Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit

Seronok melihat rakan-rakan blogger yang berjaya kumpul duit hasil dari blog. Sepuluh sen sehari, seringgit sehari, sepuluh ringgit sehari, seratus ringgit sehari, seribu ringgit sehari… Memang dah boleh sangat untuk bayar duit PTPTN.

Ambil rotan di lereng bukit,
Batang kayu mahu dibawa;
Salah makan perutku sakit,
Kerana nafsu badan merana.

syilingTak dapat nak dinafikan, manusia dalam dunia ni ada berbagai hobi. Antaranya hobi mengumpul. Ada yang suka kumpul duit, ada yang kumpul barang antik, kumpul cincin, kumpul setem, kumpul sampah, kumpul bini, kumpul lemak dalam badan dan bermacam lagi termasuk kumpul pahala dan kumpul dosa.

bermula dengan sedikit-sedikit
lama-kelamaan menjadi bukit

asalnya hanya berkecil-kecilan
lama-kelamaan tidak tertahan

usah dilihat pada kecilnya dosa
lihat betapa besar kamu langgar perintah-Nya

Lelaki, wanita, remaja atau orang dewasa semuanya sama. Manusia melakukan apa yang mereka suka dengan cara yang mereka suka. Cara yang menyalahi peraturan? Hanya iman dan taqwa sahaja yang membezakan antara mereka.

TehrDemikian kisah 'Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. akubiomed says:

    Ada rezeki sedikit di kumpul kerana perlu beringat dikemudian hari.
    akubiomed baru je tulis kisah Jadi baik dan jahat dengan lepak with NuffiesMy Profile

  2. papa mifz says:

    den suka juga menabung duit syiling , sebulan atau 2 bulan sekali pasti penuh satu tabung…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Cermin Mata Hitam Oakley FrogskinsMy Profile

  3. Mohd Shubhi says:

    Masukkkan ke tabung haji sebulan 200 lama-lama boleh pi buat haji…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Alat troubleshoot perniagaan andaMy Profile

  4. hafiz says:

    Jangan kumpul bini sudahlah
    hafiz baru je tulis kisah Naik basikalMy Profile

  5. Apa benda pun kalau dikumpul sedikit2 pasti akan jadi banyak jugak lama kelamaan.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Travelog Penang | Teochew Cendol Penang RoadMy Profile

  6. ohcikgu says:

    lepas tu..leh jadi gunung plak. hehe
    ohcikgu baru je tulis kisah Semoga berjaya dalam UPSR!My Profile

  7. Mus says:

    yalah bro.. masing-masing tunjuk cek.. jeles jugalah..
    ni yang kena usaha lebih juga..
    Mus baru je tulis kisah Laluan Sementara Perkhidmatan Bas Di Kota KinabaluMy Profile

    1. suri says:

      mr mus mustahil kureng income tgok blog tahu lebat macam hujan
      suri baru je tulis kisah Pengalaman vs Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  8. Dja@SisHaza says:

    takut pada ‘sedikit sedikit lama-lama jadi bukit ‘ yang tak kelihatan. Tau-tau saja sudah membukit

  9. maza says:

    maza kumpul kengkawan aje di blog..
    boleh gitew cikgu?

    hehehe

  10. zool says:

    wah byk gak duit syiling tahun lama tu..
    zool baru je tulis kisah Lagi handphone masuk airMy Profile

    1. suri says:

      rumah ini ada juga sayang nak gunakan jadi di simpan
      suri baru je tulis kisah Job Dari Rumah Membantu Saat TerdesakMy Profile

  11. Bahrain says:

    Sokong tajuk entry. Nak duit banyak kena bersabar. aku suka kumpul duit syiling simpan kat tabung sampai skrang masih di amalkan..

    1. UmmiKami says:

      Sama macam Ummi, duit syiling kalau tak cukup sepuluh sen memang tak cukup seringgit, sepuluh ringgit dan seterusnya….betul tak cikgu Teh… :)

  12. Lynn™ says:

    Pepatah lama yang ternyata benar :-)
    Lynn™ baru je tulis kisah VIDEO DARI SEORANG KAWAN.My Profile

  13. Rina says:

    Kalau tekun, yang sedikit dikit itu akan benar2 jadi bukit nantinya…
    Mari semangat, Insya Allah rejeki akan selalu mengiringi kita
    Rina baru je tulis kisah Best List of Free PHP Website Hosting Services ProvidersMy Profile

  14. suri says:

    semoga usaha kita menyimpan ada manfaat untuk masa akan datang
    suri baru je tulis kisah Pengalaman vs Buat Duit Dengan BlogMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Salam Suri, jom ke blog kak Ummi kaih… :)

  15. hafizmd says:

    Iman bakal menjadi batasan terbaik kita dalam setiap perlakuan..

    syiling ni, kumpul byk2, masukkan dalam tabung haji =)
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #45 3 Cara Dicintai…My Profile

  16. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum…

    Sakit kaki mau direbah,
    Kematu bersegi sopak di hujung;
    Sebukit rezeki kalau ditambah,
    Tentu tinggi nampak menggunung… :)

  17. onlajer® says:

    yeah sikit ke banyak yang penting kita usaha kan bro
    onlajer® baru je tulis kisah Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan BloggingMy Profile

  18. Hafizul says:

    jangan suka kumpul dosa sudah la..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

  19. Cik Iman says:

    simpan duit syiling dalam tin biskut je :)
    Cik Iman baru je tulis kisah Barang TerpakaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun