Sekeping Poskad Misteri

setem taiwan

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi negeri Kelantan walau pun 5 buah sekolah masih lagi ditutup kerana banjir. Sebelah pagi  hujan. Jalan raya pula sesak teruk di beberapa kawasan berdekatan dengan beberapa buah sekolah.

Entri pertama aku tahun ini bukan mengenai sekolah atau banjir tetapi mengenai sekeping poskad yang aku ambil di pejabat sekolah pagi tadi. Rasanya poskat ini telah selamat tiba dalam cuti panjang akhir tahun lepas.

Poskad misteri dari Taiwan
Pastinya ia daripada kenalan
Tetapi siapakah dia gerangan
Buat aku menyelongkar ingatan

Apekkah amoi yang menghantar
Wajah laut dan kapal belayar
Apakah mahu bertanya khabar
Atau sekadar mengirim gambar

Sekeping poskad di awal Januari
Diterima sebagai pengganti diri
Kembang berbunga di taman hati
Tetapi pengirimnya penuh misteri

poskad misteriMungkin juga pelaut terlampau yang mengirim poskad misteri ini untuk aku. Sebelum ini, aku pernah beberapa kali menerima hadiah daripada beliau yang dikirim dari luar negara termasuk Kad Raya Dari Yokohama berserta syiling negara matahari terbit.

Terima kasih banyak, bro Mie.

TehrDemikian kisah 'Sekeping Poskad Misteri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. padin says:

    hehee kita tengok pula apa ragam budak2 yang baru masuk darjah satu tahun ni, :D

    1. tehramuan says:

      pastinya tak terkecuali ada yang menangis :D

  2. akubiomed says:

    Orang jauh hantar nih. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Penutup tahunku 2012 yang kacakMy Profile

    1. tehramuan says:

      orang dekat yang sentiasa merantau jauh
      hehe

  3. rain says:

    memandangkan pagi yang hujan, maka poskad itu rasminya aku yang hantar, Rain. hehe

    1. tehramuan says:

      hari2 hujan ni
      bila rain nak hantar pelangi :D

  4. mie says:

    rasa dah lama hantar tu…
    sebab ada alamat sekolah saja…
    sama-sama..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Cara Membuat Kek Moo MooMy Profile

    1. tehramuan says:

      awal cuti akhir tahun tu, bro
      terima kasih banyak
      sangat2 banyak :D

  5. Joe says:

    Misterinye si penghantar tue..
    Or maybe your former classmate
    Joe baru je tulis kisah Keeping Dog’s Teeth HealthyMy Profile

    1. tehramuan says:

      poskad dari rakan blogger, bro

  6. Bro Zulkbo says:

    salam..
    wahh..jauh datang pos kad tu…
    nasib baik tahu pengirimnya..
    ingatkan amoi jepun mana la
    kan..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Tip Dan Panduan Hari Pertama Persekolahan Setelah Cuti PanjangMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      haha
      nasib baik bukan amoi jepun

  7. nurmisnan says:

    ini bukan misteri dah brother
    dah tau nama.. hik3…

    lama juga tak jenguk blog bro mie…
    nurmisnan baru je tulis kisah IPHONE 5 GADGET IMPIANMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      misteri masa terima je :D

  8. Puan Bardboo says:

    oh mietos…dah lama tak singgah ke blog dia..
    Puan Bardboo baru je tulis kisah Apa Pandangan Anda Tentang Bardboo.com?My Profile

    1. tehramuan says:

      silakan laju2 terjah ke sana, puan :D

  9. ohcikgu says:

    masih tak dapat apa-apa kad misteri lagi. hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah Tahun 2013 – Sinar baru.My Profile

    1. hafizmd says:

      tunggulah…nnti ada anak cikgi yg hantarkan =)
      hafizmd baru je tulis kisah Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012My Profile

      1. tehramuan says:

        dari bekas pelajar yang dah dewasa
        ada la tu nanti

  10. Jauh pun dia sampai ke Malaysia gak kan? :)
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Top 10 syiling buruan tahun 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      dunia dah jadi semakin sempit, bro
      tak ambil masa lama nak tiba kat malaysia ni

  11. UmmiKami says:

    Salam cikgu..kad tahun baru kot tuu.. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dari Filem Melayu Klasik..My Profile

    1. tehramuan says:

      salam
      kad akhir tahun ni, ummi

  12. papa mifz says:

    wah cikgu pernah dapat kad raya dari Yokohama…jauh sungguh tuh…
    papa mifz baru je tulis kisah Selamat Harijadi AyahMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang jauh
      bro mie ni memang sentiasa belayar jauh

  13. Amirez says:

    tanda ingatan yang manis :)
    Amirez baru je tulis kisah Hujan Petang di Masjid Brunei Danau Tok UbanMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, tanda ingatan

  14. sya isya says:

    Wow bestlah ada org yg ingat wlpn jauh dekat di hati. Hehe :-)
    sya isya baru je tulis kisah HADIAH PERTAMA TAHUN 2013. TERIMA KASIH EYRIQAZZMy Profile

    1. tehramuan says:

      dunia sudah di hujung jari sahaja sekarang ni

  15. yas says:

    Tahniah bro….cendramata dr seorang sahabat tue……
    yas baru je tulis kisah Koleksi 13 Gambar Banjir Lumpr Di Subang [Putra Height]My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun