Sayur Oh Sayur

Letih, penat dan payah hendak menyuruh budak-budak makan sayur. Semuanya tarik muncung panjang saja bila diberikan sayur. Kalau diberitahu sayur mempunyai vitamin A, B, C, D atau banyak zat galian pun mereka tak hairan. Tak diendah pun. Kadang-kadang geram juga dibuatnya. :D

Anak-anak saya juga kurang gemar makan sayur. Hanya beberapa jenis sahaja yang dimakan seperti kobis, sawi pahit dan pucuk paku. Anak perempuan pula lebih gemar makan kalau pucuk paku goreng. Sayur lain tak mahu jeling pun.

sayur-sayuran banyak khasiatmakan sayur-sayuran
cubalah makan seberapa dapat
cantikkan kulit badan pun sihat
otak cerdas ingatan pun kuat

sayur pun boleh tidak dimasak
dibuat jus juga rasanya enak
boleh diminum banyak-banyak
tapi janganlah sampai senak

sayur ada berbagai warna
kuning hijau atau pun jingga
sedia dijual di mana sahaja
di tepi jalan atau pasar raya

kalau nanti singgah di pasar
belilah sayur yang masih segar
sayur yang layu lama terbiar
jangan pula harganya ditawar

Kalau makan nasi goreng di kedai, mereka akan pilih sayur-sayur dalam nasi tu dan letakkan di tepi pinggan. Sambil-sambil muncungkan mulut kerana ada sayur di dalam nasi goreng. Kalau makan sup, atau mee lagilah membebel tak henti. Macam-macam budak-budak sekarang.

Bagi saya sendiri, lebih baik tiada lauk dari tiada sayur. Saya memang suka makan apa sahaja jenis sayur dengan apa saja menu. Kadang-kadang kantin tidak menyediakan sayur, geram pulak rasa. Tapi apa nak dikata kan, mungkin tak ramai yang mahu makan sayur, jadi mereka tidak menyediakannya.

TehrDemikian kisah 'Sayur Oh Sayur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


56 Comments

  1. padin says:

    ahaa.. aku pun kategori macam tu tehr..
    sayur letak tepi, baru mula jamah..
    entahla, memang xbole masuk sayur ni,
    padin baru je tulis kisah Watak Kartun KegemaranMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      aku memang tau ada orang memang tak boleh makan sayur
      selera masing2 tak sama

      makan buah2an pun ok gak, bro
      banyak khasiatnya

    2. akubiomed says:

      Dulu masa kecil selalu diumpan ibu supaya makan sayur sebab Popeye pun makan Spinach(bayam)
      akubiomed baru je tulis kisah Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwinMy Profile

    3. dnoBiz says:

      aku nasib baik dah ok sekarang ni, kalau dulu memang la :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Gejala Rempit – Gejala Rempit merebak ke dunia BloggerMy Profile

    4. suri says:

      blh ker cam tu..lu nak buang air besar lancar ker heee

  2. bisk says:

    hahaha…entry nih buat aku ingat masa kecik dulu.sanggup nangis tak makan sayur,pe lagi sayur yang pahit2.tapi bila dah besar dan hidup bersendirian baru tahu kepentingannya…tanx to my dad n u too tehr coz remind me.
    bisk baru je tulis kisah sendiriMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yang tak suka terutama kanak2
      saya cuba melatih anak makan sayur
      tapi tak juga memaksa mereka :D

      1. bisk says:

        mungkin dowank akan tau kepentinganya satu hari nanti.dah besar karang tau lah dowank fikir.
        bisk baru je tulis kisah sendiriMy Profile

        1. tehr says:

          ya. harap2 mereka akan sedar kepentingan makan sayur

    2. akubiomed says:

      Masa kecil-kecil dahulu memang tak suka makan sayur tapi dah dewasa suka pula. Tak sah kalau lauk tidak ada sayur :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwinMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam..
    realitinya makan sayuran
    lebih baik dari makan daging..
    tapi takut sayuran sekarang
    terlalu banyak penggunaan
    racun serangganya..maka carilah
    yang organic..insyaallah..
    zulkbo baru je tulis kisah Selamat Pulang KeletihanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      itulah masalah kita sebenarnya
      racun di mana2

    2. akubiomed says:

      Pertanaian sekarang kembali beralih cara tanaman organik atau bebas penggunaan bahan kimia cuma harga sayur organik mahal sikit
      akubiomed baru je tulis kisah Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwinMy Profile

      1. tehr says:

        alah membeli menang ‘memakan’ :D

  4. belalang says:

    same gak mcm padin…
    sayur sket2 boleh la mkn…
    tp klu nak mkn dlm kuantiti yg bnyk x brp jalan arr…
    ulam pun x semua makan…
    ngee…
    belalang baru je tulis kisah Jawapan Contest Meneka Gambar SBTMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ulam jering dan kerdas tu, aku tak suka pulak
      tak tau kenapa :)

    2. padin says:

      Belalang bukan makan rumput ke wakaaaaa
      napa xmakan sayur plak hee
      padin baru je tulis kisah Watak Kartun KegemaranMy Profile

      1. tehr says:

        waka waka
        belalang… belalang…

  5. mie says:

    gue skrg baru nak belajar mkn sayur..
    dulu mmg xpandang langsung..
    heheee
    mie baru je tulis kisah Pengantin Muda- Tercabarkah AndaMy Profile

    1. tehr says:

      ok la tu, mie

  6. zik says:

    dulu masa kecik2 memang tak suka makan sayur2 nie, pastu nenek bagi nasihat, (kalau nak besar tinggi kena makan sayur)… alhamdulillah sekrang nie suka lah juga… tapi tak boleh banyak2 lah…sederhana jer…
    zik baru je tulis kisah Cup cake bergerak!My Profile

    1. tehr says:

      aku pulak
      kalau tak makan pedas, tak besar
      mereka tipu camtu je :D

  7. wadud says:

    hahahha.. lawok2.. :D gini jela kawan.. lau anak2 susah nak makan sayor.. nanti suh la isteri ko masukkan sayur dalam makanan, misal macam nasik gorreng ker.. cincang2 kasi halus dan asukkan banyak2..:D
    hhehehe
    wadud baru je tulis kisah Makna Al-Quran KarimMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang dah ok sikit, bro
      masa mereka kecil memang susah sangat

    2. akubiomed says:

      Anak-anak pandai nanti diasingkan sayur-sayur lepas tuh merunggut sebab emaknya sampurkan sayur :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwinMy Profile

  8. Cik Siti says:

    kanak-kanak tak suka sayur sebab rasanye tak macam gula-gula. sebab rasanye yang pahit, payau, kelat semua ada. namun itu yang penting untuk kesihatan. erm… bestnya kalau makan ulam dengan sambal belacan… kobis+kacang panjang+kacang botol. orang lalu pun tak pandang
    Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Kenangan Waktu SPMMy Profile

    1. tehr says:

      aku pandang budu + ulam je
      hahaha

  9. gayahspears says:

    tak lalu da mkn sayur.. sampai muntah2..huhu
    tp kalu makan sayur.. kulit jadi licin..hihi..
    gayahspears baru je tulis kisah Single is SimpleCouple make me TroubleMy Profile

    1. tehr says:

      wah, teruk juga ya?
      sampai muntah2…
      kalau campur ngan ketam ke, udang ke…
      tak boleh gak ke, cikgayah?

      1. saya hantu sayur…xkisah sayur apa pun, semuanya sedaaaap..klu masak mee ke bihun ke atau masak sayur goreng ke mesti nak letak byk2…boleh juga makan sayur + nasi..xpayah lauk..hehehehhe
        cikgu princess baru je tulis kisah Jangan lupa UNDI NO 5 di Blog Pilihan MalaysiaMy Profile

        1. tehr says:

          hehehe sama la kita

  10. sud@is says:

    tehr bukankah masa kanak2 dulu kita disenario yang sama juga…
    tk tau lah kot tehr suka sayur sejak dari kecik lagi…hehe
    sud@is baru je tulis kisah Kucing Mati Meninggalkan MisaiMy Profile

    1. tehr says:

      dulu masa kecik2, mak saya masak pucuk ubi, pucuk labu, betik muda buat sayur
      semua saya makan :D

  11. dnoBiz says:

    Ramai bebudah acam tu,
    aku dulu pun makan sayur kerana cerita kartun Popay :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Gejala Rempit – Gejala Rempit merebak ke dunia BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      aku makan sebab ikut apa mak aku makan

  12. adah says:

    patut lar tehr awet muda….suka makan sayur…

    eh…macam kenal je aku ngan tehr….kekekeke
    adah baru je tulis kisah Perkahwinan Member-MemberMy Profile

  13. mijie says:

    aku memang semua makan, hehe tapi dulu member aku pun tak makan sayur so sebagai gantinya dia ambil supplement, vitamin c untuk menggantikan sayur
    mijie baru je tulis kisah Tutorial buat ringkasan pada feedburnerMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      perlu cari bahan ganti kalau tak suka makan sayur ni

      1. mijie says:

        supaya badan cukup zat yg diperlukan kan
        mijie baru je tulis kisah Terpilih sebagai maxis10 Review HTC Desire ZMy Profile

  14. Ladfe Amir says:

    anak sulung aku dah kena sound dengan doktor sbb tak makan sayur. kurus aje

    1. tehr says:

      sesekali kena gak bagi ugutan kepada budak2 ni
      … untuk kebaikan mereka juga

  15. cikmin says:

    cikmin penggemar tegar sayur..walaupun katanya makan sayur tu bagus tuk kulit..dah lama dah makan tengok kulit takde la cantik sangat pun..hiks..

    anak2 memang agak payah nak suruh makan sayur..tapi ada jugak sayur yang mereka suka makan..terutama salad..
    cikmin baru je tulis kisah Sambutan Hari Lahir TRIOMy Profile

    1. tehr says:

      kalau anak2 suka sebahagian senis sayur pun dah kira bersyukur sangat dah, cikmin

  16. kulanz says:

    anak-anak akupun macam tu juga bro.. pantang nampak sayur dlm masakan.. terus hilang selera diorang makan.. tak tau lagi nak buat apa.. nak paksa pun tak boleh juga..
    kulanz baru je tulis kisah Kisah Rapunzel Tangled Yang Mencuit HatiMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 kesian tengok anak2 pilih cebisan sayur letak tepi pinggan :(

  17. Hadi Rofiee says:

    Hehe. Teringat adik2 aku yang tak suka makan sayur. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Teknik meminta duitMy Profile

    1. tehr says:

      selalu nak kena beri galakan
      dan kadang2 ugutan juga

      1. suri says:

        jangan paksa tapi kena pujuk hee…

        blh je buat bubur ker racik halus sayur tu bukannya mrka tahu…

        ibu bapa kene bijak dlm mmbuat resepi anak2

      2. suri says:

        hurm.. ibu bapa kena bijak pelbagaikan menu makanan anak2 mesti mereka akan tertarik punya ;)

  18. suri says:

    ank suri suka sup sayur campur.. heee… kena pelbagaikan mkn tu klu tak sampi bila dia takan mkn huhu…

    org dwasa tak mkn tak per sb mrka blh dpt sumber mkn dalm plbgai bentuk. kalau kanak-kanak tak makan sayur bagaimana mereka nak dpt vitamin dan zat besi dari sayuran tersebut huuuu..

    1. tehr says:

      tu la pasal, suri
      anak2 saya masih lagi memilih untuk makan sayur

  19. Norgadis says:

    Jalan-jalan pergi ke pekan,
    singgah pasar sayur dibeli,
    sayangnya anakku tak suka makan,
    sayur dihidang tidak diperduli.

    Dari 4 org anak, hanya seorg saja yg suka makan sayur huhuhu…

    1. tehr says:

      singgah pasar sayur dibeli
      enak dimasak goreng campur
      sayur dihidang tidak diperduli
      bermasam muka kalau ditegur

      3 orang anak saya memang makan sayur tapi hanya sedikit dan sangat memilih

  20. sangilapi says:

    aku paling minat dengan menu taugeh goreng – dimasak tanpa terlalu lama,berderup-derup bila dikunyah :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun