Selamat Hari Bapa

pisang emas di dalam peti
dibuat pengat sebiji sahaja
entri ringkas ini bukan ilusi
ucapkan selamat hari bapa

dibuat pengat sebiji sahaja
biar pun rasa kurang enak
ucapkan selamat hari bapa
buat kawan yang punya anak

biar pun rasa kurang enak
ditelan pahit dibuang sayang
buat kawan yang punya anak
pesan selalu jaga sembahyang

ditelan pahit dibuang sayang
makan sedikit alaskan perut
pesan selalu jaga sembahyang
nasihat bapa wajiblah diikut

makan sedikit alaskan perut
buat bekalan ayah bekerja
nasihat bapa wajiblah diikut
tuntutan agama jangan dilupa

buat bekalan ayah bekerja
nanti petang ayahkan pulang
tuntutan agama jangan dilupa
Allah redha orang pun sayang

nanti petang ayahkan pulang
adik menanti di atas tangga
Allah redha orang pun sayang
dunia akhirat aman hendaknya

Selamat hari bapa kepada semua kawan-kawan blogger yang telah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Bapa pemimpin dunia walau pun tangan ibu yang menghayun buaian boleh menggoncangkan dunia.

TehrDemikian kisah 'Selamat Hari Bapa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun