.he..

    bila nak belanja teh o ni,,,
    :D

    1. tehr says:

      bila nok mari klate? :D

  3. Affan says:

    serambi ni kat kg2 je ada.
    kalau balik kg kat melaka, kalau tidur kat serambi, pagi2 mmg sejuk heehe

    lagu ramli sarip ni mmg best, lama dah, tapi masih sedap didengar
    Affan baru je tulis kisah Kelebihan lain SEO dan Salah Faham Mengenai SEOMy Profile

    1. tehr says:

      memang syok tidur kat serambi
      tambah2 lagi kalau rumah tepi sawah

      1. suri says:

        uamh jiran suri ada le serambi terbuka..umh suri dah berttup nak loading any time blh jer tak der sapa nampk. hiii

  4. padin says:

    rumah kampung aku sebelum modifikasi ada gak serambi, hehee tapi sekarang dah rata je..

    memang best kalau dok kerusi sambil layan feeling keh3

    1. tehr says:

      kena lak kopi 0 + keledek goreng
      hehe

      1. padin says:

        kombinasi kegemaran orang tua aku tu hehee

        1. suri says:

          ubi panas le lagi sedap hii

  5. zulkbo says:

    salam saudara..
    balik kampung cuti CNY
    baru ni ada berbincang
    adik beradik hendak
    ronovated rumah mak ayah
    rasanya beranda rumah
    nak di buang kerana kurang
    di gunakan..
    zulkbo baru je tulis kisah Habuan Tahun Baru Cina Virus FoundMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      banyak serambi yang dah diubah jadikan bilik sekarang ni

  6. mie says:

    lepak2 di serambi sambil minum petang..
    dibuai angin sepoi2 bahasa…
    itu zaman muda2 dulu..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Kek Pilihan Bulan FebruariMy Profile

    1. tehr says:

      kat situ la juga tempat buat layang2
      hehe

    2. mie says:

      itu bagi kanank..
      bagi orang dewasa..
      situlah nak gosip2..
      ehehee
      mie baru je tulis kisah Coming Soon!!My Profile

  7. toyol says:

    rumah TK masih rumah style lama..
    ada serambi..
    klau ada ttamu dtg, kt situ la slalu mreka lepak..
    toyol baru je tulis kisah MOTIVASIKAN DIRI SENDIRIMy Profile

    1. tehr says:

      memang best layan cerita kat serambi ni

  8. hafizmd says:

    petang-petang duduk di serambi
    gurau senda bersama anak bini
    hidup dikota tiadalah seni
    tanah yg kecil mahal tak terkira
    hafizmd baru je tulis kisah Review Januari sambil jaga anak isteriā€¦My Profile

    1. tehr says:

      hidup di kota mengejar masa
      penuh kenderaan di jalan raya
      setiap langkah membayar sahaja
      makan pakai bermacam belanja

  9. ghost writer says:

    bekerjalah demi kejayaan yang kamu impikan…

    semoga beroleh kejayaan.
    ghost writer baru je tulis kisah reprieveMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      manusia akan dapat apa yang mereka kerjakan

  10. Serambi? Confirm takde kot…
    Bawah kolong ada lar.., kira serambi juga ke tu?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah BRT6-Cj Go TravelMy Profile

    1. tehr says:

      tak dikira serambi ti
      [bila la agaknya sempat ke sabah] :D

  11. decrewz says:

    Umah family jai kat kg masih umah lama, ada serambi.. Kecik2 dulu selalu lepak2 ngan mak ayah depan tu..
    decrewz baru je tulis kisah Cara periksa gambar palsuMy Profile

    1. tehr says:

      memang best tu, jai
      nanti bila2…
      atuk lepak ngan cucu pulak
      sambil buat layang2 :D

      1. decrewz says:

        Dengan atuk dulu pernah jugak, time2 balik umah atuk lepak serambi karau mata kail, dpt jugak la upah..hu3
        decrewz baru je tulis kisah Cara periksa gambar palsuMy Profile

  12. Mus says:

    ramli sarip.. faveret aku tu….
    Mus baru je tulis kisah Hannah Dah Tumbuh Gigi SusuMy Profile

  13. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    serambi Mekah ni adalah dikaikan dengan Negeri kelantan….. serambi ni kat umah atuk aku ader ler tapi bila duduk taman perumahan mana ade serambi ni….
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip-tip memudahkan Tanggal sticker MotorsikalMy Profile

  14. Norgadis says:

    Kalau duduk kat serambi waktu petang2 sambil minum teh best juga tu….
    Norgadis baru je tulis kisah Cara Membuat Menu LinkMy Profile

  15. suri says:

    umah suri kt kg ada serambi tapi bertutplah..

    dlu rumah arwah nenek ada skrd dah d robohkan dinaikkan batu bata pula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun