Seekor Kerbau Membawa Lumpur

Selepas bermula di Kedah banjir berpindah ke Kelantan. Sekarang berpindah pula ke Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Walau pun nampak semakin pulih tetapi masih belum mahu surut sepenuhnya. Dengar cerita, penduduk di Johor ada yang sampai tiga kali berpindah. Sabah juga tak mahu kalah. Teruk dilanda banjir.

kawasan selatan tanah airbumi
belum habis dilanda banjir
kelam kabut para pentadbir
meringan beban orang di hilir

seberang laut negara mesir
kacau bilau pula yang hadir
ketua yang ada mahu diusir
katanya malas untuk berfikir

perintah tuhan menyuruh tadbir
pilihlah perbuatan untuk diukir
berbuat amal batin dan zahir
segala janji tidak akan mungkir

Hanya kerana rakyat Mesir merusuh mahu menukar pemerintah, satu dunia keluh kesah. Apa tidaknya, keselamatan rakyat masing-masing menjadi keutamaan dan ramai yang telah dibawa keluar dari Mesir. Rakyat Malaysia juga terancam dengan situasi ini. Negara kita sedang berusaha dan akan membawa pulang pelajar dan pekerja dari sana. Harap-harap kita tidak terlewat.

Begitulah janji Allah kepada hambaNYA. Peringatan yang diberikan adalah untuk semua. Walau pun hanya manusia yang berbuat onar, habis segala makhluk, haiwan, tumbuhan dan batu menerima akibat.

TehrDemikian kisah 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. matahari says:

    risau aku dengan kawan2 aku kat sana..dengar cer ada yang dah kena rogol? Dia je yang dapat lindungi mereka.
    matahari baru je tulis kisah dari sisi romantikaMy Profile

    1. tehr says:

      memang membuat kita risau
      harap2 kerajaan dapat bawa mereka pulang dengan segera

  2. mie says:

    macam2 persengketaan sekarang..
    baik di Mlaaysia mahupun luar
    mie baru je tulis kisah Kami Blogger UtaghaMy Profile

    1. tehr says:

      masing2 berebut, bro

    2. mie says:

      itu la!!
      perebutan menyebabkan ramai sengsara
      mie baru je tulis kisah Kami Blogger UtaghaMy Profile

  3. Norgadis says:

    Wah…! Dah ada Facebook cikgu, nampaknya saya yang masih ketinggalan ni huhuhu…
    Norgadis baru je tulis kisah Selamat Menyambut Hari WilayahMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      sekadar buat je
      belum berjaya nak update entri blog secara otomatik

  4. Norgadis says:

    Pungguk merindu hatinya tabah
    Menanti bulan janji dimungkir
    Ramai rakyat terkena musibah
    Moga derita cepatlah berakhir

    * Moga kerajaan Malaysia berjaya membawa pulang pelajar dan pekerja kita dari sana…
    Norgadis baru je tulis kisah Selamat Menyambut Hari WilayahMy Profile

    1. tehr says:

      kita hanya sekadar dapat berharap je, nor
      yang lain2 terserah kpd kerajaan

  5. akubiomed says:

    Dengar khabar Israel memintan sokongan Eropah supaya kuasa pemerintahan Mubarak kekal. Turut terjejas adalah harga minyak dunia kerana kapal dagang yang mengunakan Terusan Suez turut terganggu
    akubiomed baru je tulis kisah Peningkatan trafik blog di bulan JanuariMy Profile

    1. tehr says:

      saya tak percaya dengan israel ni
      sama ada dia nak kekalkan / menjatuhkan sesiapa
      sukar nak pastikan tujuannya

  6. padin says:

    aku simpati pada mangsa banjir…

    1. tehr says:

      ya la, bro
      apa la yang mereka makan pagi ni?

  7. MDHAFiZ.NET says:

    itulah janji Allah…
    sedihnya bila kata2 ulama sedikit pun x dihiraukan…
    jgn lihat Mesir sebagai sebuah negara ISLAM terus menganggapnya semuanya baik2 belaka….
    sama juga seperti negara kita….
    As-Salaam… :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

    1. tehr says:

      janji yang pasti
      hanya tunggu masa je

  8. toyol says:

    masalah banjir dlm negara lum habis, tambah pula masalah rakyat kita kt Mesir tu..
    bnyk hal kerajaan nk tanggung tu..
    harap semuanya berakhir dngn baik..
    toyol baru je tulis kisah BUKU TERBUANGMy Profile

    1. tehr says:

      memang banyak sangat yang tak elok berlaku
      petrol pun dah naik harga lagi

  9. bisk says:

    harap lepas nih jangan satu dunia ditutupi air..gara-gara pemanasan global.
    bisk baru je tulis kisah sahabatMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah

  10. Kesian kawan-kawan kat mesir.
    harap-harap mereka semua selamat.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah BRT3-Sumandak Kinabalu Little CornerMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      kita harap kerajaan cepat ambil tindakan

  11. sud@is says:

    simpati dengan mangsa banjir
    simpati dengan pelajar dan rakyat Msia di Mesir
    semoga banjir cepat berakhir
    dan rakyat msia dpt pulang ketanahair

    dengan selamtnya aminnn
    sud@is baru je tulis kisah Singgah Sini SanaMy Profile

  12. zik says:

    apa agaknya berlaku disana?? hari ini baru jer kapal malaysia nak kesana…
    zik baru je tulis kisah Buat tulisan terbalikMy Profile

    1. tehr says:

      lambat lagi la nampaknya mereka nak tiba kat kampung
      harap keluarga mereka bersabar

  13. zulkbo says:

    salam..
    harapan saya moga ada sinar cerah
    menanti rakyat Mesir yang dahagakan
    pentadbiran yang lebih telus dari
    pemimpin yang menongkat langit..
    ..jua semua rakyat Malaysia di sana
    dalam keadaan sihat hendaknya
    zulkbo baru je tulis kisah Aku Dan Ang Pow Tahun Baru CinaMy Profile

  14. Cik Siti says:

    kerana seroang semua merasa bahangnya…. semoga mesir kembali aman…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Bersama dengan TersayangMy Profile

  15. RedBoys says:

    semoga mangsa banjir dan rakyat Malaysia di Mesir selamat. risau dengar.
    RedBoys baru je tulis kisah Tips Berhenti MerokokMy Profile

  16. suri says:

    jangan minyak masak pula pasni tak der jual kat kedai runcit sudah le..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun