Sayang Sungai Sarawak

Malang berkunjung lagi ke negara kita. Belum habis cerita mengenai kemalangan yang melibatkan Bas Ekspres Delima di KM223 Plus Tol Simpang Ampat pada 10.10.2010 lepas, kini tiba pula tragedi melibatkan bot ekspres Liang Yu di Tatau, Bintulu. Setakat ini 13 mangsa telah disahkan terkorban.

Saya pernah bertugas di pedalaman Sibu, Sarawak suatu ketika dahulu bersama seorang rakan dari Melaka. Bot dan sungai memang merupakan alat dan laluan perhubungan yang penting bagi menghubungkan bandar-bandar utama di Sarawak. Pada ketika itu saya merasa pelik bila kali pertama menjumpai perkataan bot ekspres. Ingatkan hanya bas dan keretapi sahaja yang ada ‘ekspres’. Hehehe.

pengkalan bot ekspres

perhubungan hanya melalui bot ekspres

Lagu Sayang Sarawak memang menjadi nyanyian kami sebagai melepaskan rindu kepada kampung halaman. Kami menukar liriknya sesuka hati kami sahaja mengikut situasi semasa. Hanya sekadar berhibur. Menyanyi melalak di dalam hutan itu juga sebenarnya tak ada siapa yang kisah, tak siapa yang nak dengar, hanya kami sahaja.  Lagi pun Sungai Sarawak sebenarnya sangat luas, bukan sempit seperti yang terdapat dalam lirik lagu. Sebab itulah juga kami selalu tukar liriknya.

srk batu wong

main bola

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Berbuah nenas lamun-lamunan;
Hendakku bawa perahuku sempit,
Tinggallah emas tinggal junjungan.
~lirik lagu dari Various Melayu Deli

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
Tinggallah emak tinggal junjungan.
~petikan dari buku Kurik Kundi Merah Saga

Sungai Sarawak mudik berakit,
Buahlah padi di tengah hutan;
Malang menimpa bukan sedikit,
Sedihlah hati tinggal kenangan.
~ketukan keyboard saya

Kata orang malang tidak berbau. Sememangnyalah begitu, tapi tak bolehlah nak disalahkan bau yang tidak ada sebelum malang menimpa. Perlu juga kita mengambil langkah-langkan keselamatan untuk mengelakkan malang yang tidak berbau itu. Takkan selamanya nak menyalahkan takdir semata-mata. Tak gitu, eh?

TehrDemikian kisah 'Sayang Sungai Sarawak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    bertuahnya
    berpeluang berkhidmat
    di sana..khabarnya orang
    sana ramah tamah?

    New Entry “Palestine Will Be Free?”
    zulkbo baru je tulis kisah Inilah Masanya Blogger Uploader Dalam Proses PenaiktarafMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      yang mana saya jumpa tu memang ramah, bro
      [kawasan saya berkhidmat didiami suku kaum iban]

  2. etomyam says:

    pernah jugak naik bot menyusuri sungai sarawak dulu2, memang luas
    kekadang kesian pulak tengok perahu2 kecil terpaksa lawan ombak dari bot besar…
    etomyam baru je tulis kisah Malaysia Punyai Hutang Isi Rumah Tertinggi Di AsiaMy Profile

    1. tehr says:

      begitulah nasib orang kecil2 berbanding orang besar2

  3. kakyong says:

    kakyong masa tahun 1979-1981 penah dok di SIbu.. kami tingggal di kg hilir & kemudian berpindah ke hardin walk…. pernah la merasa nak bos express tu..
    kakyong baru je tulis kisah Jom main badminton cara Anis &amp FikriMy Profile

    1. tehr says:

      pernah sampai kat kg hilir w/pun saya bertugas di pedalaman

  4. za says:

    mmg bahaya naik bot ekspress lagi2 yang dah uzur..pemimpin sarawak perlu ambil berat ttg isu pengangkutan di sarawak yg masih mundur..terutamanya pengangkutan sungai dan jugak bas2 awam..sian kamek org sawak kan…

    1. tehr says:

      jalan raya memang agak lambat untuk disempurnakan di sarawak
      maklum saja negerinya amat luas
      perlu bersabar lagi la nampaknya

  5. belalang says:

    belum ada rezeki menjejakaki ke negeri sarawak…
    sabah sudah pernh smpi…
    belalang baru je tulis kisah Sekadar Berkongsi PengalamanMy Profile

    1. tehr says:

      pelik la pulak, belalang
      sarawak kan lebih dekat?
      …saya belum pernah ke sabah

    2. padin says:

      hahha aku lagi le, belum pernah sampai lagi ke seberang, ekekee
      entah bila baru berpeluang,
      padin baru je tulis kisah Melukis Kerangka ManusiaMy Profile

      1. tehr says:

        ada masa dan peluang nanti… sampai le tu

  6. brutalsolo says:

    negara kita kan banyak maksiat …bala datang sebagai perigatan
    brutalsolo baru je tulis kisah Tembok tembok yang diruntuhkanMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 muhasabah diri…

  7. akubiomed says:

    Teh Ramuan berkhidmat dikawasan mana? Saya pernah berkhidmat di hospital Miri dari 97 – 99. Pernah naik bot ekpress dan MAS Twin Otter di Sarawak antara pengalaman manis yang tak dilupakan. Pendapat saya menyusuri sungai adalah paling efektif untuk Sarawak cuma masalahnya banyak kayu balak terapung menggangu kelancaran perjalanan bot ekpress. Kalau nak bena jalan raya tentu memerlukan kos yang tinggi kecuali ada ekonomi maka pembinaan jalan raya worthy
    akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

    1. tehr says:

      saya di kawasan sibu bersempadan dengan bahagian serikei
      pekan paling dekat ialah julau, tapi saya selalu ke bintangor kerana pekan ni lebih besar dan banyak barang keperluan ada di sini

      1. akubiomed says:

        Saya tak pernah ke Sarikei kerana semasa di Sarawak saya telah posting di Miri. Saya tinggal di Luak Bay tak salah saya ada maktab perguruan berdekatan tempat tinggal saya
        akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

        1. tehr says:

          pernah sampai sarikei tapi miri belum pernah

  8. dnoBiz says:

    Aku dah lama teringin nak ke sini, tapi masa tak mengizinkan
    dnoBiz baru je tulis kisah Tok BoMoh Power – Otak Ku Mula BerFikirMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah
      ada rezeki, sampai juga nanti

    2. akubiomed says:

      Sya enjoy duduk di Sarawak kerana keramahan orang sana dan kakak angkat adalah berbangsa Iban. Cuma rasa kekesalan sikit tak sempat berjalan-jalan kerana dedicated dengan kerja selama 3 tahun duduk disana. Saya suka makan kek lapis Sarawak
      akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

      1. tehr says:

        saya lagi suka kek hati pari
        memang best sangat2

  9. zik says:

    masih tak berpeluang untuk terbang kesana…harap2 suatu hari nanti…
    zik baru je tulis kisah Peperangan hari khamisMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, zik
      akan tiba masanya nanti…

  10. sangilapi says:

    aik ? komen aku menghilangkan diri ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      hilang? ke mana pulak?
      dalam folder spam pun tak ada, bro

      1. sangilapi says:

        misteri jugak tu…..hilang tanpa jejak macam malang tak berbau :)

        apapun setiap perkara yang bakal berlaku ada tandanya :)….cuma manusia tidak menghiraukannya.
        sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

        1. tehr says:

          pernah sebelum ni beberapa komen masuk spam
          ok, aku approve je
          bro joe tulis je sekali lagi, nak tau gak apa yg bro nak katakan

          1. sangilapi says:

            tu yang ayat last tu :)
            sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

  11. kami says:

    dulu krja selalu juga ke bintulu..
    arusnya mmg kuat lebih2 lg musim ketujuh..
    takziah pada keluarga mangsa..
    kami baru je tulis kisah Senarai Kedai HaiwanMy Profile

    1. tehr says:

      saya belum pernah sampai di bintulu
      sarawak sangat luas

  12. seri says:

    kalau seri dah banyak negeri lawat tp yang pelik seri tinggal kat sabah, sarawak pula boleh tertinggal he..he..
    seri baru je tulis kisah Kepada Mereka Yang Mengunakan Auto BlogwalkingMy Profile

    1. tehr says:

      hujung tahun nanti family saya akan ke kuching, insyaallah
      jom, kita pakat2 kacau kucing
      hehehe

      1. akubiomed says:

        Kena bawa balik tikar Sarawak. Ketika disana saya sempat bawak balik dua bilah parang yang diperbuat dari mata gergaji
        akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

        1. tehr says:

          wah, best tu sempat bawa balik parang

  13. sabri says:

    xpnh smpai srwk lg..hehe
    sabri baru je tulis kisah Video – Semoga Awak BahagiaMy Profile

    1. suri says:

      samalah dengan suri…tang ting tung melaka..ipoh..kl..huuuhuuu..

  14. suri says:

    itu semua dugaan kita sebagai hambanya…

    tapi jika kita perasa atau tidak lagi nak hujung tahun lagi mcm2 perkara blh berlaku…huuu…

    1. tehr says:

      hujung tahun biasanya musim banjir
      lagi la kalut ni

  15. ann says:

    betul betul.. kena hati hati sendiri dulu
    ann baru je tulis kisah Twinkle twinkle Little StarMy Profile

    1. tehr says:

      hati2 bila berada di sungai :)

  16. Syafrizal says:

    Kalau ada rezeki rasanya nak pergi la Sarawak.
    Syafrizal baru je tulis kisah Koko Minda Plus – Penambah Tenaga MindaMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah hujung tahun nanti kami sekeluarga akan ke sarawak

  17. mijie says:

    dulu hampir berpeluang ke sarawak dan dikhabar terpaksa naik bot untuk ke destinasi tersebut…kalau terlewat nanti tak dapat bot untuk patah balik ke sibu, huhu tapi apakan daya, tidak sempat juga
    mijie baru je tulis kisah Kelantan dan Negeri Sembilan ulangi Final 2009 Piala MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      setakat naik bot bleh tahan lagi, bro
      naik perahu panjang tu, seram je rasa

  18. ijoi says:

    Pengalaman naik bot panjang sungguh menyeronokkan. Ada kalanya kena tarik perahu, pengalaman sewaktu di Ng. Jambu awal 90an.

    1. tehr says:

      wah, penuh cabaran tu, ijol
      aku tak pernah naik perahu panjang
      laluan aku kuching sibu bintangor serikei julau konawit je
      pernah melalui batang igan hingga ke sk kebuaw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun