Santos Vs Barcelona | Akhir Piala Dunia Kelab 2011

Perlawanan separuh akhir malam semalam berkesudahan dengan Santos 3-1 Kashiwa. Keputusan satu lagi perlawanan separuh akhir malam tadi ialah Barcelona 4-0 Al Sadd. Nampaknya bola sepak Asia masih jauh ketinggalan berbanding Amerika Selatan dan Eropah.

Perlawanan Barcelona vs Al Sadd memang berat sebelah. Al Sadd hanya berjaya mengawal bola sekitar 27%, 2 tendangan ke arah gol tanpa sebarang tendangan sudut. Gol-gol Barca dijaringkan oleh Adriano (25′ , 43′), Keita (64′) dan Maxwell (81′).

bola sepak soccer

Tarikh perlawanan akhir penentuan Juara Piala Dunia Kelab 2011 antara Santos vs Barcelona ialah pada 18.12.2011 dan akan di adakan di International Stadium Yokohama, Jepun. Tempat ketiga dan keempat akan ditentukan oleh Kashiwa dan Al Sadd juga pada hari yang sama.

Perlawanan Tarikh Kelab Kelab
1 Kelayakan 08 Dis Kashiwa Reysol (Jepun) Auckland City (New Zealand)
2 Suku Akhir 11 Dis Kashiwa Reysol (Jepun) Club de Futbol Monterrey (Mexico)
3 11 Dis Espérance Sportive de Tunis (Tunisia) Al Sadd (Qatar)
4 Tempat Kelima 14 Dis Club de Futbol Monterrey (Mexico) Espérance Sportive de Tunis (Tunisia)
5 Separuh Akhir 14 Dis Kashiwa Reysol (Jepun) Santos (Brazil)
6 15 Dis Al Sadd (Qatar) FC Barcelona (Spanyol)
7 Tempat Ketiga 18 Dis Kashiwa Reysol (Jepun) Al Sadd (Qatar)
8 Akhir 18 Dis Santos (Brazil) FC Barcelona (Spanyol)

Jadual Kejohanan Piala Dunia Kelab 2011

TehrDemikian kisah 'Santos Vs Barcelona | Akhir Piala Dunia Kelab 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. fuad ansari says:

    pelik tgk kelab2 besar.. terlalu byk duit.. sampai gaji pemain pun silap2 boleh kalahkan gaji presiden sebuah negara.. bola sudah menjadi bisnes nampaknya…
    fuad ansari baru je tulis kisah ReMaJa DaN aNGRY BiRDs..My Profile

    1. tehr says:

      semuanya kerana bisnes ni, bro
      tapi ada gak kelab yang dibeban hutang

  2. ghost writer says:

    asia versus asia – macam final piala AFC jer.

    Samba Dance versus Fire & Run Catalan – Latino Classico.

    Neymar respect Messi – Messi buat derk jer.
    ghost writer baru je tulis kisah yang tidak dijelaskanMy Profile

    1. tehr says:

      messi dah ada kat puncak dunia sekarang ni

  3. ohcikgu says:

    seperti yang diduga la final ni gamaknya..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pemuda PAS kata Kontrak Baru Beban 8,000 Guru GSTTMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      seperti telahan peminat
      memang tak salah lagi

  4. b3njy says:

    Benjy memang dah agak dah mesti 2 team ni masuk final.
    b3njy baru je tulis kisah BANTUAN RM500 | CERITA PALING HANGATMy Profile

    1. tehr says:

      aku pilih barca jadi juara :D

  5. b3njy says:

    Benjy tidak berapa tahu sangat cara permainan Santos tetapi kalau Barcelona memang corak short pass, ground ball, 1-2 dan through pass, sekali sekala crossing from wing. Memang terbaeikk ! lah.
    b3njy baru je tulis kisah BANTUAN RM500 | CERITA PALING HANGATMy Profile

    1. tehr says:

      kemahiran individu lawan taktikal

  6. b3njy says:

    Barcelona lagi Benjy perasan suka guna fromasi 4-3-3 dan ia nampak sangat seimbang di semua sudut pertahanan, tengah dan penyerang.
    b3njy baru je tulis kisah BANTUAN RM500 | CERITA PALING HANGATMy Profile

    1. tehr says:

      mereka sedang seronok sakan sekarang ni
      tambah lagi lepas kalahkan real madrid hari tu

  7. b3njy says:

    Benjy juga percaya Barcelona akan menurunkan skuad terkuat menjelang pertemuan final nanti.
    b3njy baru je tulis kisah BANTUAN RM500 | CERITA PALING HANGATMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      mereka tak nak malu dengan santos nanti

  8. b3njy says:

    Bola sepak Asia ? … betul kata cikgu, kita masih katinggalan jauh lagi … namun Malaysia baru dalam kategori ‘Panas Enjim’ belum lagi masuk gear 1.
    b3njy baru je tulis kisah BANTUAN RM500 | CERITA PALING HANGATMy Profile

    1. dnoBiz says:

      betul tu ben..
      Cuma harapnya tak ada masalah injin lepas ni hehehe
      dnoBiz baru je tulis kisah Serabai – Oktober dan November yang serabaiMy Profile

      1. tehr says:

        jangan pula masuk gear gostan :D

  9. Norizwan says:

    rasanya barcelona menang ni…hebat tu…
    Norizwan baru je tulis kisah Polis Wanita Pertama Bertudung Di SwedenMy Profile

    1. dnoBiz says:

      heheh aku pula teringin nak tengok santos menang heheh
      dnoBiz baru je tulis kisah Jom Ke KL – Bukan bercuti Tapi Kerja YopMy Profile

    2. tehr says:

      aku sokong barca :D

  10. yas says:

    Yahhh…bener tanggapan aku tempohhari, dan aku rasa pemenangnya ialah Barca….
    yas baru je tulis kisah Family Day Proton – 2011 Sunway LagoonMy Profile

    1. tehr says:

      yeap. barca menang :D

  11. nurmisnan says:

    Aku tak pantau ler bab bola luar negara nih.. hik3
    nak komen pun tak reti.. Skuad harimau reti ler.. har3..
    nurmisnan baru je tulis kisah Sup ketam penawar demam denggiMy Profile

    1. tehr says:

      harimau kita sedang asah kuku kat australia :D

  12. maza says:

    …kalaulah harimau muda boleh layak memasuki liga kelab dunia, tontulah terharu rakyat malaysia.

    ..tapi lawan dlm liga singapura pun kira oklah utk menampak pelan–pelan yg tak tau bila masa akan layak ke pusingan akhir piala dunia.. ahaks..
    maza baru je tulis kisah Mekarlah bunga-bunga indahku…My Profile

    1. tehr says:

      kita kena kontrol asia tenggara dulu empat lima tahun
      lepas tu jadi juara asia
      baru la boleh berangan nak takluk dunia
      hehe

  13. shraqs says:

    Sekarang baru boleh kita tengok siapa player paling hebat, Messi @ Neymar. Tempoh hari kan sibuk kata Messi hebat, Neymar hebat… mesti tengok nih.
    shraqs baru je tulis kisah Etika BloggingMy Profile

    1. tehr says:

      aku tetap pilih messi :D

  14. floyd says:

    Kurang tahu mengenai Santos tapi spt yg diwar-warkan kelab ni memang tersohor di Amerika Selatan.

    May the best team win.
    (From M.United supporter)
    floyd baru je tulis kisah Atkinson Clock Tower to StayMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun sokong man utd
      tahun ni dah terkeluar pulak cabaran eropah
      huhu

  15. dnoBiz says:

    Bila agaknya Pasukan dari Malaysia boleh bersaing dengan mereka….
    dnoBiz baru je tulis kisah Buta Agama – 4 tahun habuan Mat RempitMy Profile

    1. tehr says:

      lambat lagi, dno
      tahun 2020 pun belum tentu

  16. akubiomed says:

    Saya mahukan kelibat Neymar dan Messi bertembung di perlawanan akhir nanti. :-)

    1. tehr says:

      memang sah dah akan bertembung, bro
      kita tenok je nanti siapa lebih hebat

  17. titan says:

    ni neymar punya pasallah kashiwa tak lepas..grrr..
    titan baru je tulis kisah Komisen pertama dari AddMathTambahan.bizMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      neymar lebih kacak, bro
      nak buat macam mana :D

  18. imran says:

    pukul brape santos vs barcalona lawan

    yg penting neymar terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun