cahayacinta dululainsekaranglain apacerita
tak kenal maka tak cinta
ahmadfaizal pondokkecil sudais-sudais
tehramuan

Sampah Angkasa Lepas

Masih dalam mood angkasa. Maklum sahaja semalam merupakan hari perkahwinan angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor di mana majlis akad nikah telah dilangsungkan sebelah pagi manakala majlis persandingan pula berlangsung pada sebelah malam.  Tetapi entri ini hanya berkisar mengenai sampah. Adakah sampah di angkasa lepas?

Menurut Kamus Dewan, sampah ialah benda-benda yang dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yang tidak dikehendaki. Di angkasa juga terdapat banyak benda-benda yang yang tidak digunakan seperti ini. Contohnya seperti satelit yang rosak, roket penggalak dan tangki bahanapi.

Sejak 1957 apabila Sputnik 1 milik Soviet Union dilancarkan sehingga sekarang, sukar untuk digambarkan berapa banyak bahan terbuang yang sedang memenuhi ruang angkasa lepas. Ada juga antaranya yang jatuh ke bumi samada di darat atau laut. Bahayanya kalau jatuh di kawasan berpenghuni. Menurut laman Majlis Keselamatan Negara, hanya tujuh peratus (7%) satelit yang masih berfungsi sementara yang lain-lainnya telah menjadi sampah di ruang angkasa.

Kereta baharu cantik berkilat
Pemandu pula bergaya sangat
Buang sampah selalu tak ingat
Buka tingkap di jalan mendarat

Rumah cantik hiasan bergaya
Kemas aturan mendamai mata
Tetapi sampah kuranglah dijaga
Hanya sekadar di luar tong sahaja

Sampah di bumi memang biasa kita lihat. Budaya buang sampah merata-rata masih tebal dalam masyarakat. Dan inilah masalah kita sebenarnya. Biar pun berbagai teknologi baru dicipta untuk melupuskan sampah sarap, selagi sikap manusia tidak berubah, selagi itulah masalah sampah tidak dapat dihapuskan. Seterusnya berbagai penyakit berkaitan sampah dan kebersihan pula akan menyusul kemudiannya.

Adakah di dalam badan kita juga ada sampah? Atau fikiran juga mengandungi sampah?

TehrDemikian kisah 'Sampah Angkasa Lepas' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



31 Comments

  1. padin says:

    Salam tehr…
    emm setuju selagi sikap manusia belum berubah
    sampai bila masalah ni akan timbul

    sikap acuh x acuh saja, walaupun tong sampah besar dah di sediakan haha

    1. tehr says:

      setiap hari berperang dengan sampah dalam bilik darjah

      tapi tak kisah sebab mereka masih kanak2
      yang kat dunia luar ni orang dewasa, dah cerdik pandai semua

  2. wadud@duad says:

    time kasih atas info bro.. :-)
    baru tau ada jugak rupenye sampah kat angkasa..hehehe..

    1. tehr says:

      sambil2 sembang dengan pakcik google, jumpa pula sampah di angkasa lepas

      kalau boleh jual besi buruk, banyak juga tu

  3. kami says:

    aii kat angkasa lepas pun buang sampah ker..
    manusia2, jgn sampai jatuh kat malaysia sudah..:)

    1. tehr says:

      perangai manusia
      bayi baru lahir pun ada yang buang macam sampah

  4. afiqbukhari says:

    selalunya pemikiran kite sendiri yang sampah..bukannya susah nak buang sampah ke dalam tong sampah..
    kat ruang angkasa tu,sama ada jatuh ke bumi atau hilang disedut planet2 lain huhu
    afiqbukhari baru je tulis kisah Adapter Porak Perandakan Hidup Buat Sementara WaktuMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, afiq
      memang otak penuh dengan sampah agaknya

  5. zik says:

    sampah2 ada dimana-mana …macam negara development.. deme dah boleh proses bahan sampah nie jadikan kepada benda yang boleh diproses… untuk jadi bahan yang boleh digunakan..tak ingat jadi apa…
    zik baru je tulis kisah 12maut- nahas kemalangan di SerembanMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu. zik
      kalau rajin dan berilmu, sampah pun masih dikitar lagi
      memang banyak gunanya

  6. mijie says:

    yang tak tahan bila di tengah jalan ada orang buang sampah dari cermin keter…memang kurang ajar :)

    1. tehr says:

      ya la mijie
      kadang2 bila ikut kereta ni, sepanjang jalan, elok je mereka buang kulit buah2an

  7. zulkbo says:

    salam..
    memang realitinya..
    hidup kita dengan sampah
    tidak boleh di pisahkan..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Makin Lama Makin Melampau Sikap Orang MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sampah tu memang la ada
      cuma buang merata-rata ni yang tak elok

    2. ray ban says:

      100 tahun lagi kat mana la sampah ni nak dibuang

  8. cikpia says:

    sampah masyarakat kira caner lak??? =)
    cikpia baru je tulis kisah 10 10 10My Profile

    1. tehr says:

      sama juga ni, cikpia
      payah nak kitar semula

  9. gnesop says:

    mmg sampah dan manusia tidak dapat dipisahkan..
    di situ ada manusia, di situ ada sampah..
    yg penting bgmana smpah tersebut diuruskan..

    moga rakyat Malaysia peka terhadap perkara ini dan tidak membuang merata-rata..

    nice entry tehr
    gnesop baru je tulis kisah Kemalangan ngeri – 12 maut tragedi lebuh rayaMy Profile

    1. tehr says:

      pasal sampah ni, ada 2 kejadian aku tengok hari2, sop
      satu buang sampah melalui tingkap kereta
      keduanya letak sampah di tepi tong, kemudian datang kambing ke, ayam ke, bersepah semuanya

  10. suri says:

    salam..
    rumah baru..
    baik jangan jadi sampah masyarakat..jadilah manusia yang berilmu kelak diri kita juga akan d hormati d segani ;)

    1. tehr says:

      sampah masyarakat ni lagi payah nak dihapuskan
      maklum saja, kekadang sampah ni cerdik juga

  11. afiq aiman says:

    sampah…huhu takut ayt tu..yg paling takut sampah masyarakat…kita kena banteras spesis tu baru dapat bina satu kelompok masyarakat yg padu dari segala aspek
    afiq aiman baru je tulis kisah 101010 Dalam KenanganMy Profile

    1. tehr says:

      payah2…
      sampah masyarakat ni pandai menyamar

  12. sangilapi says:

    gara-gara sampah,Pulau Sipadan sewaktu dulu pernah menjadi syurga penyelam sekarang sudah tinggal kenangan :(

    tapi yang menyakitkan mata dan jiwa adalah sampah masyarakat – tanpa mengira status mereka.
    sangilapi baru je tulis kisah banyak halanganMy Profile

    1. tehr says:

      aku pernah ke tioman je, sempat juga tengok batu karang
      pasal sampah masyarakat ni, payah nak cerita
      ada kat tempat tinggi, ada juga kat tempat rendah

  13. sampah masyarakat itu pun sampah jugak…iskx2
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah Laporan Bajet 2011My Profile

    1. tehr says:

      yups, paling susah nak dibersihkan

    2. ray ban says:

      sampah masyarakat sampah negara
      ray ban baru je tulis kisah Original wayfarer green lensMy Profile

  14. Ladfe Amir says:

    Sampah oh sampah.
    sebenarnya walaupun kita anggap sesuatu benda itu sampah, masih ada juga manusia yg berjaya memanafaatkannya, boleh jadi punca rezeki lagi.

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro amir
      orang kreatif ni banyak untungnya
      asal jangan tikus membaiki labu
      hehehe

  15. ray ban says:

    mengubah sikap manusia ni bagainakan nak mengubah sebuah gunung….
    ray ban baru je tulis kisah Original wayfarer green lensMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar