cahayacinta akubiomed pondokkecil
tak kenal maka tak cinta
bayuk3nangan apacerita onlajer
tehramuan

Sarang Tebuan Di Rumah

Sarang tebuan jangan dijolok. Maksudnya; Jangan sengaja mencari bahaya atau kesusah­an. Tebuan ialah sejenis serangga yang bersengat dan biasanya membuat sarang di atas pokok. Tapi kadang-kadang makhluk Allah yang berbisa ini ada juga menumpang untuk membuat sarang di rumah.

Menjenguk Kamus Dewan aku dapat maklumat mengenai tebuan. Nama saintifiknya ialah Gespa tropica atau Vespa tropica menurut Pakcik Google. Tebuan meminang anak labah-labah bermaksud jodoh yang tidak sepadan. Seperti tebuan di dalam tukil pula bermaksud percakapan yang kurang jelas. Macam tu la kata Kamus Dewan. :D

Badan lemah menapak di jalan,
Kepala tunduk mengheret kaki;
Kalau rumah bersarang tebuan,
Memang duduk tak senang hati.

tebuan

Sarang tebuan berpetak-petak,
Dibuat dari cebisan tumbuhan;
Kena sengatan pastinya bengkak,
Sama ada di kaki atau di tangan.

Bagaimana mahu membuang sarang tebuan di rumah? Sudah dua kali tebuan singgah membuat sarang dekat rumah mak aku di kampung. Beberapa tahun dahulu aku minta bantuan anggota bomba. Dalam masa beberapa minit sahaja sarang tebuan di celah bumbung dapat dibuang. Mereka hanya menggunakan racun serangga dalam tin sahaja.

Malam tadi, aku minta bantuan anggota pertahanan awam. Kalau kali pertama dulu di bumbung depan, kali ini tebuan buat sarang dekat belakang rumah pula. Masih juga di bahagian bumbung. Anggota pertahanan awam juga menggunakan racun serangga dalam tin seperti anggota bomba.

Ada sesiapa tahu petua merawat sengatan tebuan?

TehrDemikian kisah 'Sarang Tebuan Di Rumah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



26 Comments

  1. padin says:

    mak aku dulu sapukan dengan getah bawang…
    lega la jugak tapi berdenyutnya tetap ada…

    1. tehramuan says:

      asal saja boleh, bro
      ni getah bawang besar, bawang merah atau bawang putih ni?

  2. ghost writer says:

    sarang lebah ni kalau kena gaya leh kaya. tak kena gaya leh undang bahaya. tapi madunya mahal juga. nak dapatkan bukan mudah. usaha bukan kepalang, manfaatnya juga bukan calang-calang.
    ghost writer baru je tulis kisah zineMy Profile

    1. tehramuan says:

      sarang tebuan ni, bro
      kalau lebah memang boleh dapatkan madu

  3. kimmie says:

    sarang tebuan jangan dijolok..klu terjolok cepat – cepat lari terjun sungai
    kimmie baru je tulis kisah Final Exam: Doakan saya.My Profile

    1. padin says:

      kalau sungai sebatu dari rumah,
      pakat serah diri je la wohaaa

      1. tehramuan says:

        sebatu pun kena lari juga tu, bro :D
        takkan nak berdiri kat situ je

        1. rain says:

          haha apa la lawak benor tehr ni
          rain baru je tulis kisah jalananMy Profile

  4. Cik Siti says:

    itu maksudnya En Tehr ada potensi menjadi penternak lebah yang berjaya… madu lebahkan mahal… hehehe
    Cik Siti baru je tulis kisah Resepi sambal ikan bilisMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      takut la nanti kena sengat

  5. Dah lupa dah camner petua dia. Nanti balik kampung tanya mak dan orang kampung coz kat sini jangankan sarang tebuan, tebuan pun susah nak nampak…
    Semut, lipas dan cicak banyaklah kat flat nih…
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Lelaki Tertua di Malaysia Berumur 117 TahunMy Profile

    1. tehramuan says:

      semut lipas dan cicak
      kat sini pun ada nampak
      datangkan hasil pasti tidak
      hanya sekadar menyemak

  6. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    Vespa tropica yang jenis dalam
    tanah tu kalau meyengat boleh
    membawa maut
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Cara Semak Keputusan Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 2012 SMS OnlineMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      tu tebuan tanah tu, bro
      sebesar lembu pun boleh mati
      memang bisa

  7. Susah gak ni kalau cerita pasal tebuan.., sebab org kata jangan disuik sarang tebuan.., nanti dia ngamuk…. :D
    madu takde bro?
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Nak tahu nilai & harga duit lamaMy Profile

    1. tehramuan says:

      rasanya tebuan memang tak ada madu
      hanya ada sengat dan bisa je :D

  8. rain says:

    kena sengat masa sekolah rendah, seronok betul tak g kelas sehari haha
    rain baru je tulis kisah jalananMy Profile

    1. tehramuan says:

      aik, macam tu pulak!
      hahaha

  9. akubiomed says:

    Boleh sembur racun serangga tetapi kalau sarang besar elok panggil bomba untuk bantuan.

    1. tehramuan says:

      kecil pun aku tak berani nak sembur
      sengat dia ni sakit sangat

  10. azura says:

    kat rumah saya burung je selalu bersarang atas pokok, tebuan takla pernah
    azura baru je tulis kisah Usia terbaik untuk menikahMy Profile

  11. sangilapi says:

    petua? Kalau tebuan tanah punya sengatan,segeralah mamah secubit tanah kemudian lumurkan pada kesan sengatan sambil “baca-baca” (nak tau kena email :-) )

    *cikgu sila tengok email *

  12. beckhr00y says:

    tebuan ni sengat dia berbisa, parah kalau kena byk2
    beckhr00y baru je tulis kisah Selamat Hari Malaysia 16 SeptemberMy Profile

  13. saya kalo terserempak dgn tebuan, saya berselawat. so far tebuan tu akan lari..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Rumah Ku Syurga Ku | Jom Teropong Dari DalamMy Profile

  14. zik says:

    dulu rumah pun pernah didatangi tebuan, buat sarang kat atas… nasib baik arwah atuk pantas bakar jer terus… kena sengat jugak…
    zik baru je tulis kisah Pencipta twitter, Jack DorseyMy Profile

  15. Naziman says:

    Rumah kawan saya dulu senang ja, tak perlu buang. Biar ja di hujung. Mula-mula takut juga, lama-lama dah biasa. Dorang tak kacau pun. Call bomba tak kena caj ka?
    Naziman baru je tulis kisah Review jana pendapatan melalui adf.lyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar