Seloka Orang Gagal

Anda pernah gagal kerana orang lain gagal? Gagal memang perkara biasa dalam kehidupan kita. Gagal kerana kesilapan sendiri juga memang biasa kita dengar. Tapi, pernahkah anda gagal menyiapkan sesuatu tugasan hanya kerana ada orang lain yang gagal menyempurnakan bahagian tugas mereka?

seloka gagal

Contohnya aku. Sebagai Guru Data [GDM] aku tiada masalah kerana aku buat kerja seorang diri sahaja. Tetapi sebagai Setiausaha Peperiksaan [SUP], aku akan gagal menghantar analisa markah sekiranya ada cikgu yang gagal menyiapkan markah pelajar mereka.

kau gagal aku pun gagal
hasil kerja tak boleh dijual
bos marah kita kena bedal
kerana kerja tak guna akal

bukan sebabnya nasib badan
bukan juga takdir ketentuan
kerana usaha tidak sepadan
satunya ke kiri satu ke kanan

aku gagal kalau kau gagal
kau jangan-jangan cari pasal
kita juga yang akan menyesal
usah diharap nak jadi terkenal

Pekerjaan sekarang macam tu la kan? Kena buat sama-sama dan setiap orang perlu ada rasa tanggung jawab. Lainlah bagi nelayan sungai yang hanya keluar menjala seorang diri sahaja. Kegagalan dia memang tak boleh nak salahkan siapa-siapa lagi. Eh, dah musim hujan ni tak nak cari ikan sawah ke? Jala dan pukat korang dulu ada lagi? :D

TehrDemikian kisah 'Seloka Orang Gagal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. adele says:

    rasanya stiap org pasti melalui kegagalan kan..hehe. tak gagal maka tak berertilah hidup sebab tak tahu mcamana nak berjaya kemudiannya :)

  2. yas says:

    Hehehe…adakalanya kita gagal sbbkan org len…aku pernah jugak mengalaminya…bila tiba bab2 ni mula la memasing tunjuk sana tunjuk sini…yg tu part paling x elok tu.
    yas baru je tulis kisah Patung lilin Yahudi menghina IslamMy Profile

    1. dnoBiz says:

      bila dah terjadi masing masing nak lepaskan tengkok sendiri :D

      1. b3njy says:

        Akhirnya tengkok kita yang tersepit adoiiii …

  3. titan says:

    hehe..ni macam marah aje gayanya.hehe..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 27 dari Paid-to-Promote.netMy Profile

    1. b3njy says:

      Biasalah cikgu kita ni tu bukan marah … NASIHAT !

  4. puteri says:

    gagal kerana orang lain gagal?
    oh tidak!
    saya takkan biarkan anasir itu menghasut!

    1. b3njy says:

      Itulah sebaiknya …

  5. dnoBiz says:

    hahaha..
    masalahni biasa terjadi pada mereka yang berkerja di finishing line..
    orang punya pasal kata jadi mangsa :D

    1. b3njy says:

      “Sampai hati diorang buat kita macam ni kan”. suara2 dari team finishing line

  6. Juan says:

    pernah dulu saya hampir gagal kerana kegagalan org lain, sampaikan buat saya terfikir yg saya nak buat sendiri sahaja selepas itu
    Juan baru je tulis kisah Seksualiti Merdeka 2011 | Isu SemasaMy Profile

    1. b3njy says:

      Kekadang kita memerlukan bantuan orang lain dan bila ia diluar kemampuan kita masalah ini yang sering berlaku …

  7. b3njy says:

    Bagi benjy perkara ini tidak mustahil berlaku Cikgu … namun yang penting leader dalam sesuatu organisasi adalah key person yang akan memantau semua link agar berjalan lancar … siapa yang silap dia yang kena tanggung dan bukannya orang terakhir …

  8. Seri Bahasa says:

    tapi ramai yang berjaya kerana belajar dari kegagalan masa lampau…jadi kegagalan bukanlah nokthah bagi seseorang yang ingin terus maju….

  9. chii says:

    gagal kerana orang lain? agaknya terpengaruh la kot..

    tapi tanpa kegagalan..seseorang itu tak mungkin akan mencapai kejayaan …=)..
    chii baru je tulis kisah Salam Aidiladha 1432HMy Profile

  10. padin says:

    haaa itu yang tak best tu, bila kerja kita sangkut pasal orang lain yang bagi sangkut… huu, nak di tegur bukan budak kecik, tapi kalau tak di tegur, berasap kepala rasanya, hahahaa

  11. akubiomed says:

    Dah macam ibarat main bola sepak. Sudah dinamakan berpasukan kalau salah seorang gagal melaksanakan tugas dengan baik sebagai ahli didalam pasukan tersebut terpaksa menerima sebagai kegagalan total. Lebih menyakitkan hati yang buat salah tidak rasa bersalah. :-(
    akubiomed baru je tulis kisah Permainan Congkak tradisional tidak luput dek zamanMy Profile

    1. nurmisnan says:

      bola sepak pun man pas2 kasi masuk gol.. dpt satu mata…
      nurmisnan baru je tulis kisah Salam Aidil Adha dan DOAMy Profile

  12. Norizwan says:

    tak bekerja sama, tak berusaha, kerja tertangguh punca gagal….dari kegagalan itu mengajar erti kejayaan….

  13. nurmisnan says:

    tiada kerjasama jadi begitulah.. kita berjaya siapkan kerja
    tapi yg lain gagal melaksanakan dgn sempurna…

    kalau semua kena bedal
    balik rumah naik basikal.. hik3…
    nurmisnan baru je tulis kisah Salam Aidil Adha dan DOAMy Profile

  14. Pacifista says:

    sejak ada saps ni beban kerja aku makin bertambah2 pulak.huhu… :P
    Pacifista baru je tulis kisah Blogwalking dengan PacifistaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun