Samba Jadi Sambal

Kesudahannya bola sepak Brazil yang terkenal dengan rentak samba jadi sambal belacan. Jerman kenduri gol 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA awal pagi semalam.

Budak-budak menari-nari,
Menari-nari sepanjang jalan;
Segala nampak tidak menjadi,
Samba dah jadi sambal belacan.

Memang tak sangka. Hari tu di pusingan awal peringkat kumpulan, terkejut dengan kekalahan teruk juara dunia, Sepanyol yang dibelasah Belanda 5-1. Kali ini juara 5 kali, Brazil pula kalah teruk dibelasah oleh Jerman 7-1.

Letih menari mahu menangis,
Air mata mencurah-curah;
Kalah begini memang tragis,
Paling teruk dalam sejarah.

Thiago Silva

Nampak sangat Brazil perlukan Neymar mengetuai bahagian serangan. Mereka hanya dapat 1 gol sagu hati ketika perlawanan hampir tamat. Ketiadaan ketua pasukan, Thiago Silva di bahagian pertahanan pula membolehkan Jerman menjaringkan 7 gol.

Sebenarnya aku suka Brazil kalah. Aku sokong Belanda kali ni…

Ha ha ha…

TehrDemikian kisah 'Samba Jadi Sambal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. Nia Mk says:

    Score yang menyebabkan Brazil kalah tu yang buat tersedak tu, banyak sangat.
    Nia Mk baru je tulis kisah Set Shaklee Bulan Puasa Untuk Semua GolonganMy Profile

    1. TehR says:

      memang tak siapa sangka brazil boleh kalah macam ni
      sejarah hitam bola sepak brazil

  2. Cik Siti says:

    sian Brazil… belum sempat nak panas badan dah masuk gol.

    Apa pun Go Argentina!
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Malam RayaMy Profile

  3. akubiomed says:

    Memang menjadi sambal pasukan Brazil ini.
    akubiomed baru je tulis kisah Ada apa dengan jumlah entri 888My Profile

  4. Padin says:

    hah xpe 3/4 nnt brazil bole menang dgn belanda :D
    kikii

  5. kakyon says:

    walau pin tak minat bola..tapi mengikuti juga perkembangan. nasib baik orang rumah tak sokong Brazil. kalau tak.. harus buatkan sambal belacan selama 7 hari..hihi
    kakyon baru je tulis kisah gajet untuk dapurMy Profile

    1. suri says:

      haa kalau sokong kena bahan ini degar dekat radio sinar. apa bukan rezeki tuan rumah
      suri baru je tulis kisah Doa Putus Cinta, Putus Tunang, Bercerai Suami IsteriMy Profile

  6. suri says:

    kalau jadi sambal dah boleh makan ar heeee
    suri baru je tulis kisah Bergoyang Cara Mudah Membuat Aneka Cakoi Sedap Dan Donut Lembut Tahap KecurMy Profile

  7. dja@sishaza says:

    Ehh dia sokong Belanda pulak dah …. heheh ;-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah RESEPI BISKUT RAYA SEDAP DAN GEBUMy Profile

  8. nasib baik saya bukan penyokong Brazil.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Vivix Suplemen Anti Aging TerbaikMy Profile

  9. Belanda pun dah selamat dah. Tak layak ke final. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Tak Perasan Dapat CPUVMy Profile

  10. haha..bersambal laaa depa
    syaifuddin alias baru je tulis kisah JIHAD : Cara Derma SMS Ke Tabung AMAN PALESTINMy Profile

  11. Anuar says:

    Kesian melihat pasukan Brazil yang kalah besar 7-1 kepada Jerman di halaman sendiri… huhuhu
    Anuar baru je tulis kisah Kempen Derma dan Shopping Untukmu GazaMy Profile

  12. titan says:

    dah agak dah diorang akan kalah.

    memang sebab utama neymar tak main. Kalau neymar main..ada harapan nak menang.
    titan baru je tulis kisah Buffet Ramadhan Casa Ombak – 8 Sebab aku dan bini kena CUBA.My Profile

  13. saya pun tak tau harus berkata apa,.. tim dengan segudang pengalaman harus takluk dengan skor yang tidak masuk akal,… 7-1,sebuah rekord baru dalam gelaran piala dunia,benar2 sial,padahal saya menjagokan brazil…..
    Zulham Efendi baru je tulis kisah Villa Diana Bali Yang NyamanMy Profile

  14. Hero Borneo says:

    seronok tengok Jerman membelasah Brazil!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Pengakuan Terbuka Blogger Hero BorneoMy Profile

  15. onlajer says:

    ini samba ke sambal

    samba boleh sambal pun boleh hehehe
    onlajer baru je tulis kisah Kacang Soya Juga Yang Dijadikan ModalMy Profile

  16. Ismail N says:

    Rasanya Brazil lebih merasa ketiadaan Thiago dari Neymar. Pertahanan kucar kacir tanpa leader yg sebaik Thiago. Adehh..
    Ismail N baru je tulis kisah World Cup 2014 Semi-Final 1: Brazil Gone In Six Minutes!My Profile

  17. Kamil Salleh says:

    Bukan sekadar Brazil kalah teruk, Belanda juga gagal ke final kalah dgn Argentina.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

  18. amirulfaiz says:

    Sambal goreng ikan bilis, makan dengan nasi putih, fuhh.. terbaik. 7 bintang. Hehe.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Israel, Palestin, Sistem Kibutsats.My Profile

  19. suri says:

    kini kita dah tahu sapa pemenang sepenuhnya..

    p/s: erk..mana encik tehr pergi eh sekarang ni agak jarang sungguh up entri dekat blog kenapa eh? kurang sihat ker atau ada kerja part time heee..

    salam ramadhan ya
    suri baru je tulis kisah Pengalaman Mencabut Gigi Geraham Bongsu Bawah BerlubangMy Profile

  20. Mohd Shubhi says:

    kesian kat brazil…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Keusahawanan dari Shah Alam Ke Sant’ AgataMy Profile

  21. hanari says:

    Memang jagoanku saya jerman betul-betul jagoan.
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun