Satu Je Aku Tak Suka Pasal Mat Yo

“Cerita pasal Mat Yo ni, satu je yang aku tak suka.”

“Mat Yo mana?”

“Mat Yo yang main dengan JDT tu la.”

“Hah, apasal pulak? Mat Yo balik main dengan Klate ke?”

“Bukan la. Aku kata satu je aku tak suka pasal Mat Yo.”

“Ni nak mengumpat la ni.”

“Bukan la.”

“Dah tu, apasal?”

“Mat Yo pindah ke JDT, aku tak kisah. Itu hak dia.”

“Aku tahu, memang hak dia.”

“Mat Yo dapat anugerah pemain paling bernilai pun aku tak jeles.”

“Aku pun tak jeles. Dia memang bagus.”

“Pasal baju dalam Mat Yo tulis Allah Always With Me tu pun, ok.”

“Ya. Ok.”

“Tak salah.”

“Tak ada salahnya.”

“Dia main dengan Harimau Malaya pun aku sokong.”

“Dah tu ko tak suka Mat Yo pasal apa?”

“Satu je.”

“Tahu la satu. APA KEBENDANYA?”

“Aku tak suka satu je. Aku dah kata tadi. Hanya satu.”

“Woi, ko biasa makan kasut bola, tak?”

Aku tak suka Mat Yo tendang bola masuk gol Apek.

“?”

“Masuk gol kita, Klate! Sakit hati je tengok!!”

“??”

“Mujur juga ATM lawan Kelantan Mat Yo tak main!”

“Kamu ni demam ke sakit perut?”

“Tak!”

atm vs kelantan

Selamat berseronok dengan persembahan pasukan sokongan masing-masing malam ini. ATM dan Kelantan akan bertemu di Stadium Perbandaran Selayang dalam saingan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013.

Agaknya siapa yang dapat membawa bekal terbaik ke Kota Bharu dalam Separuh Akhir Kedua nanti.

TehrDemikian kisah 'Satu Je Aku Tak Suka Pasal Mat Yo' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. onlajer® says:

    aku sokong yang menang malam ni haha
    onlajer® baru je tulis kisah Lemah Syahwat Sila Bakar Lemak AndaMy Profile

    1. TehR says:

      ya sokong yang menang
      kelantan la tu! :D

    2. Mus says:

      aku on sama.. atas pagar..
      Mus baru je tulis kisah Harga Kamera Nikon D610 Untuk Pasaran MalaysiaMy Profile

  2. nazri says:

    Jgn marah abe ? Da amanah dia kena sepak bola masuk gol
    nazri baru je tulis kisah Godaan Pasembor Padang KotaMy Profile

  3. akubiomed says:

    Sudah tugas bola menjaringkan gol. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Hadiah menang 3 tahun lalu.My Profile

  4. titan says:

    haha..sakit ati rupanya ye..
    titan baru je tulis kisah Give your best work lahh..My Profile

  5. Lyn™ says:

    Haha..entri tentang bola yang paling kelakar di abad ini.
    TR, cuka epal jika diminum boleh meneutralkan toksin yang ada di dalam hati..hehe.
    Lyn™ baru je tulis kisah HOMESCHOOLING / PERSEKOLAHAN DI RUMAHMy Profile

  6. sensasi2020 says:

    Tahniah TRW memang patut menang dgn jaringan yg besar.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Keputusan ATM vs Kelantan Separuh Akhir Pertama Piala MalaysiaMy Profile

  7. mie says:

    sepatutunya perlawanan akhir…
    ATM akan bangkit..
    ahhahahahaa
    mie baru je tulis kisah Warung Pink Tempong Raja PedasMy Profile

  8. Sekarng ni pasti tersenyum lebar :D
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Travelog Penang | Seni Jalanan Di Lebuh ArmenianMy Profile

  9. Ingat ape yang tak suka tadi… :) . Jangan risau JDT dah terkeluar…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Qurban!My Profile

  10. hahaha..bola itu bulat kan..skang ni musim Mat Yo
    blogger lelaki baru je tulis kisah Komen Pertama Di YoutubeMy Profile

    1. suri says:

      seikalang telah surut rasa lega sikit
      suri baru je tulis kisah 2 Teknik Pemalas Membakar Lemak Dan Mengecilkan PerutMy Profile

  11. Zik says:

    nak buat macam mana.. apepun jdt dah tersingkir.. kecewa beb.. huhu
    Zik baru je tulis kisah Motor ironman,My Profile

  12. Hafizul says:

    Hahaha..kes sakit macam ni rupanya..adoii ingatkan apa tadi..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Blogger Yang Berani Untuk BerjayaMy Profile

  13. suri says:

    wah dia dah siap umpat sana sini ahakss
    suri baru je tulis kisah Tips Rumahtangga Bahagia Kaedah Asmara MataMy Profile

  14. Mak lagenda says:

    heh heh heh..

    org kelantan mmg panas ati ngan mat yo eyh??
    Mak lagenda baru je tulis kisah WORDLESS WEDNESDAY : YANG DITUNGGU-TUNGGU AKHIRNYA TIBA JUA!!My Profile

  15. saya pikir apaan ternyata adalah main bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun