Seksa

Berada di rumah sendiri aku memang dapat online sepanjang masa walau pun tidak selaju pecutan Zulfahmi Khairuddin di Litar Antarabangsa Sepang dalam World Moto3 GP. Tetapi sehari dua ni aku berada di rumah ibu di kampung, memang sangat seksa mencari liputan.

ke mana bintang beribu
di malam ini
tiada satupun yang kelihatan
kecuali kelam

mungkinkah hujan kan turun
menemani malam
makin sepilah malam ku ini
tiada teman bicara

Sementara aku dapat mencari liputan, apa kata kita layan dahulu lirik lagu Seksa nyanyian Ukays. Lagu ini juga dinyanyikan oleh Sharifah Aini dan aku pula lebih suka lagu versi Sarifah Aini.

walaupun lenaku panjang
tiada mimpi bertandang
menghitung hari berlalu
seksanya aku

walaupun hati teringat
kau jauh entah dimana
sudahnya ku doakanmu

dan tak ku duga kau jelma pula
menagih lagi janji lama
sukar bagiku untuk terima
kehadiranmu untuk bersama kali kedua

Kata orang mimpi adalah hiasan dan permainan tidur. Kalau tak bermimpi, maka tidur tiada hiasan. Begitu? Bagi aku tak perlu menyesal bila tidur tidak dihiasi mimpi indah. Sekurang-kurangnya kita dapat tidur, kan? Cuba fikir di malam yang indah ini berapa ramai pula yang langsung tak dapat lelapkan mata kerana berbagai sebab. Ada yang teringat kekasih lama, terkenang ibu di kampung, takut rumah dimasuki pencuri atau tak dapat tidur kerana terkenangkan hutang keliling pinggang.

tak perlu kau menjelma lagi
nyata atau mimpi
kerna bagiku semua yang berlaku
biarkan berlalu
jangan pula nanti kau salahkan aku
kerna meninggalkanmu

Manusia memang tak suka hidup dalam keadaan penuh seksa di dunia ni. Semua mahu hidup senang lenang seperti orang-orang kaya yang senang. Senangkah bila jadi orang kaya dan susah atau seksakah jadi orang miskin? Mungkin juga mimpi orang miskin lebih indah berbanding mimpi orang kaya.

Biar pun penuh seksa mahu dapatkan liputan, dapat juga aku lepaskan entri ini. :D Korang boleh cari klip video lagu Seksa di YouTube kerana tak dapat aku nak letakkan dalam entri ni.

TehrDemikian kisah 'Seksa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. Hafizul says:

    hehe..biasa la duk kampung payah sikit liputan dia..emm best jugak lagu ukays tu..dah cuti beraya ke bro??selamat hari raya..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Produk Atau Perkhidmatan Yang Di Ingini Daripada Eizil NetworkMy Profile

    1. hafizmd says:

      Best woo amir ukays nyanyi…hehe
      hafizmd baru je tulis kisah Senaman Kuda Menggeliat?My Profile

  2. titan says:

    haha. biasalah tu bebb..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 96 dari TNXMy Profile

  3. ghost writer says:

    sikit masa lagi aku akan hadapi benda macam tuh jugak..
    ghost writer baru je tulis kisah derita lelakiMy Profile

  4. Cik Siti says:

    wah…. layan lagu UKAY’S…. dah parah ni… hari tu kecewa… lepas tu seksa pulak…. banyakkan bersabar ye….
    Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

  5. akubiomed says:

    Kena panjat pokok kelapa untuk mendapatkan liputan. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Kusyuk bacaMy Profile

  6. hatiputera says:

    Time bersama ibu maksudnya tu. Lupakan sejenak pasal internet.hehe. Lama kan dah tak balik kampung.
    hatiputera baru je tulis kisah Jom Kritik Blog EizilMy Profile

  7. Naziman says:

    Eh betulkah versi asal dari Sharifah Aini? tak tahu pula. Ingatkan memang ukays yang nyanyi.
    Naziman baru je tulis kisah Layari Internet guna Handphone sebagai Modem berbaloikah?My Profile

  8. Takperlah sekali-sekala pulang rumah ibu slow sikit. Demi ibu relakan slow ni buat sementara waktu kan.
    Salam Aidil adha,
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Anak Lebih Bijak Jika Selalu DipelukMy Profile

  9. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
    Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
    Semoga ibadah kita mendapat rahmat
    dan keberkatan dari Allah jua hendaknya
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Garis Panduan Melakukan Sembelihan Korban Sempena Hari Raya Aidil AdhaMy Profile

  10. cuti berblogging setiap kali balik kg
    the malay male baru je tulis kisah salam aidiladhaMy Profile

  11. cimot says:

    memang aku terkandas je kalo dah balik kg.. no more liputan..almaklum spt katak bwh tempurung jgk laaaaa…hahaha

  12. beckhr00y says:

    memang seksa kalau takde internet atau line kurang
    beckhr00y baru je tulis kisah Hosting Bankrap Apa Perlu DilakukanMy Profile

  13. satu pengorbanan juga tu sempana raya kurban…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Cara Menyuburkan Pokok dan Tanaman Dari Emak | Nak Tengok Halaman RumahkuMy Profile

  14. donnyien says:

    balik dari kampung nanti dah laju la tu bro hehe.. apapun selamat bercuti & selamat hari raya haji dari saya
    donnyien baru je tulis kisah DAHC Camp Nur Laman Bestari Ulu Yam SelangorMy Profile

  15. nk buat mcmane..xdak coverage..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Redbull Airforce : Jokke Sommer Lebih EkstrimMy Profile

  16. Cikgu Hairul says:

    ni mesti kes teringat kenangan kekasih lama di kampung.
    internet slow takpe lagi, asalkan ada. merangkak cam siput pun tetap bersyukur. cuba tengok di negara lain tu, bukan je line internet, line telepon pun tak ada. (mod bersyukur dgn apa yg ada walau melihat orang lain senang lenang di bumi sendiri)
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Tips kumpul duit kahwin bagi graduanMy Profile

  17. Bagi kawe mahu hidup senang tu utk anak2… kesian ehhh kalau kecik2 dah terSEKSA.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Would You Pay For Pre-Employment Screening Company’s Services?My Profile

  18. shraqs says:

    Penangan takde liputan,… terhasil jugak post yang panjang berjela ni. :)
    shraqs baru je tulis kisah Walking Dead S03E03 – Walk With MeMy Profile

  19. amirulfaiz says:

    Antara kegusaran bila balik kampung, luar kawasan liputan. Huhu.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Fizikal, bahasa kasih sayang.My Profile

  20. chii says:

    huuhuhu..mmg seksa hidup kalau x dpt nak memberi liputan..eheh.chii alaminya sendiri skrg ni :D
    chii baru je tulis kisah Proses Pemindahan Udang GalahMy Profile

  21. kakyon says:

    nak tahu juga apa yang dimimpikan orang kaya..
    kakyon baru je tulis kisah Tungku Tradisional vs Tungku ModenMy Profile

  22. Khidhir says:

    kalau kat kg sy, mmg lupakan je la internet tu. memang seksa.
    Khidhir baru je tulis kisah Tutorial Pindah DomainMy Profile

  23. fiezaradzi says:

    walaupun kat kg ada liputan, tapi tetap malas sbb tak bersua dgn laptop kesayanagn. hehee.. ngada tak..

    lagu ni mmg sepanjang zaman org igt ni..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Raya Haji dan OktoberMy Profile

  24. hafizmd says:

    Bila ada kita suka
    Bila tiada kita seksa
    Apakah ia?

    hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Senaman Kuda Menggeliat?My Profile

  25. de engineur says:

    Lambat laun semua tempat d Malaysia ni akan ada liputan. Mesti!
    de engineur baru je tulis kisah World’s tiniest digital cameraMy Profile

  26. Mus says:

    kampung tanpa wayar sekarang semakin banyak.. :)
    Mus baru je tulis kisah Pantai Tanjung Aru – Percubaan Dengan Lens AF-S 35mm & 300mmMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun