Sayang Seorang Suami / Bapa

ada suami yang…

sayang anak terlebih diberi
keperluan siap semua dibeli
isteri pula sentiasa dimaki
bengkak mata bengkak hati

ada juga suami yang…

sayang isteri terlebih enak
isteri baru cantik terlajak
anak di mana makankah tidak
berganti hari tiada ternampak

tetapi masih ramai suami yang…

sayang semua satu keluarga
anak dan isteri sama sahaja
hidup bahagia berumah tangga
gelak ketawa bergurau senda

paling tidak boleh diterima kalau suami yang…

hanya sayang diri sendiri
orang lain tidak dipeduli
anak isteri semua sekali
masih hidup atau dah mati

Catatan kali ini berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri dan juga cerita dari kawan-kawan sejak sebelum berumah tangga hingga kini. Semoga dapat memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan juga teman-teman.

TehrDemikian kisah 'Sayang Seorang Suami / Bapa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun