Sebelum Waktu berbuka

ketika hari menjelang senja
sabar menanti waktu berbuka
dapat dilihat berbagai gaya
di rumah atau di jalan raya

ibu di dapur sediakan juadah
ayah di sofa membaca surah
adik tertidur di ruang tengah
abang kakak masih di tanah

kereta di jalan masih tak sunyi
remaja di padang masih berlari
orang di bazar masih membeli
alam pun masih disinar mentari

Allahuakbar… Allahuakbar
azan bergema memberi khabar
seluruh keluarga bersila di tikar
berbuka puasa setelah bersabar

Berbagai aktiviti dilakukan sementara menunggu waktu berbuka. Membaca Al-Quran dan berzikir adalah menjadi tuntutan dan sangat-sangat digalakkan. Para suami juga boleh membantu isteri di dapur menyediakan juadah, jangan hanya tunggu untuk menikmatinya sahaja. Hehehe…

TehrDemikian kisah 'Sebelum Waktu berbuka' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. ghost writer says:

    paling terasa lambatnya ketika minit2 terakhir nak berbuka.seminit pun rasa macam sejam.haha
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun