Senaman Punggung

Tahun lepas aku ada membaca perihal Senaman Punggung pada blog Bro Mie. Masa tu aku tak ambil berat sangat mengenainya kerana punggung lelaki kacak ni sudah sedia kacak (sila jangan percaya), jadi aku tiada keperluan untuk melakukan Senaman Punggung ketika itu. Lagi pun aku fikir, Senaman Punggung ni hanya dilakukan oleh kaum wanita cantik di rumah sahaja.

Malangnya aku silap. Senaman Punggung juga dilakukan oleh golongan lelaki kacak, malah lebih berjaya menarik perhatian masyarakat apabila ia dilakukan secara beramai-ramai di jalan raya.

Ayuh semua kita jaga kesihatan
Goyang punggung kita buat senaman
Di mana sahaja tiadalah halangan
Tak dilarang mana-mana peraturan

Senaman punggung usahlah kita malu
Goyang punggung buat-buat tak tahu
Pedulikan adab pekerti orang berilmu
Goyang sahaja tiada siapa mengganggu

Mari semua marilah senaman punggung
Biarkan saja senyuman orang kampung
Badan sihat, perut sendat, poket kembung
Kita yang buat, kita pikul, kita tanggung

Sebenarnya aku hairan, tujuan senaman punggung di jalan raya dan di depan rumah yang dilakukan itu, adakah untuk memalukan orang lain atau untuk memalukan diri sendiri. Apa yang pasti, aku TIDAK akan sekali-kali ambil bahagian kalau ada kumpulan blogger lelaki kacak yang mahu membuat senaman punggung kerana membantah kemudahan internet yang terlalu lembab dan selalu putus di negara kita ini.

TehrDemikian kisah 'Senaman Punggung' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. tajuk yang bikin Rain HOT nak terjah sini. haha

    goyang dalam bilik sudah lah.

    sihat kena jaga, adab susila juga kena jaga. itu maruah yang melambang peribadi.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah gesekan biola lelaki tuaMy Profile

  2. titan says:

    haha..aku tak pernah belajar lagi senaman macam ni..
    titan baru je tulis kisah Lelaki Kacak dan Gunung KinabaluMy Profile

    1. suri says:

      dulu sek pun tak der amik kelas gini he..tak tahu ar guru2 skrg camner gaya pjk murid2nya heee
      suri baru je tulis kisah Dua Puluh SenMy Profile

    2. hafizmd says:

      Titan, ko pernah tengok sin chan menari tak? Aku rase, camtulah gayanya…hehehe
      hafizmd baru je tulis kisah Dia Mesti Wangi?My Profile

      1. suri says:

        sy suka cerita tu haa klu tgok rasa gelak2 besau depan anak2..suami ktwa gak hee
        suri baru je tulis kisah Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan ItuMy Profile

      2. chii says:

        adeih..sakit perut chii dok gelak..dok terbayang senaman punggung…ahahaha
        chii baru je tulis kisah Part III : Ekps Ke Gunung StongMy Profile

    3. chii says:

      ahahah..titan bleh la blaja dr cikgu tehr..
      chii baru je tulis kisah Part III : Ekps Ke Gunung StongMy Profile

    4. aku pom titan…dan tak pernah dengar…bleh cuba ni..haha…best kot…hik hik hik..tq tuan tehr
      Encik Bukit Besi baru je tulis kisah Bila Lelaki Kacak Memberi NasihatMy Profile

  3. kwsan kat situ udara bersih..hehe,trus smngt nk wat senaman punggung..

    lgpon wat kat dpan umah pengamal undang2..ttp die sendiri yg langgar undang2.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Platform IdeaMy Profile

  4. suri says:

    ha kcak klu buat senam bgni..ptg2 dah bisa suri tergelak lama mujur ada bos dlm blik heee
    suri baru je tulis kisah Cara Mengupas Allium SativumMy Profile

  5. suri says:

    kes ambiga ar ni tak der cerita ada je kisahnya heee
    suri baru je tulis kisah Pengalaman http://cahayacinta.com Sebagai Penulis BlogMy Profile

  6. mie says:

    senaman punggung untuk lelaki kacak…
    harus dicuba…
    tapi buat dalam rumah..
    bukan di luar rumah..
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Restoran Makanan Halal Di HatyaiMy Profile

  7. akubiomed says:

    Bro Tehr ini ada kaitan dengan goyang gerudi Inul? :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurveMy Profile

    1. hehe..bhaya tu.. :)
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Tips PerniagaanMy Profile

    2. hafizmd says:

      bahaya tu…kang tak pasal2 cikgu kena ‘gerudi’ ngn org rumah nanti =)
      hafizmd baru je tulis kisah Dia Mesti Wangi?My Profile

      1. chii says:

        ok pe..bagus utk pinggang kan :D
        chii baru je tulis kisah Part III : Ekps Ke Gunung StongMy Profile

  8. hatiputera says:

    nak belajar senaman punggung kena belajar kat club dangdut,,,
    hatiputera baru je tulis kisah LELAKI YANG KACAK LEBIH SAYANGKAN ANAKMy Profile

    1. chii says:

      erk!! xkan kat club dangdut je..aisey
      chii baru je tulis kisah Part III : Ekps Ke Gunung StongMy Profile

  9. azura says:

    hihi senaman versi malu
    azura baru je tulis kisah Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012My Profile

    1. suri says:

      malu hape huhu…t ar lgi malu
      suri baru je tulis kisah Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan ItuMy Profile

  10. nurmisnan says:

    hik3.. jom senam. rampingkan sekali punggung
    dan pinggang.. buat sekali shuffle.. everyday i’m shuffling
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #45My Profile

    1. chii says:

      erh!!! bleh ke rampingkan punggung?? err..1st time chii dgr
      chii baru je tulis kisah Part III : Ekps Ke Gunung StongMy Profile

  11. benjy says:

    Aduhhh ! … semakin hotlah cerita senaman punggung ni yer … :D
    benjy baru je tulis kisah JADUAL PERLAWANAN PIALA THOMAS 2012My Profile

  12. rahman says:

    orang ada buasir di larang buat.. merbahaya hehe :)
    rahman baru je tulis kisah Mohd Nazmi Faiz Mansor di PortugalMy Profile

    1. suri says:

      jadi jangan sesekli berani buat haaaa
      suri baru je tulis kisah Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan ItuMy Profile

  13. yas says:

    Tak penah lagi aku dengar senaman punggung….camne ye caranya..???
    yas baru je tulis kisah [GAMBAR] YATT HAMZAH -Imej Baru Yang AyuMy Profile

  14. Amirez says:

    takde video ke Tehr? teringin gak nak tengok macam mana senaman punggung depan rumah ni hehe

  15. ProfHariz says:

    Senaman punggung mcm pelik je? Rasanya itu untuk pinggang kot?
    ProfHariz baru je tulis kisah Video Makna Bacaan Dalam SolatMy Profile

    1. suri says:

      supaya kekal langsing,nk ckp mulut dah hari2 bersenam pun heee
      suri baru je tulis kisah Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan ItuMy Profile

  16. mak lagenda says:

    Senaman punggung, mak tatau..tp klu senaman kagel, mak tau lah. OPssssss..mihahahahhaha!!
    mak lagenda baru je tulis kisah PIZZA HUT? LAYAN…My Profile

  17. zulkbo says:

    salam..
    punggung ni kira anggota yang
    agak sensitif..maka hargailah ianya :)
    zulkbo baru je tulis kisah Video Dan Gambar Kemalangan Ferrari Langgar Teksi Di SingapuraMy Profile

  18. kulanz says:

    Senaman punggungggg..hahaha..
    Akupun memang nak buat demo sbb tak puas hati dengan streamyx yang sudah beberapa hari bermasalah.. Tapi kalau nak buat senaman punggung memang aku tak sanggup.. Macam buat malu diri sendiri pulak tu
    kulanz baru je tulis kisah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara – Selamat Hari Guru 2012My Profile

  19. Cik Siti says:

    lama betul tak jenguk En Tehr…. nak berpantun pun masih otak ni pun dah berkarat… apa pun layan lagu dangdut paling best nak goyang pinggul…

  20. donnyien says:

    Perggh entry hangat ni bro, tapi hebat lagilah pantun tu..
    donnyien baru je tulis kisah Wordless Wednesday # MC Juara EPL Musim 2011/12My Profile

  21. hafizmd says:

    Macam2lah…kot ye pun tak puas hati, kenapalah ini caranya. Nak memalukan orang ke, atau nak memalukan diri sendiri…tak faham kawe..
    hafizmd baru je tulis kisah Dia Mesti Wangi?My Profile

    1. onlajer says:

      kalau shin chan tak malu,kalau dah tua2 susah nak cakap
      onlajer baru je tulis kisah Masa untuk jadi budak-budakMy Profile

  22. Kalo buat lm Umah xpe, tp kalau dpan Umah org, tu namanya cr malu sendiri… Haihh
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2012My Profile

  23. Yeahhh… teruskan bersenaman… Semoga sihat selalu…
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Blog Report Minggu Ke-3My Profile

    1. suri says:

      ada saja nak buat senaman tanpa paksakan heee
      suri baru je tulis kisah Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan ItuMy Profile

  24. Sya Isya says:

    macam2. :D
    Sya Isya baru je tulis kisah GA LELAKI KACAK RM100My Profile

  25. suri says:

    klu nk bersenaf nafas turun naik lgi mudah
    suri baru je tulis kisah Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan ItuMy Profile

  26. chii says:

    aduhai..chii baru tau pasal punggung ni pun pas baca satu blog..mcm kelakar pun ada dibuatnya..adeih..mcm xde perkara lain plak dorang ni…
    chii baru je tulis kisah Part III : Ekps Ke Gunung StongMy Profile

  27. cik tom says:

    senaman punggung??xpernah plk buat..maybe boleh praktis..
    cik tom baru je tulis kisah Tips Panduan Persiapan PerkahwinanMy Profile

  28. senaman punggung ni mcm Zumba dance juga kot?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Society for the Prevention of Cruelty to AnimalsMy Profile

  29. zool says:

    bagus senaman punggung ni.. terutama untuk mengeluarkan angin.. tak gitu?
    zool baru je tulis kisah Keputusan perlawanan akhir Piala FA 2012 – Kelantan vs Sime DarbyMy Profile

  30. adele says:

    no komen…sbb tak pernah dgr senaman ni.huhhu
    adele baru je tulis kisah Dulu Laknat Sekarang BinatangMy Profile

  31. kakyon says:

    tersenyum sesorang baca komen2 kat atas. akk tak ambik kisahlah nk senaman apa pun..mainan orn muda..hehe
    kakyon baru je tulis kisah kek hari ibu untuk ibukuMy Profile

  32. tonton teater anak panggong
    banyak penonton dari Sudan
    jangan terlebih goyang ponggong
    nanti tergeliat merana badan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair door trim kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Doortrim keretaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun