Sedih Bila Masuk Tahun Baru

Sebahagian daripada carian yang popular menjelang tahun 2012 ialah mengenai pantun. Dalam banyak-banyak carian yang tiba di Tehramuan.Com untuk mencari pantun berbagai tema, ada juga yang mencari pantun sedih. Termenung juga aku mahu menulis entri kali ini. Dalam kita bergembira, terlupa pula pada yang kurang bernasib baik. Sedih pula aku mengenangkannya…

buai tali di pohon kembojasedih
bintang malam tiada berseri
melayang hati belahan jiwa
perit kupendam seorang diri

bintang malam tiada berseri
gelap kelam tanpa cahaya
perit kupendam seorang diri
sayang bersiram si air mata

gelap kelam tanpa cahaya
sunyi hamba menunggu pagi
sayang bersiram si air mata
berserah hanya kepada illahi

Aku harap siapa juga yang mencari pantun sedih tu, akan segera dipertemukan dengan kebahagiaan. Moga-moga kesedihan yang melanda taman hati segera hilang digantikan dengan warna-warna pelangi. Aku tahu sangat sukar untuk melupakan kenangan atau menghadapi kesulitan tetapi seeloknya dilupakan sahaja. Kalau boleh kita buangkan jauh-jauh ke dasar laut untuk dimakan jerung. Moga-moga hidup kita selamat dan gembira.

Khabarnya ada berita sedih juga dari Jepun bila Tokyo dilanda gempa bumi menjelang tahun baru. Bagaimana la agaknya rakyat negara kita di sana.

TehrDemikian kisah 'Sedih Bila Masuk Tahun Baru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. ohcikgu says:

    ada juga yang orang suka pantun sedih-sedih ye..

    1. tehr says:

      ya la, cikgu
      harap2 kesedihan mereka segera hilang

      1. surihati_ku says:

        suka pantun sedih klu ia berkisar pada keinsafan heeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Belut Elektrik!My Profile

  2. dah awal tahun nie. jgn la sedih2…
    kalo jumpa org tu.. carilah pantun azam tahun baru..
    Petua Emak Hot baru je tulis kisah Pengiraan Jumlah Point Di Dalam Excell PointMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      semangat dan harapan mesti selalu kuat
      mungkin belum jumpa caranya yang sesuai

      1. surihati_ku says:

        harap dah nak masuk seminggu nakan jumpa cra2 yg sesuai heeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Belut Elektrik!My Profile

  3. Melatiqistyna says:

    Hmmm…. Mcm2 carian yg dorg cari ye…

    Pandai berpantun ye tehr ni…. :)
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Steamboat @ Downtown CherasMy Profile

    1. tehr says:

      wak google memang pandai je tunjuk arah :D

  4. Iyalah, dalam gembira, jangan dilupa yang sedang berduka.
    Semoga kita saling ingat dan mengingatkan.

    1. tehr says:

      moga2 duka mereka segera hilang, kak long

  5. yas says:

    Tak mo la sedih2…hidup mesti ceria, baru la bahagia…..tp sesekali mesti terkene juga kan….:(
    yas baru je tulis kisah Barang Antik dari Kapal Titanic Akan DiLelong -15 April 2012My Profile

  6. kalo ikut kata berita takde yang cedera dalam gempa bumi tuh kan..harap2 smua oki..

    lumrah kehidupan,kadang2 sedih..kadang2 hepi..jd kena tabah hadpi smuanya kan..

    thanks sbb selalu support alexa yussida :)
    alexa yussida baru je tulis kisah its jan 1st 2012My Profile

  7. pCL says:

    pantun sedih buat aku lebih sedih nak tinggalkan kampung halaman menuju ke kota…

  8. Norizwan says:

    ramai yang mencari pantun sedih ni….yer la kenangan lepas sukar dilupakan huhu….
    Norizwan baru je tulis kisah Perempuan bersunat di IndonesiaMy Profile

  9. pantun sedih..harap-harap kebahagiaan telah pun dijumpai.

    Ada jugak denar berita gempa Bumi di jepun, berlaku pada malam ambang tahun baru.
    sabree hussin baru je tulis kisah Pengalaman Bekerja Selama Setahun Dalam Industri Call CenterMy Profile

  10. padin says:

    hehee, yup kalau boleh memang buang jauh2 je benda2 sedih ni ekekee
    padin baru je tulis kisah Bab 4 : My E-DayMy Profile

  11. zulkbo says:

    salam..
    sapa la gamaknya..
    bila sedih baru nak
    cari pantun ye..
    alahai :)
    zulkbo baru je tulis kisah Lelaki Umur 99 Tahun Cerai Isteri 96 TahunMy Profile

  12. nurmisnan says:

    Selamat tahun brother brother dan utk semua…
    wish u all d best..

    Sentiasa mengenang kpd mereka yg kurang bernasib baik
    terutama hendak tdo.. kita tdo tilam empuk mereka beralas
    papan dan kotak nipis..
    nurmisnan baru je tulis kisah Hobi riadah 2012My Profile

  13. Faisal says:

    btol ke kat jepun ada tsunami?xtaw lak berita tu
    Faisal baru je tulis kisah Ya-Allah!Pelajar UPSI Nazar Disebabkan Dibelasah FRU Akhirnya Meninggal…My Profile

  14. eiela says:

    Hm siapa yg cari pantun sedih ni. Tahun baru kena la ceria sikit.
    eiela baru je tulis kisah Selamat Tahun Baru 2012My Profile

  15. kakyong says:

    mungkin mencari pantun sedih utk merawat kesedihan di hati..

    tabahkan hati, dan lupakan kenangan yg sedih2 tu jauh2..
    kakyong baru je tulis kisah Selamat tahun baru 2012My Profile

  16. mak lagenda says:

    Selamat tahun baru teh..berbaloi jugak tu. Sape cari pantun, semua masuk ke blog teh ni yea..
    mak lagenda baru je tulis kisah IBU..KAMI NAK MASUK!!My Profile

  17. Selamat tahun baru..jgn sedih2 :)

  18. minum air makan bersudu
    kuih koci terasa liat
    usah dikenang masa berlalu
    tekat azam bulatkan niat

    semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    goodbye 2011 and welcome 2012
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  19. akubiomed says:

    Aiks bro, awal tahun sudah sedih? Ada lagi 11 belas untuk ditempuhi.
    akubiomed baru je tulis kisah Cahaya bergemelapan di i-cityMy Profile

  20. kakyon says:

    harap2..janganlah tahun 2012 membawa kesedihan pada kita semua..huhu
    kakyon baru je tulis kisah hari jumaat akk..My Profile

  21. ciksembang says:

    sedih dan gembira adalah warna warni dalam kehidupan.. cuba bayangkan kalau kita hanya ada warna hitam dan putih.. tak cantik kan?..
    sabarlah wahai kawan
    ciksembang baru je tulis kisah Wordless Wednesday #14 Aksi Manja Kangaroo di SydneyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun