Seloka Banyak Kerja

Salam bahagia. Harap-harap semua yang sempat berkunjung dan membaca entri ini sentiasa dalam kelapangan dan kebahagiaan. Harapan juga semoga semua berada dalam suasanan bebas dari tekanan kerja atau tekanan perasaan. Hehehe

aduhai malang nasibnya badan
orang berdendang kita berperangwuduk boleh menyejukkan badan dan hati

ada kerja mesti dibuat
ada nasi makan tak sempat
ada anak tidak terlayan
ada isteri payah beriringan

tangan kiri mencari
tangan kanan mencapai
kaki kiri berlari
kaki kanan tersandung
nasib tak jatuh masuk ke gaung

cicak berbunyi sakitya hati
cengkerik riang jiwa tak senang
kerbau menguak perut dah senak
berbunyi pungguk mata pula mengantuk

kamu handset jangan nak merenggek
kamu broadband jangan nak meragam
kamu komputer jangan nak memberontak

nasib baik ada isteri
dapat juga diminta bancuhkan kopi

Kedang-kadang bila terlalu banyak kerja yang hendak diselesaikan dalam sesuatu masa, terfikir juga kalau-kalau dapat tambahkan satu lagi tangan atau kaki. Jahatnya fikiran yang berserabut. Sedangkan semua kekalutan yang ada sememangnya dapat ditenangkan hanya dengan berwuduk. Bukankah air itu sejuk dan bersih serta boleh menyejukkan dan membersihkan?

TehrDemikian kisah 'Seloka Banyak Kerja' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


58 Comments

  1. padin says:

    hehe nak tambah satu lagi tangan dan kaki?
    pelan – pelan tehr, walau keja banyak mana,
    insyaAllah dengan perancangan,
    semua akan selesai dengan baik..

    1. tehr says:

      hehehe, tenang2…
      sedang rehat2 sambil baca blog ni, bro
      malam ni minum kopi :)

      1. padin says:

        perghh memang masyuk bila baca blog,
        sambil menghirup kopi, berteman asap, ekekee
        padin baru je tulis kisah Raih Pelawat Dengan PenulisanMy Profile

        1. tehr says:

          asap tu yang buat tenang sikit tu, kan bro?

          1. padin says:

            hehe.. sedar2 dah penuh tabung,
            menggeletar? kena cuba nescafe pon boleh ekekee

      2. akubiomed says:

        Saya tidak boleh minum kopi mengeletar satu badan
        akubiomed baru je tulis kisah Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

        1. tehr says:

          ya. ada gak kawan saya yang tak boleh minum kopi

        2. dnoBiz says:

          aku pulak tak kena kopi boleh mengeletar satu badan hahaha :D
          dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – “Bill Gates- Donald Trumph” Mengapa Mereka Tak ReleventMy Profile

    2. akubiomed says:

      Kalau tambah tangan dan kaki dah macam Dr. Octopus dalam cerita Spiderman pulak. Angkat air sembahyang dapat menenangkan perasaan marah
      akubiomed baru je tulis kisah Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

      1. tehr says:

        banyak la pulak, hehehe
        tak payah le, cukup je dengan apa yang ada

  2. zulkbo says:

    salam sahabat..
    nak kata sejiwa berlainan waima
    nak kata sejiwa berlainan kereta
    yang nyata kita satu agama
    yang nyata kita satu cerita…

    he he..semoga saudaraku
    sihat dan ceria..jazakallah..
    zulkbo baru je tulis kisah Hargai Masa Lapang Mu RenunganMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      kita satu cerita?
      insyaallah kita akan sama2 menyelesaikannya dan bersyukur

  3. kami says:

    banyak kerja memang membuat kita rasa tensen..
    tapi dengan kerja itu lah sumber rezeki kita..
    kalau kita berwuduk salah satu cara menenangkan hati kita..
    harap bro kerja dengan baik selalu..:)

    1. tehr says:

      hanya bila beberapa kerja tiba serentak dan masa yang singkat diberikan

      1. akubiomed says:

        Saya pernah kena tiba blank tak tahu nak buat apa kerana banyak assignment yang perlu disiapkan. Apa saya buat tutup pc terus tidur. Lepas bangun dah fresh baru re-scheduling baik semua assigment mengikut priority
        akubiomed baru je tulis kisah Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

        1. tehr says:

          itulah maksud saya
          bila kerja datang serentak, memang blank kejap
          perlu ambil masa dulu untuk bertenang
          kalau sempat tidur, memang sangat bagus tu

  4. sangilapi says:

    banyak kerja ? kerjakan yang wajib dulu agar serabut itu berlalu :)
    sangilapi baru je tulis kisah tragedi oktoberMy Profile

    1. tehr says:

      aku sedang cuba sedaya upaya
      sebahagiannya dah selesai, ambil masa rilek dengan online
      yang seronoknya ada juga kerja yang boleh dibuat sambil online :)

  5. etomyam says:

    pernah juga alami situasi gitu, lebih2 lagi hujung tahun bila akaun nak ditutup, semuanya nak gambar forward 4x hahaha

    setuju sangat tu, apa-apa pun kena sentiasa tenang dan balik kepada asal..jiwa yg tenang :D
    etomyam baru je tulis kisah Langkah Permulaan Buat Duit Melalui BlogMy Profile

    1. tehr says:

      benar sekali, bro
      semuanya perlukan ketenangan
      lebih seronok bila isteri dan anak2 menambahkan ketenangan
      alhamdulillah

      1. etomyam says:

        hanya keluarga jugalah sebenarnya yg mampu menenangkan jiwa kacau hehe
        etomyam baru je tulis kisah Muara Ikan Bakar Port KlangMy Profile

  6. ray ban says:

    kerja kerja kerja oh kerja…xkan habis selagi kita xmati hehehe
    ray ban baru je tulis kisah Original wayfarer green lensMy Profile

    1. tehr says:

      sama dengan belajar
      dari buaian hingga ke liang lahad, perlu belajar

      1. kekeke.. kerja memang perlu.. istrahat juga perlu.. olahraga perlu juga.
        lowongan pekerjaan baru je tulis kisah AIPEG Vacancy Norton Rose Australia Jobs as Senior Project OfficerMy Profile

  7. cikmin says:

    cikmin antara yang meminta lebih tangan dan kaki ni..kalau boleh jugak 24 jam sehari tu pun nak lebih ke 25-26-27-blablabla..banyak sungguh permintaan.. :P
    cikmin baru je tulis kisah Jejaka HarleyMy Profile

    1. tehr says:

      tapi bila di pikir2 kembali, memang tak mahu la, cikmin
      tak sesuai je :)
      syukur dengan apa yang ada

  8. wadud says:

    tu la pasal aku pon nak kawen gak..
    leh suruh beliau buatkan kopi..
    heheehhe
    wadud baru je tulis kisah Motorku Jupiter siap jugak ko ehMy Profile

    1. tehr says:

      kan? kan?
      usah wat lambat2
      nanti bila dah kawin, terpikir la, ‘ruginya tak kawin awal, best je cam ni’
      insyaallah

  9. zezebel says:

    kalau time busy kan? Masa 24 jam pun rasa macam tak cukup.
    Nak jer ada masa tambhan lagi.
    zezebel baru je tulis kisah Cheap but Romantic Dating PlacesMy Profile

    1. tehr says:

      masa tambahan nak, kerja tambahan tak nak, kan belle? :)

  10. Mohd Hafiz says:

    hmm… sama dengan saja kmu dgn aku…
    semuga terelease semuanya…
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah Finally Its Over!! Motosikal Balik Kampung!! My Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah dah beransur kendur, hafiz :)

  11. dnoBiz says:

    masa tak kan berhenti untuk kita walau apa keadaan sekalipun,

    aku memang ada masaalh dalam pengurusan masa :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – “Bill Gates- Donald Trumph” Mengapa Mereka Tak ReleventMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita :)

  12. sarahnajwan says:

    salam tehr…

    ada banyak kerusi meja
    susun ke hilir dan jugak ke hulu
    jika rasa banyak kerja
    buat hak mana penting dulu

    saya pom banyok keje..keje akhir tahun sblum cuti skoloh..huhu
    sarahnajwan baru je tulis kisah - AI LAIKHEHE -My Profile

    1. tehr says:

      ada kerusi ada meja
      ada meja ada kerusi
      tak suka banyak kerja
      tapi suka banyak gaji :)

  13. kakyong says:

    surirumah pun camni gak.. kdg2 buleh relaks2.. bila relaks ngadap lappy jer kojenya..

    tp bila koje rumah byk nya. rasa nak ade lapan kaki & lapan tangan… :P
    kakyong baru je tulis kisah 1st earning dari ChurpchurpMy Profile

    1. tehr says:

      ya la kakyong
      sebab saya selalu tolong isteri kat rumah :)

  14. Hadi Rofiee says:

    Hehe. Menarik.

    p.s: tengah sakit kepala, selsema.

    1. tehr says:

      jangan lupa makan ubat
      moga2 lekas sembuh

  15. tak boleh minum kopi..nnt sakit kepala :)
    feez-cucuatokaji baru je tulis kisah Siapa Lelaki DayusMy Profile

    1. tehr says:

      ya. minum teh je
      memang ada yang tak boleh minum kopi :(

  16. Cik Siti says:

    ada kerja yang perlu diselesaikan
    tidak kira senang atau pun susah
    Tanggungjawab seiring dengan niat yang ikhlas
    barulah kerja senang dan diselesaikan

    emmmm selagi belum tutup mata kerja…kerja….kerja…
    (Suka dengar skrip labu labi ni)
    Cik Siti baru je tulis kisah Pernahkan Anda Jadi Orang TengahMy Profile

    1. tehr says:

      paling bagus kalau minat dengan kerja yang dibuat
      kerja sebagai hobi atau jadikan hobi sebagai kerja, sebagai sumber pendapatan

  17. Ladfe Amir says:

    kerja adalah satu keperluan utk diri sendiri.
    dulu semasa saya masih muda..saya berkerja n rajin ot. tetapi saya enjoy n gembira. menimbulkan rasa hairan kepada beberapa orang yg sempit fikiran n tidak berpendidikan tinggi.

    hampir sahaja saya menjawap..kerja itu perlu biarpun hingga akhir hayat. tak de mereka yg berjaya dlm keadaan duduk senang lenang tanpa usaha.

    walaupun sibuk berkerja..tgk anak n isteri..hilang penat n lelah itu. InsyaAllah

    1. tehr says:

      seronok dengan kerja yang dilakukan memang satu anugerah
      payah nak dapat tu

  18. zik says:

    kerja2… banyak kerja… mahu kena baca ..exam sudah dekat…hehe
    zik baru je tulis kisah Khasiat buah pala dalam kesihatanMy Profile

    1. suri says:

      kerja satu tanggungjwab heee..klu dapat bonus alangkah bahagianya sb tanda penghargaan pada pekerja tebut ..

      apapun rzki tangan Tuhan..
      banyak mana pun kerja kena buat sikit2 lama2 habslah ia..kata org keje mmg takan habis selagi kita msih hidup..

      zik selamat berjuang..
      tuan rumah..dok kerja kekadang tgan gatal mengulor blog hee..

  19. suri says:

    dudulah ceruk mana kita kena pandai bawa diri..jangan nak harapkan pada siapa2..

    begitulah juga pada rezeki tika kita rajin berusaha tanpa merungut insyallah hasil itulah kita hadapkan jua..

    jangan merungut tak tentu pasal pasti Tuhan jua yang murka..

    lakukanlah ke arah kebaikan ibarat ibadat sepanjang zaman

  20. Syafrizal says:

    memang bila banyak kerja mulalah blog pun tak sempat nak diupdate..
    haru biru dibuatnya
    Syafrizal baru je tulis kisah Senaraikan isi-isi artikel anda – Bahagian 4My Profile

    1. tehr says:

      hujung tahun ni, memang sangat banyak kerja

      1. AnastasiaAnn says:

        bukan takat hujung tahun, sepanjang masa aku banyak keja. keja melepak. haha
        AnastasiaAnn baru je tulis kisah Stuck in a momentMy Profile

        1. tehr says:

          kerja juga tu :)

  21. AnastasiaAnn says:

    haha. nasib baik ada bini. sayang bini tu manyak manyak rrrrrrrrrrrr..
    AnastasiaAnn baru je tulis kisah Stuck in a momentMy Profile

  22. mijie says:

    banyak kerja, 2 minggu ni blog buruk aku pun terbiar usang….sibuk untuk update dan sebagainya
    mijie baru je tulis kisah Myvi tengah dibetulkan kakinyaMy Profile

    1. tehr says:

      sama la, bro
      makin dekat cuti, makin banyak pula tugasan
      lepas raya pun ada lagi…

      1. suri says:

        samalh dgn suri pening jap huhu..bos tak mau amk pekerja lagi huuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun