Seloka Orang Hidup

Pagi mula indah redup bila petang
Malam jadi cerah indah lagi siang
Jagalah amanah dirikan sembahyang
Salah pilih arah jadi hamba orang

Ikut kata ikan makan buah kedondong
Ikut kata lembu makan batang jagung
Ikut kata kawan lemas dalam lombong
Ikut kata bafsu hilang semua untung

Susah naik rakit nak pergi ke hulu
Lagi lebih susah berenang ke tepian
Biarlah rasa perit terlebih dahulu
Bahagia akan datang nanti kemudian

Siapa makan cili dialah rasa pedas
Siapa pegang api dialah rasa panas
Siapa busuk hati dialah rasa rimas
Bila jujur pekerti diri rasa bebas

Rajin serta usaha tangga kejayaan
Harta emas perak tembaga dan suasa
Diri akan bahagia punya pengetahuan
Kalau malas gerak nikmat tak merasa

TehrDemikian kisah 'Seloka Orang Hidup' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. akubiomed says:

    Hendak pastikan hidup perlu berusaha kalau tidak miss soru. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Piala AFF Suzuki 2012 layu pagi Isnin bersama Harimau Malaya.My Profile

    1. UmmiKami says:

      Pulau Pandan gah selepas senja…
      Mesti bertalu talu bingit komuter…
      Kalau segan berenyah malas bekerja..
      Nanti miss syoru gigit computer…..tudiaa :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peribahasa..My Profile

  2. UmmiKami says:

    Bila petang redup malam pun hujan..
    Tangki dan guri akan menanti dipenuhi..
    Bila berhutang hidup kelam berantakan..
    Baiki diri bersihkan pekerti dan rohani..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peribahasa..My Profile

  3. Eizil says:

    Beberapa kali membaca artikel ni, tak tahu kenapa, tapi rasa begitu mendalam mesej yang saya perolehi.
    Eizil baru je tulis kisah Mengapa aktiviti blogging contest diadakan.My Profile

  4. onlajer says:

    Rasa nya dah lama aku tak membaca ayat2 sebergini
    onlajer baru je tulis kisah Penghidup Mara SonsangMy Profile

  5. Juan says:

    persiapan awal untuk hari hari yang bahagia dimasa akan datang
    Juan baru je tulis kisah Motosikal Yamaha Nouvo S 115 ccMy Profile

  6. Begitu mendalam maksud seloka ni. Susah jugak nak faham. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Flemington Hotel, TaipingMy Profile

  7. donnyien says:

    Hai bro,
    Mendalam sekali maksud di sebalik seloka di atas, semoga ianya dapat di manfaat bersama.
    donnyien baru je tulis kisah Let’s start givingMy Profile

  8. Bro Zulkbo says:

    salam..
    moralnya..
    selagi hidup, kenalah berusaha..
    kalau malas, tak jadi apa pun kerja :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita Sebagai SuamiMy Profile

  9. Cik Siti says:

    mendalam maksud tu
    Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

  10. Mummy Akmar says:

    Suka pantun ini! LOIKE! Bermakna sangat. Thanks share

  11. titan says:

    seloka orang tak hidup camana la plak??
    titan baru je tulis kisah Kepenatan handle kenduri kahwin aku..My Profile

  12. hafizmd says:

    Seloka utk kita hayati dan fahami. Terima kasih cikgu
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #25 Wajah Sebenar Harimau Malaya!My Profile

  13. mmg org malas selalu rugi..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday : SymaMy Profile

  14. Ladfe Amir says:

    budi bahasa bukan setakat amalan kita tetapi juga amalan para Nabi dan Rasul.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Wordless Wednesday (Budak Berani)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun