Saudagar Taik

Orang berniaga memang seronok. Lebih-lebih lagi kalau berniaga di rumah. Bukan keluar mencari wang tapi wang dibawa orang datang ke rumah. Sama ada secara offline atau online, itu tak jadi hal. Apa yang penting, kepuasan pelanggan mesti diutamakan. :D

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Sila.”

“Apa tuan gembala burung?”

“Saya bukan gembala burung. Saya saudagar burung. Saya meniaga jual burung. Burung nuri, burung tiung, burung kenari, burung kakak tua, juga burung skru driver.”

“Wow. Tak peduli burung apa pun tuan. Asal burung saja tuan.”

“Bagus.”

“Aaa… Tolong kasi saya sepuluh kati.”

“Sepuluh kati? Saya tidak pernah jual kira kati. Kira ekor tuan.”

“Saya bukan mahu beli burungnya tuan.”

“Habis?”

“Saya mahu beli taik burung. Buat baja.”

“Aik shiekh! Ana saudagar burung bukan saudagar taik!”

saudagar taik burung

Burung tiung burung kenari,
Duduk diam dalam sangkar;
Adakah untung berniaga tahi,
Seluruh alam bau tersebar.

Berniaga mesti jujur. Tak boleh main tipu kerana mahu cepat kaya. Barang yang dijual mesti dalam keadaan yang baik. Kalau makanan, pastikan kebersihannya terjamin dan semestinya halal. Mesti sentiasa mahu menjadi saudagar burung bukan saudagar taik. He he he…

TehrDemikian kisah 'Saudagar Taik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    meniaga tahi buat baja ada
    rasanya Bro..kaya tu..huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Samsung Galaxy S4 : Gambar Dan Ciri-Ciri TerkiniMy Profile

    1. TehR says:

      salam kembali
      betul tu, memang ada :D

  2. meniaga harus jujur. betul tu. kata orang, kalau nak main tipu, memang sekali itu sahaja lah orang datang membeli.
    khairul asrol baru je tulis kisah Cara Nak Rendahkan/Kecilkan Angka Ranking AlexaMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      cukup hanya sekali

      1. suri says:

        sekali tak akan bg percaya legi hee
        suri baru je tulis kisah Peluk Kuat-KuatMy Profile

  3. Wan Fauzi™ says:

    berniaga memang kena jaga halal haramnye… mesti tiada sifat penipuan…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Tenang Menghadapi CabaranMy Profile

    1. TehR says:

      jual benda haram
      haram juga rezeki yang diperolehi
      kan?

  4. Wan Fauzi™ says:

    lama tak tengok cerita p.ramlee… tengok dgn family lagi seronok…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Tenang Menghadapi CabaranMy Profile

    1. TehR says:

      hehe
      biar pun dah banyak kali tengok
      tapi masih juga kita mahu tengok

  5. He he tersirat tu maknanya… :D
    Btw, sekarang ni pun ada baja yg bukan dibuat dari taik. Baja kopi pon ada, lagi harum semerbak baunya. Tak perlu jual taik lagi…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Azlan Shah Cup Final: Australia 3 Malaysia 2My Profile

    1. TehR says:

      yups, tak perlu jual taik lagi
      ada banyak pilihan yang baik sekarang

  6. Hairul Azni says:

    Ramai orang yang berniaga muka masam je..mulut moncong..mcm mana tu?.. :-)
    Hairul Azni baru je tulis kisah Mari Melawat Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan PahangMy Profile

    1. TehR says:

      macam tu gaya, pembeli takut nak masuk kedai la
      aku pun tak nak masuk :D

  7. de engineur says:

    isk isk isk…loyar buruk jugak pelanggannya tu. Saudagar burung pun blur dibuatnya
    de engineur baru je tulis kisah Result: Manchester United vs Reading (1 – 0)My Profile

    1. TehR says:

      haha
      pelanggan memang banyak ragam
      tapi kalau kena cara melayannya
      bisnes boleh jalan gak :D

  8. Mak lagenda says:

    Hai..bnyk isi maksud tersurat ni. Peringatan ikhlas buat peniaga2 kan teh2 kan
    Mak lagenda baru je tulis kisah SHOPING LIGHTING TING TING…!!My Profile

    1. TehR says:

      yups,
      ingatan ikhlas untuk semua dan diri sendiri juga :D

  9. dja@sishaza says:

    Dunia maju zmn sekarang, bnda x logik pun blh jd bhn jualan…mcm yg kt luar negara, jual udara dlm tin tu kan.. huhu. Apa sklipun dijual, peniaga kna jujur…hisab kt akhirat tu berat. Tak tertimbang kita nti
    dja@sishaza baru je tulis kisah KEJOHANAN BOLA TAMPAR PKP PAYA 2013My Profile

    1. TehR says:

      ramai yang berniaga atas angin
      dan dapat untung atas angin
      huhu

  10. cikgu naman says:

    pernah kena ke cikgu?
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Bukan Untuk Yang Malas BerblogMy Profile

    1. TehR says:

      alhamdulillah, belum pernah kena lagi

  11. hafiz says:

    eh skrg ni taik pun ada harga…
    hafiz baru je tulis kisah Dapat cabutan bertuah dari PeroduaMy Profile

    1. TehR says:

      tu pasal la ramai yang jadi saudagar sekarang ni
      hehe

  12. onlajer says:

    rasanya ramai yang terkena dengan saudagar taik nih
    onlajer baru je tulis kisah Jom Ke Zoo JohorMy Profile

    1. TehR says:

      memang dah ramai yang terkena
      kesian pada yang jujur, dapat juga tempiasnya

  13. azura says:

    sikap manusia macam2 cikgu
    azura baru je tulis kisah Mandi Pantai Teluk KemangMy Profile

  14. UmmiKami says:

    Salam manis :D

    Tersadai sampan di tepi pengkalan,
    Dalam bekas geragau naik;
    Bagai ungkapan peri bidalan,
    Ayam terlepas tangan bau taik.

    * Betulke tak cikgu.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

  15. padin says:

    aik ape bendanya burung skru driver? hehee,
    padin baru je tulis kisah Minggu Aktiviti Jan – Jun 2013My Profile

  16. ghost writer says:

    cuma tau jual buku dan zine jer. sekarang ni nak try jual barangan edisi terhad melalui online. tak jual minyak, tak jual taik. haha!
    ghost writer baru je tulis kisah #runutkata IIMy Profile

  17. zool says:

    hm.. ye la.. berniaga mesti jujur walaupun saudagar taikh.huhuh
    zool baru je tulis kisah Terima akuan terimaan pos berdaftarMy Profile

  18. suri says:

    syukur berniaga kena sabar samping kena jaga hati pelanggan
    suri baru je tulis kisah Status Glitterati Mula Tarik TaliMy Profile

  19. suri says:

    klu jual baca taik ayam mmg sah2 ada org bli buat tanaman pokok2 bunga ;) heee
    suri baru je tulis kisah Nuffnang Yang SuperbMy Profile

  20. Petua Puteri says:

    jual taik pun untung.. heee
    Petua Puteri baru je tulis kisah Cara Merawat Tangan Yang TersepitMy Profile

  21. ohcikgu says:

    tak kisahlah..tapi still boleh buat duit gak kan??
    ohcikgu baru je tulis kisah Tertinggal seluar dalam..My Profile

  22. fiezaradzi says:

    tapi kalau ladang2 besar, esp ladang ayam, mmg de dorang buat jual itu taik, sbb buat baja. baja apa entah, dgr kata2 org2 ladang jer..

    kalau jual burung, org nak beli taiknya, bagi free ajelah kot.. haha
    fiezaradzi baru je tulis kisah Apa Itu Mycoplasma InfectionMy Profile

  23. akubiomed says:

    Taik pun boleh dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun