Selepas Tamat Belajar Nak Buat Apa

Semalam aku tulis mengenai kisah seorang tua [aku] yang cuba cari peluang untuk belajar. Hari ini kisah untuk orang muda dan remaja. Apa yang boleh dilakukan selepas habis belajar di sekolah, kolej atau universiti. Apa yang korang mahu buat?

baju kurung pelajar perempuan

Aku ada 5 cadangan seperti yang disenaraikan di bawah untuk korang pilih dan lakukan selepas tamat belajar. Ada perkara mudah dan ada pula yang nampak sedikit sukar. Bukan terlalu sukar!

  1. Kahwin. Ini paling mudah dan senang. Belanja kawin pula boleh minta emak dan ayah tanggung. Lepas kahwin tinggal bersama emak ayah atau di rumah mertua.
  2. Menganggur. Ini lagi senang. Makan minum semua ditanggung oleh emak, ayah, kakak atau abang. Tak perlu untuk fikirkan apa-apa masalah dunia.
  3. Mengembara. Aktiviti yang seronok ini sukar untuk dilakukan sekiranya tiada duit dan keluarga bukan orang kaya. Tak ada pula orang yang tidak dikenali mahu beri tumpang percuma.
  4. Kerja Sambilan atau sementara. Langkah ini sangat baik. Dapat juga mencari duit saku. Tidaklah nanti terus menerus minta duit belanja daripada emak dan ayah.
  5. Bekerja Tetap. Cari, mohon dan dapatkan kerja tetap. Ini paling bagus. Remaja kacak, comel, berani dan berpandangan jauh, biasanya pandai membuat perancangan untuk masa depan.

Itu sahaja. Siapa yang ada apa-apa cadangan yang mahu ditambah, boleh dituliskan di ruangan komen di bawah. Usah segan-segan.

ada ubi ada batas
susahnya diri bila malas
ada lori ada bas
sampai mati tidak terlepas

TehrDemikian kisah 'Selepas Tamat Belajar Nak Buat Apa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. zool says:

    kena cari sesuatu sebelum tamat pengajian dan buat keputusan. nak sambung belajar lagi, cari kerja, buka bisnes atau teruskan hari pengangguran.. masing2 kena pilih
    zool baru je tulis kisah Keputusan perlawanan Liga Super 25 Jun 2013My Profile

    1. suri says:

      mesti pilih jangan tunggu sahaja memang tak ada untung langsung
      suri baru je tulis kisah Potong Pola Baju Kurung TradisionalMy Profile

      1. TehR says:

        yups, setuju
        buat pilihan awal
        tak la jadi tak tentu arah

        1. suri says:

          berniaga melalui blog ker..jual makan ker kt depan rumah
          suri baru je tulis kisah Upahnya Free Of ChargeMy Profile

  2. papa mifz says:

    Seboleh bolehnya elakkan lah berkahwin dengan menggunakan duit mak ayah, tak kacaklah lagu tuh,hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Ketemu Sudah Si Janda BaikMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      sikit pun tak kacak

    2. suri says:

      malu.malu cuba usahakan sendri
      suri baru je tulis kisah MYR 115My Profile

    1. TehR says:

      sama macam aku juga
      kerja dulu

      1. suri says:

        saya cari kemahiran dulu
        suri baru je tulis kisah MYR 115My Profile

  3. maza says:

    dulu sebaik tamat pengajian terus nak kerja… kononnya mahu cepat2 kaya dan kawen…. ahaks..
    ;) gatai sudah…
    maza baru je tulis kisah Jerebu dan Letupan EnergonMy Profile

    1. TehR says:

      kawin dengan anak orang kaya :D

    2. suri says:

      dah ada ank nampak bahagia
      suri baru je tulis kisah MYR 115My Profile

      1. suri says:

        kawin cepat nanti tak kawin jadi lain pula
        suri baru je tulis kisah MYR 115My Profile

  4. Ismail N says:

    Aik, kalau lelaki tu boleh terus ke #1 ker? adeh, kalau anak org kaya boleh ler kot. Tapi, kalau setakat sendiri pon makan mee meggie taip2 hari, ada ker org nak ambik jd menantu? :wink:
    Ismail N baru je tulis kisah Thiago Alcantara: Is He The Next Paul Scholes?My Profile

    1. TehR says:

      entah la, bro
      rasanya tak ada siapa yang mahu :D

  5. Cik Siti says:

    kena tetapkan pendirian. kalau nak belajar, kena tumpukan pelajaran. kalau nak kerja, jangan nak main-main. kena kerja bersungguh-sungguh untuk masa depan.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kalau Tiada Rezeki…My Profile

    1. TehR says:

      dua2nya kena buat sungguh2
      baru la boleh berjaya

  6. de engineur says:

    Hissss tak payahlah kawen awal2 kang anak cucu tidur bwh ketiak mak. Menyusahkan. Biar stabil financially baru fikir balik utk settle down.

    1. TehR says:

      ada nanti anak saudara lebih tua berbanding bapak/emak saudara

  7. Rina says:

    kebanyakan orang biasanya kalau tidak bekerja pasti meneruskan sekolah ke tingkat yang lebih tinggi
    Rina baru je tulis kisah How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

    1. TehR says:

      yups, semoleknya memang macam tu la

  8. kena cepat cepat cari kerja… dah besar2 takkan mak ayah nak tanggung makan minum lagi..hehe
    the malay male baru je tulis kisah apa yang perlu dibuat setelah mendapat kunci rumah. vol2My Profile

    1. TehR says:

      sedih bila ada yang tak nak kerja

  9. Hafizul says:

    Emm menurut pengalaman hidup saya, saya cadangkan mcm bro caangkan ni..buat kerja dirumah..sementara jumpa kerja yang di impikan, lebih elok habiskan masa dengan menjana pendapatan online..saya pun rasa rugi dah ni..andai saya kenal blog masa sekolah rendah lagi, dah memang dahhh saya akan buat blog..mungkin sekarang dah ribu riban income saya..hehehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #57 – Perfume Cahaya CintaMy Profile

    1. TehR says:

      ya. aku dulu kerja buat kain batik masa tunggu spm

  10. hafizmd says:

    Kalau ikut pengalaman ambe dan andai ikut turutan, ambe buat no2, 4, 5, 1, 3

    rehat sat lepas belajar –> cari kerja sambilan –>cari kerja tetap –> kahwin –> mengembara bersama isteri & anak2 =)
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #39 Pantai Pandak ChenderingMy Profile

    1. TehR says:

      kerja dan kahwin
      semoleknya begitu

  11. suri says:

    masa habis belajar saya terus kerja kilang biskut julis heeee
    suri baru je tulis kisah Kabus-Kabus JerebuMy Profile

    1. TehR says:

      wah, hari2 la boleh makan biskut free

  12. suri says:

    pastu saya belajar seni sulam, jahit langsir, bt baju bagai heee best..masa tak terbuang tamat belajar tu saya terus cari keje kt kl
    suri baru je tulis kisah Bisnes Tau Huay Memang Menguntungkan…My Profile

    1. TehR says:

      ya. menganggur memang tak ada faedahnya
      lagi boring ada

  13. eiela says:

    lepas belajar terus kerja je.
    eiela baru je tulis kisah Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2My Profile

    1. TehR says:

      tahniah
      memang tak buang masa tu

  14. PerenLee says:

    Bagi mereka yang berasal dari keluarga berada boleh la sambung study terus samada di IPTA atau IPTS,tapi bagi anak kampung yang miskin macam saya ni,boleh la cari kerja dulu sementara menunggu paggilan dari SPA atau yang setaraf dengannya,sambil-sambil tu boleh la try berblog…
    PerenLee baru je tulis kisah Kenapa Telinga GatalMy Profile

    1. TehR says:

      minta2 kena gaya dan cara
      terus je jadi blogger sepenuh masa

  15. fyna says:

    no 1 dan 2 je belum lagi ^_^
    fyna baru je tulis kisah Dekorasi Kreatif : Jom Main Lukis-lukisMy Profile

    1. TehR says:

      jangan tunggu lama2
      nanti diambil orang :D

  16. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum..

    Selepas tamat belajar baiklah dicari peluang pekerjaan tak kira lelaki ataupun perempuan… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Patut Ke Tak Patut..My Profile

    1. TehR says:

      ya. lelaki perempuan sama je
      kerja cari pengalaman

  17. dja@sishaza says:

    Kahwin dan tinggal dgn org tua ? Buat menghabiskan boreh jo…lebih baik pilih yg nombor 4 tu..hiks
    dja@sishaza baru je tulis kisah HIKMAH DIMARAHIMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      memang muka tak malu tu

  18. Mohd Shubhi says:

    Selepas habis belajar dulu saya rancang untuk kerja apa saja asalkan dapat duit. Bila cukup duit berhenti kerja untuk mengembara seluruh dunia…dengan syarat belum berkahwin lagi.

    Bersepah peta dan maklumat pengembaraan dihimpun untuk menjayakan misi keliling dunia tersebut sampai emak risau dan cari jalan supaya berkahwin….akhirnya berkahwin dan terbatallah rancangan besar itu, namun masih ada tersimpan dalam dada untuk dilaksanakan juga. Insyallah
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Inspirasi 10 perkara bahagia #4 – Syed Mohd RadhiMy Profile

    1. TehR says:

      insyaallah
      seronok bila dapat jalan2 dengan anak isteri
      kat dalam negara pun ok je

  19. Lynn says:

    Saya memilih no 3 untuk menjadi agenda no 1 bila telah tamat belajar.
    Banyak mengembara mematangkan akal dan meluaskan pengalaman.
    Lynn baru je tulis kisah JEREBU DAN PATI DELIMA GULSANMy Profile

  20. nazray says:

    saya tak pernah kerja sambilan, sebab dulu lepas sekolah terus masuk plkn, lepas habis plkn, masuk tingkatan enam, lepas tu berenti masuk kolej, terus dapat kerja masa lepas habis diploma.
    nazray baru je tulis kisah Wordless Wednesday | Too d*mn high.My Profile

  21. Hairul Azni says:

    Susah jugak budak2 ni nak buat keputusan yang mana satu..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Keyword, SEO Dan JerebuMy Profile

  22. adarain says:

    tips sangat bagus, nak guna tips no 4 dan 5..skrang nie dah nak abis belajar, tak tahu nak buat pe..
    adarain baru je tulis kisah Monster University: Mengejar Cita-Cita Penggerun TerkenalMy Profile

  23. kerja dulu..balas jasa mak ayah dulu..
    blackrosehunter baru je tulis kisah Cara Tingkatkan Metabolisme BadanMy Profile

  24. Masa sebelum habis belajar dah kena rancang dan tahu hala tujuan. Rancang, usaha, insyaAllah berjaya ^_^

  25. Mus says:

    sebelum habis belajarlah kena plan nak buat apa lepas tu..
    Mus baru je tulis kisah Tiket Percuma AirAsia Dengan Penebusan Mata BigPointsMy Profile

  26. titan says:

    lepas spm, gua jaga kedai komputer aje..haha
    titan baru je tulis kisah PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27 JULAI 2013My Profile

  27. azura says:

    saya dulu pun lepas spm jadi cikgu tadika sebelum masuk form six…pengalaman tu
    azura baru je tulis kisah Tiga ekor anak kucing dalam almari abahMy Profile

  28. tertinggal satu lagi tu. no 6 berblogging jana pendapatan melalui blog :)
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Apa kita tulis hari ini?My Profile

  29. akubiomed says:

    Saya peluang untuk berjaya ada 2 jalan. Pertama belajar bersungguh dengan mendapatkan segulung ijazah dengan pointer bagus dan yang kedua mengunakan kemahiran semula jadi dan rajin berusaha walaupun tidak berpelajaran tinggi. Bak pepatah Melayu, “Ulat dalam batu pun boleh hidup”
    akubiomed baru je tulis kisah Gambar eksklusif Floria Putrajaya 2013My Profile

  30. Joe says:

    Kalau dah abis belajar elokla mula menggapai cita cita yang telah diidamkan. Dapatkan target yang telah diset
    Joe baru je tulis kisah Kupon Domain Murah Julai 2013My Profile

  31. yg ramai buat lepas belajar. menanggur….
    kesian mak bapak kena tanggung lagi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun