Seloka Orang Berkempen

Semakin dekat dengan musim pilihan raya, teringin pula aku menulis mengenai ragam penceramah yang berkempen di pentas. Entri ini aku tak tujukan kepada mana-mana parti atau kepada mana-mana penceramah. Sekadar suka-suka sahaja.

Jom kita dengar ceramah politik paling best dalam abad ini. :D

pakcik-pakcik serta tuan-tuan
makcik-makcik dan puan-puan
kaum lelaki kaum perempuan
di dalam dan juga di luar dewan

pilihan raya dah makin dekat
calon pula tambah semangat
kalaulah semua berkerja kuat
negara malaysia kita yang dapat

bukan saya bercakap bohong
bukan juga berlagak sombong
bila tuan-tuan memberi tolong
parti lawan dah tentu terlopong

dengar baik-baik saya nak kata
memilih calon bukan suka-suka
asal keturunan diusul periksa
calonnya pula dari parti mana

hendak memilih berhati-hati
calon terbaik geng-geng kami
semua dikata semua dijanji
dah barang tentu kami tepati

bukan seperti wakil parti sana
pandai bermadah berjanji saja
cakap banyak habuk pun tiada
padi serelung semuanya hampa

Aku tak suka dengar ceramah politik yang banyak mengutuk dan mencaci peribadi orang. Dah kedengaran seperti orang hilang pedoman. Macam murai gila.

kucing hitamSeseorang penceramah sepatutnya dapat menerangkan apa yang mahu mereka lakukan kiranya parti mereka menang dalam pilihan raya. Apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat ketika mentadbir negara. Berhujah dan menarik sokongan dengan berpandukan fakta-fakta yang ada. Bukan berdasarkan kepada air liur siapa yang lebih busuk masin.

pilihan raya bukan setiap hari
lima tahun baru datang sekali
hak kita untuk keluar mengundi
kita tentukan pilihan kita sendiri

TehrDemikian kisah 'Seloka Orang Berkempen' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. Wan Fauzi™ says:

    bestnye dapat balik malaysia… boleh mengundi kat tempat sendiri..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Tenang Menghadapi CabaranMy Profile

  2. titan says:

    jarang dah aku gi tengok orang kempen atau ceramah..
    titan baru je tulis kisah 8 Teknik AJAIB untuk buat Sales.My Profile

  3. UmmiKami says:

    Salam manis salm hormat.. :D

    Ulam manis halwa ketumbar,
    Rebung berkuap di tepi kendi;
    Dalam merintis bawa bersabar,
    Tanggungjawab mari mengundi.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Jika Sayang….My Profile

  4. Cikgu Hairul says:

    Nampaknya kalau Cikgu harapkan kempen tanpa caci maki, alamatnya tak jumpa la walau sampai kiamat nanti. Dah semakin teruks jadinya perangai orang berkempen sekarang ni. Bukan beri hujjah bagaimana nak membangunkan ummat. Tapi dok sebok mengatakan ummat aku adalah ummat terbaik, dan ummat kamu umat terbalik.

  5. Hairul Azni says:

    Sangat setuju dengan ayat ini :
    ” Apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat ketika mentadbir negara. Berhujah dan menarik sokongan dengan berpandukan fakta-fakta yang ada “.
    Hairul Azni baru je tulis kisah Melayari Kenangan Sungai Di Galeri Pengangkutan Air,Pekan PahangMy Profile

  6. akubiomed says:

    Harap berkempen biarlah berkemah. Bukannya memburuk-buruk dan mencaci peribadi pihak lawan.

  7. hafizmd says:

    Kempen politik biarlah berhemah.
    Budaya maki hamun tinggalkanlah
    Adat politik menang kalah
    Jangan asyik cari siapa yg bersalah
    hafizmd baru je tulis kisah Mampukah Malaysia Tewaskan Yaman Malam Esok?My Profile

  8. maza says:

    waakakaka….

    maza pula dengar ceramah politik boleh aje, gunapakai dan percaya… oh tidakk… hehehhe
    maza baru je tulis kisah Wanita Haram Memakai WangianMy Profile

  9. papa mifz says:

    den tak pernah lagi terlibat atau tengok mana2 kempen mahupun ceramah politik…
    papa mifz baru je tulis kisah Jeruk Penang MariMy Profile

  10. mancai says:

    pantun seloka tehramuan,
    kisah seloka orang berkempen,
    sudah terasa suasana kehangatan,
    bila selesai harap tiada yang komplen.
    mancai baru je tulis kisah Apa itu API?My Profile

  11. hafiz says:

    tak pernah gi dengar ceramah politik ni..
    hafiz baru je tulis kisah Johor Darul Takzim FC membuat rombakanMy Profile

  12. ghost writer says:

    percayalah, selama berkhidmat dalam kerajaan ni ( soalnya sektor keselamatan) belum pernah lagi aku menghadiri ceramah politik. suatu yang sangat ditegah dalam agensi kami.
    ghost writer baru je tulis kisah bagaimana caraku melawan matahari?My Profile

  13. Semakin dekat nak PRU, semakin huru hara rasanya Malaysia ni. Huh
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Pengangkutan Awam Di Malaysia Sangat TerukMy Profile

  14. iOS Gear says:

    Tak pernah join ceramah-ceramah berunsur politik ni..
    iOS Gear baru je tulis kisah Muat Turun iOS 6.1.3My Profile

  15. azura says:

    Mari mengundi dah dekat
    azura baru je tulis kisah Semua Ini PoyoMy Profile

  16. Kulanzsalleh says:

    Aku ni memang tak suka dengar ceramah politik.. apa lagi kalau diselit dengan makian atau serangan peribadi.. bertambahlah tak suka
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2013My Profile

  17. de engineur says:

    Klu semasa kempen asyik mengutuk lawan, mcmana nak berbaik selepas polihanraya? Takda kematangan berpolitik langsung. Lagi baik pemain bola, lepas main, kalah menang tetap berjabat tangan
    de engineur baru je tulis kisah Samsung Galaxy S4 supports wireless chargingMy Profile

  18. padin says:

    tu la pasal, bagi aku berkempen tu biarlah berkempen dengan baik, tak perlu maki dan kutuk orang sana sini….

  19. Petua Puteri says:

    saya pun kurang suka ceramah politik.. hanya menimbulkan kebencian dan sakit hati sahaja.. :D
    Petua Puteri baru je tulis kisah Petua Mengasingkan Isi Durian Untuk Buat TempoyakMy Profile

  20. effort lab says:

    tuan undi mana? hehe
    effort lab baru je tulis kisah Badan Dipenuhi Kaktus [5 gambar]My Profile

  21. Bro Zulkbo says:

    salam..
    masih ternanti-nanti bila
    PM nak umum pembubaran
    parlimen nih ?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Samsung Galaxy S4 : Gambar Dan Ciri-Ciri TerkiniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun