Senandung Lagu Durian

Jalan-jalan ke Tanah Merah,
Singgah sekejap di Bukit Bunga;
Musim durian kembali meriah,
Harga yang murah baik isinya.

Sepanjang jalan gerai durian,
Dibawa angin harum baunya;
Kulitnya dibuang isi dimakan,
Sambil membeli sambil merasa.

Beras pulut santan kelapa,
Untuk hidangan waktu petang;
Campur sedikit gula melaka,
Digaul disuap hingga kenyang.

Anda memang cari penyakit,
Kalau makan tanpa kawalan;
Minumlah air di dalam kulit,
Boleh hilangkan panas badan.

Isi durian dibuat tempoyak,
Nanti dimasak bersama gulai;
Cekodok durian rasanya enak,
Makan berdua atau beramai.

Jangan dibenci ambillah senduk,
Kacau durian dalam belanga;
Luar musim tersedia lempuk,
Boleh dimakan begitu sahaja.

Hadir berseni sang raja buah,
Setahun sekali mencemar duli;
Isinya lembut kuning mencelah,
Kulitnya keras penuh berduri.

Tips memilih durian:

1. warna kulit yang kuning coklat
2. jarak duri yang jarang
3. bau yang tajam
4. senang / mudah dikopek
5. kesan tangkai yang tidak dipotong

TehrDemikian kisah 'Senandung Lagu Durian' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun