Sebab Pelajar Ponteng Sekolah

Mr Tehr pernah menulis mengenai pelajar yang ‘tak jumpa pintu pagar‘ bila ke sekolah. Kali ini apa kata kita cuba lihat dan kongsikan apakah ‘sebab-sebab pelajar ponteng sekolah’ pula.

Sebenarnya payah bagi Mr Tehr mahu menulis punca pelajar ponteng berdasarkan kepada pengalaman sebagai pelajar kerana Mr Tehr sendiri tidak suka ponteng sekolah. Selagi dapat kayuh basikal, selagi itu Mr Tehr akan tetap sampai ke kelas.

jom hadir ke sekolah

Di bawah ini ada Mr Tehr senaraikan punca-punca pelajar ponteng sekolah atau tak jumpa pintu pagar berdasarkan kepada pengalaman Mr Tehr sebagai seorang guru:

  1. malas dan tak minat belajar
  2. terlewat [rakan ejek, cikgu denda bila lewat]
  3. pengaruh rakan sebaya yang biasa ponteng
  4. tertarik dengan aktiviti hiburan berdekatan sekolah
  5. takut kepada guru [ada cikgu garang tak bertempat]
  6. tak siap kerja rumah [berkait dengan no 2]
  7. takut kepada rakan [kes buli]
  8. ada kematian, kenduri atau ikut ibu bapa makan angin
  9. membantu kerja ibu bapa [keluarga miskin]
  10. protes kepada ibu bapa atau penjaga

Punca-punca pelajar ponteng sekolah yang disenaraikan adalah berdasarkan pengalaman Mr Tehr mengajar di sekolah luar bandar pesisir pantai. Punca-punca pelajar ponteng sekolah di kawasan bandar atau sekolah-sekolah di kawasan pedalaman mungkin sama dan mungkin juga tidak sama.

TehrDemikian kisah 'Sebab Pelajar Ponteng Sekolah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. cikgu naman says:

    pening kepala jugak..last² dikatakan puncanya cikgu²lah tak reti tarik perhatian murid
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Bergaya Dengan Spek MamaMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang ada yang suka ambil puncanya daripada cikgu
      nak buat macam mana
      hehe

  2. gua tertarik dengan hiburan a.k.a malas. haha

    1. tehramuan says:

      aik
      memang nak kena rotan ni

  3. pengaruh rakan sebaya selalunya menjadi sebab utama. nnt tak join ponteng, member tak nak kawan…. dalam erti kata lain, tersilap memilih kawan.
    the malay male baru je tulis kisah escapistMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      silap memilih kawan memang bawa padah

    2. fiezaradzi says:

      patutnya mak ayah kena tahu dgn saper anak2 berkawan.. takkan cikgu plak kan? hehe
      fiezaradzi baru je tulis kisah Sepanyol dan Kaki BolaMy Profile

  4. nazri says:

    Ada x yg ponteng sebab nk tgk siri akhir masked rider black?
    nazri baru je tulis kisah Urus Buget Tahunan Guna SampulMy Profile

    1. tehramuan says:

      musim bola ni, ada yang ponteng kerana mengantuk :D

    2. fiezaradzi says:

      kalo dulu mungkin ada.. tak2.. dulu2 pun kayuh basikal laju2 sbb nak tgk suria perkasa hitam… tapi tak ponteng.. takut..
      fiezaradzi baru je tulis kisah Sepanyol dan Kaki BolaMy Profile

  5. nurmisnan says:

    Paling aku tekankan kenapa pelajar suka ponteng
    = kena buli selalu kat sekolah
    = cikgu garang giler – asik nak rotan denda..
    nurmisnan baru je tulis kisah Jangan risau apabila manusia bercakap belakang kitaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      antara sebab utama juga ni
      sebenarnya di sekolah rendah juga ada kes buli
      cuma tak ketara sangat

  6. sy setuju dgn part pengaruh rakan sebaya…kebykkannya ponteng berpunca dari rakan2..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Giveaway JebengOtai : Senarai Penaja TerkiniMy Profile

    1. tehramuan says:

      hanya kerana bimbang dipulaukan oleh rakan
      ni rakan sebaya bawa bahaya ni

      1. xper dipulaukan..jgn masa depan memulaukan kita..huhu
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Harimau Malaya : Persiapan Ke Piala DuniaMy Profile

  7. Sebenarnye lebih kepada pengaruh rakan.. Kalau nak wat sorang2 x der nyerr…
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Titik Mula 3.0 dan Serangan IndonesiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      memang tak berani la tu

  8. anjangman says:

    Salah satu sbb lain ialah pelajar rasa dirinya tidak diberi perhatian oleh guru. Sbb itu bila ponteng barulah cikgu sedar bahawa pljr ini wujud kat kelas/sekolah.
    anjangman baru je tulis kisah Wordless Wednesday – PanggangMy Profile

  9. Cikgu Hairul says:

    Satu lagi cikgu tak masuk kelas sebab banyak sangat aktiviti luar sekolah.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Amalan Menguatkan Tubuh BadanMy Profile

  10. titan says:

    tampar aje. habis cerita. haha..
    titan baru je tulis kisah Nuffnang masih sayang lagi rupanya..My Profile

    1. rahman says:

      huhu… memang ganas bro
      rahman baru je tulis kisah Tempat ke 11 di Assen BelandaMy Profile

      1. titan says:

        macam cikgu aku dulu..kalau kena tampar, 20 tahun kita orang ingat lagi. kawan aku..masih ingat lagi aku kena tampar masa aku darjah 1 dulu..sampai hari ini jadi modal kutuk aku. sebab tu aku tak suka kena tampar..tapi aku suka tampar orang. haha..
        titan baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati – Part 6My Profile

  11. Kulanzsalleh says:

    Tempat kami pun hampir sama puncanya.. tapi yang paling banyak adalah sebab yang ke-9..
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Meredah KesibukanMy Profile

  12. basuh baju guna berus
    baju kotor tumpah kari
    Ponteng sekolah masalah serius
    Punca bermula diri sendiri

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy pemasangan lampu daylight
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Pemasangan Lampu LED DayLight KeretaMy Profile

  13. akubiomed says:

    Isu ponteng sekolah bukan perkara dari zaman saya dibangku sekolah telah berlaku hinggalah ke masuk kolej. Ada rakan-rakan yang tuang kelas atau kuliah.
    akubiomed baru je tulis kisah Aksi adik beradik Koning didalam keretaMy Profile

  14. ohcikgu says:

    kena buat pintu pagar besar-besar la gamaknya..
    ohcikgu baru je tulis kisah Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  15. fiezaradzi says:

    byk yg disebabkan rakan2 kot.. lau tak buat kerja tu, sekali kena pastu dia buat.. tak tau la budak2 sekolah skg ni..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Sepanyol dan Kaki BolaMy Profile

  16. adamfaiz says:

    Banyak sgt bentuk hiburan yang boleh melalaikan dan menarik murid
    adamfaiz baru je tulis kisah Bukan Senang Menjadi Seorang LelakiMy Profile

  17. ixbarr says:

    aku tetap datang skolah masak kecik2 dlu walaupun tau aku bakal kena denda rotan… T__T
    ixbarr baru je tulis kisah Roti "Sandwich-Sangat!!" Hentian DutaMy Profile

  18. chii says:

    punca pertama tu mmg punca utama kenapa semakin ramai yg ponteng sekolah..kadang2 pelik gak..apa je yg dorang lakukan kalau x ke skolah..hurmmm…
    chii baru je tulis kisah Peminat MisteriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun