Sayang Mat Rempit

Wahai sekalian Mat Rempit
Kenapa berlumba di panas terik

Berhenti dulu hilangkan dahaga
Air tebu atau boleh juga air nira

Enjin motor sejukkan dulu
Hilangkan lenguh tangan dan bahu

Sambil minum renung ke depan
Ke jalan raya jalan kehidupan

Saban hari cari penyakit
Bila jatuh kaki tersepit

Adik kakak abang ayah ibu
Semua susah kerana kamu

Terlentang di jalan atau di parit
Tak malu pula meraung menjerit

Sampai bila nak berlumba
Buang duit ibu dan bapa

Keluarga pun bukannya kaya raya
Adik-adik nak juga duit belanja

Kamu Mat Rempit memang berani
Cuma silap tempat letakkan diri

Cuba tukar cara merempit
Cari kerja dan cari duit

Nanti boleh kumpul sikit-sikit
Ayah tengok pun hati tak sakit

TehrDemikian kisah 'Sayang Mat Rempit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


2 Comments

  1. nas aliff says:

    yes..
    i hate mat rempit!

  2. tehr says:

    ya la aliff – suka sgt aliff kata gitu – rasa nak belanja makan minum mlm ni jugak – hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun