Sejarah Baru Piala Malaysia

Nampaknya beberapa akhbar telah menyiarkan rasa tidak puas hati peminat dan penyokong sukan berkaitan dengan 5 kad merah yang dilayangkan oleh pengadil kepada 3 orang pemain Kelantan dan 2 orang pemain Terengganu dalam pertembungan Suku Akhir pertama Piala Malaysia pada 10.10.11 lepas.

Satu catatan sejarah baru dalam kempen Piala Malaysia apabila 5 kad merah dan 10 kad kuning dilayangkan oleh pengadil dalam satu perlawanan sejak 1921.

Pengadil Mohd Nafeez Abd Wahab yang mengadili perlawanan telah melayangkan kad merah kepada Mohd Aziz Ismail, Mohd Daud Su dan Mohd Shakir Shaari dari Kelantan serta Ismail Faruqi Ashaari dan Mohd Zubir Md Ali dari Terengganu.

Harap-harap kad merah tak akan dikeluarkan lagi pada 14.10.2011 dalam pertemuan suku akhir kedua Kelantan dan Terengganu. Kalau kena lagi 5 kad merah, entah siapa lagi yang boleh diturunkan untuk menentang pemenang antara Selangor dan Perak di Suku Akhir nanti. Situasi malang bagi skuad dari Pantai Timur.

pierluigi collina

Selamanya aku suka dengan Pierluigi Collina. Pengadil terbaik Piala Dunia yang berasal dari Itali ini sentiasa dapat mengawal perlawanan dengan baik. Beliau juga sentiasa tersenyum dan tidak mudah gelabah dengan tipu helah dan bantahan pemain.

TehrDemikian kisah 'Sejarah Baru Piala Malaysia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. sud@is says:

    boleh dipanggil pengadil mabuk kad ke atau pencinta kad
    sud@is baru je tulis kisah Mereka Belum MengertiMy Profile

    1. tehr says:

      FAM kata tak ada apa yang salah dengan pengadil ni
      dan dia memang ikut peraturan yang ditetapkan

      1. surihatiku says:

        ker nak saya jadi pengadilnya heee
        surihatiku baru je tulis kisah Tahu Atau Sengaja Buat Bodoh?My Profile

  2. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..
    Pierluigi Collina..terbaik.
    saya pun merindui kelibat
    beliau di tengah padang..

    harapan begitulah..
    tiada lagi kad merah
    yang memaksa permainan
    menjadi hambar pula
    zulkbo baru je tulis kisah Tak Faham Bahasa Atau Tak Berbudi Bahasa : Wordless WednesdayMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      alangkah bagus kalau pemain juga kenal pengadil yang akan bertugas
      kerana tiap orang ada caranya sendiri

  3. Pacifista says:

    pengadil yang emosi ni,bukan pemain.hehe :D
    Pacifista baru je tulis kisah 14 Jam LagiMy Profile

    1. dnoBiz says:

      pemain memang dah sedia emosi dengan keadaan perlawanan yang boleh diibaratkan sesi balas dendam pada kekalahan sebelum ni, tapi kelamahan pengadil menburukan keadaan
      dnoBiz baru je tulis kisah Lelaki budiman – Lelaki budiman makin pupus?My Profile

      1. tehr says:

        betul tu
        pengadil juga memainkan peranan mengawal keadaan
        salah2 kawal, lain pulak jadinya

    2. tehr says:

      tu la pasal, bro
      ramai yang kata pengadil terlebih emosi
      pelik pula rasa

  4. Juan says:

    wah banyak tu kad dilayangkan
    Juan baru je tulis kisah Software BergunaMy Profile

    1. tehr says:

      dah boleh masuk malaysia book of records ni, juan :D

  5. dnoBiz says:

    Kemenangan Terengganu memang tidak dapat dinafikan, cuma tindakan pengadil hanya akan menimbulkan suasana yang lebih tegang dan mungkin akan membahayakan penyokong Terenganu pada 14 haribulan nanti, mutu perlawanan juga akan merosot degan ketiadaan pemain yang telah menerima kad merah….
    dnoBiz baru je tulis kisah Biar Papa Asal Bergaya – 41 belia muflis setiap hari gagal urus kewanganMy Profile

    1. tehr says:

      membahayakan penonton tu yang aku bimbangkan
      harap2 la mereka dapat kawal perasaan masing2

      1. yas says:

        Pada firasat aku pasti akan terjadi kekecohan masa perlawanan timbal balas nanti…tapi kalau telahan aku silap, mmg elok2 sesangat laaa
        yas baru je tulis kisah Sesaat sebelum pesawat Red Arrow terhempasMy Profile

        1. tehr says:

          harap2 la tak jadi kecoh
          kita nak tengok bola
          bukan nak berperang

    2. hafizmd says:

      bab penonton tu yg aku risau tu…bukan apa…sejarah dulu2 dah byk kali tunjuk ada kesudahan yg tak baik..

      baik main di terengganu mahupun di kelate…

      harapnya penonton malam ni dpt kawal emosi..termasuklah pemain2…

      kalau kelate menang, baguslah…ganu menang..bagus juga

      sbbnya dua2 dari pantai timur…org kite juge :D
      hafizmd baru je tulis kisah Piala Malaysia: Kelantan vs Terengganu – Mampukah Terengganu bertahan & Kelantan bangkit?My Profile

  6. ghost writer says:

    sepatutnya pemain kena lebih profesional bermain.pengadil sekarang kalau nak sentuh soal adil memang takde sbb rata-rata lebih suka menunjukkan kuasa kawalan.
    ghost writer baru je tulis kisah tanah & airMy Profile

    1. tehr says:

      tu yang bahaya tu, ghost
      manusia ni makin ketat dikawal, makin mahu pula lepaskan geram

      1. ghost writer says:

        serius!itu juga berlaku dalam soal kerja.dan ia sememangnya perlukan disiplin yang tinggi.
        ghost writer baru je tulis kisah pragmatikMy Profile

        1. tehr says:

          itu la yang aku nampak
          pemain kita masih kurang dari segi disiplin
          ramai yang panas baran

  7. akubiomed says:

    Pengadil Pierluigi Collina sudah bersara dari mengendali perlawanan besar tentu kelibatnya dirindui

    1. tehr says:

      kadang2 aku lebih suka tengok gaya dia dari gaya pemain :D

  8. zik says:

    masih ada 90 minit untuk berjuang.. pasal kad2 tuh pemain tak boleh nak emosi… pengadil pun satu hal juga… kena profesional… apepun ia satu sejarah… pesta kad… huhu
    zik baru je tulis kisah Windows Hosting easier to useMy Profile

  9. saya pon suka pierluigi collina…penah amik pic ngan die masa ade CL kt moscow dlu..pakcik botak yg comel..hehe

    tak ske la result bola tuh…dah la bnyk giler kad die kasi..apedaaa..tak fun !
    alexa yussida baru je tulis kisah dia pergi untuk selamanya..My Profile

    1. tehr says:

      wah, sempat bergambar lagi tu
      untungnya…

      tu la pasal, doc
      kalau dah asyik tiup wisel je, memang dah tak syok nak main/tengok bola
      layan blog lagi bagus :D

  10. yas says:

    Harap2 semua bertenang pas ni yerr…tak kira la pemain, pengadil mahupun penonton…kita nak tgk la satu game yg baik dan berkualiti nanti….
    yas baru je tulis kisah Sesaat sebelum pesawat Red Arrow terhempasMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      biar menang bola
      bukan menang bertumbuk

  11. padin says:

    tu lah pada asalnya aku pikir 3 orang je kena kad merah
    rupanya 5.. apa yang tak kena sebenarnya perlawanan tu ya? huu
    padin baru je tulis kisah Kategori GeramMy Profile

    1. tehr says:

      pertemuan musuh tradisi memang macam tu, bro
      pemain dan pengadik dalam tekanan
      harap2 malam ni tak berlaku lagi

  12. surihatiku says:

    maaf teman suri tdk dpt mengikutinya huuu…
    surihatiku baru je tulis kisah 10 Fakta Tentang Obor-Obor LautMy Profile

    1. tehr says:

      suri tak minat bola ke? :D

  13. titan says:

    emm…rugi gak tak tengok. Tapi aku lagi puas hati tengok selangor kalahkan perak malam tu. hehe..
    titan baru je tulis kisah Sudah tak ada masa..My Profile

    1. tehr says:

      aku pulak tak puas hati kelantan kalah
      pulak tu dapat 3 kad merah
      huhu

  14. bEe says:

    Tahniah ajelah pd yg menang…
    hihihi

  15. hafizmd says:

    se lagi, harap FAM hantar ref yg boleh kawal situasi dgn lebih baik mlm ni…

    moga sejarah yg baik2 saje malam ni….yeahhhhhhhh!
    hafizmd baru je tulis kisah Piala Malaysia: Kelantan vs Terengganu – Mampukah Terengganu bertahan & Kelantan bangkit?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun