Salahnya Bisnes Orang Kita

rindu
mengapa rindu hatiku
tiada tertahan

Rindunya nak mengadap blog. :D Hampir seminggu juga tiada apa-apa yang sempat ditulis dan selama itu juga aku tak dapat menjenguk blog rakan-rakan. Korang rindukan aku ke? Tak? Laaaa… Malu pulak rasa. Huhuhu…

aku ada tidak ke mana-mana
semua notebook punya cerita
tiba ketika rosak barang lama
rela aku beli yang baru punya

belum sebulan bersama kami
notebook baru tidak berfungsi
terpaksa dihantar untuk dibaiki
hard disk drive ditukar ganti

Aku biasa beli barang komputer dekat kedai orang kita. Dah lama dan dah banyak yang dibeli, tapi notebook baru tu aku beli dekat kedai bangsa lain kerana hari aku nak beli kedai tempat biasa tu tutup. Masa hantar notebook untuk baiki hari tu baru aku perasan. Bisnes bangsa lain siap mendaftar barang yang dibeli, jadi tiada apa-apa masalah bila ke pusat servis.

Lain ceritanya dengan Galaxy Tab yang aku beli di kedai orang kita. Walau pun dah lama dibeli, bila tiba masanya rosak dan kita ke pusat servis, mereka tak boleh terima. Tak daftar katanya. Terpaksa pula aku menerjah ke kedai orang kita tempat aku beli Samsung Tab tu sambil membawa pantun kecewa. :D

galaxy tab 7.0 plus

Aku bukan nak kutuk, cuma sekadar memberi nasihat. Apa-apa hal pun perlu diberi perhatian, tak boleh ambil mudah. Jangan pula membebel bila orang kita sendiri yang tak mahu membeli barang di kedai orang kita, kerana salahnya memang salah kita.

TehrDemikian kisah 'Salahnya Bisnes Orang Kita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


61 Comments

  1. donnyien says:

    nasib baik bukan aku yang beli samsung tu lol..

    1. tehramuan says:

      nasib tak baik aku pulak yang beli :D

  2. Ramai org kita masuk bisness secara bidang terjun lepas berhenti kerja.. :D Tak sama dgn yg bangsa lain yg membesar dgn enviroment bisness. Eventually they will learn dan catch up. Cuma masy kita msh tak galakkan bisness… hmmm… tu yg slow down kan development bisness org kita . IMO.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Has AES Revealed The Truth About Motorist In Malaysia?My Profile

    1. tehramuan says:

      satu daripada puncanya
      mereka memang besar dalam kedai
      hehe

  3. Cik Siti says:

    berniaga memang bagus. namun tak ramai yang berani nak ambil risiko.
    Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

    1. tehramuan says:

      kerana kurangnya ilmu dan tak mahu cari ilmu
      sebab tu tak berani ambil risiko

  4. cikgu naman says:

    yeke..susah lah kalau tk daftar nak claim warranty kan

    semoga orang┬▓ kita dapat berbisnes dengan lebih baik dan maju..janganlah fikir nak untung je
    cikgu naman baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir Ketiga Darwisy!My Profile

    1. tehramuan says:

      susahnya bila kita tinggal jauh dari kedai tu, cikgu

  5. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    kelemahan orang kita dalam perniagaan
    nak untung cepat..”no return customer”
    berbeza bangsa cina,konsep mereka untung
    sikit tak pe,janji customer kembali membeli lagi
    (pengalaman kerja saya dengan mereka selama
    20 tahun lebih)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Basikal Kadbod (Cardboard Bicycle) Basikal Masa Hadapan Yang Mesra AlamMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      betul dan sangat sokong
      untung sikit tapi bila jualan banyak, untung akan jadi banyak juga

  6. Jamal Ali says:

    Menjaga hati pelanggan adalah lubuk wang yang berpanjangan.

    Menjaga hati sendiri adalah lubang kubur perniagaan sendiri.

    Hehehe.
    Jamal Ali baru je tulis kisah Warkah Yang Makin JauhMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      jangan la buat hal dan gaduh dengan pelanggan
      masuk jerat sendiri la tu

  7. rahman says:

    nampaknya peniaga tu dah kehilangan seorang customer.. kan dah rugi :)
    rahman baru je tulis kisah Khasiat minyak ikanMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada kemungkinan juga :D

  8. fiezaradzi says:

    itu yg tak bestnya bila beli dari kedai macam tu tu.. susah service after beli tu.. berniaga biar betul2 kot kan…
    fiezaradzi baru je tulis kisah Terima Kasih Daun KeladiMy Profile

    1. tehramuan says:

      bila jadi macam ni
      pelanggan perlu kemukakan bil pembelian
      perlunya bil disimpan dengan selamat

  9. amirulfaiz says:

    Wah, semakin canggih la, guna Tab sekarang. Aduhai bangsaku, bangkitlah. Akan ku ambil iktibar dari pantun kecewa ini.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Hari Interaksi, Kenduri Kahwin, Hari Lahir.My Profile

    1. tehramuan says:

      tak canggih mana juga, bro
      lagi pun hadiah tu
      dah orang bagi, aku ambil je :D

  10. wazy says:

    Susah juga kalau tak berdaftar tu,hmm
    wazy baru je tulis kisah Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan KeletihanMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang menyusahkan kita sebagai pembeli dan pengguna

  11. hafizmd says:

    As salam Cikgu,
    Rindu pasti tak tertahan sudahkan?hehe

    Gitulah nampaknya cara2 org kita niaga..walaupun tak semua yg jenis camni, tp sikit sebanyak tak best jugak…

    Ape2pun, sama2 kita ambil iktibar =)
    hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #7 Mandi Kolam?My Profile

    1. tehramuan says:

      sangat tak best bila kena macam ni
      tapi hak kita mesti dituntut juga sampai dapat
      hehe

  12. betul. berniaga perlu ada sensitiviti tinggi
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah abang tak faham??My Profile

    1. tehramuan says:

      yups, jangan hanya mahu nampak untung je :D

  13. Amirez says:

    tu yang malas dah nak beli kat kedai orang kita. niat asal nak tolong depa, tapi depa pulak tak nak tolong kita…
    Amirez baru je tulis kisah Gajet Pun Ada PerasaanMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang ada segelintir yang ambil mudah
      mereka tak fikir kesan bila pelanggan marah

  14. de engineur says:

    Klu x silap barangan Samsung (smartphone, Tab) yg Tak didaftar utk warranty ni dorang jual jauh lbh murah. Tapi klu rosak kena bayar lebih.

    It’s better to register your purchase.
    de engineur baru je tulis kisah How many trees are needed to provide enough oxygen for one person?My Profile

    1. tehramuan says:

      tu pasal la yang aku geram ni
      aku beli dengan harga biasa dan di kedai biasa aku beli barang
      mereka memang mesti daftarkan juga Tab aku tu walau pun dah lewat :D

  15. semoga menjadi pengajaran buat peniaga lain…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Memadamkan Api Di Rumah | Nyaris Rumah Baru Aku TerbakarMy Profile

    1. tehramuan says:

      pengajaran untuk kita juga yang keluarkan duit :D

  16. azura says:

    xperia sola saya pun dah buat hal beli smartphone tapi tak smart pun
    azura baru je tulis kisah Banned Blog Sendiri secara tak sengajaMy Profile

    1. tehramuan says:

      terpaksa la ke pusat servis tu, azura

  17. Puan Bardboo says:

    jadi masalah nya kat kita la kan bila barang tu rosak tapi tak berdaftar pulak..
    Puan Bardboo baru je tulis kisah Bersalin Nanti Di Mana?My Profile

    1. tehramuan says:

      memang dah jadi masalah pada kita

      apa yang saya lakukan
      pergi ke kedai tempat barang dibeli dan minta mereka uruskan semuanya dengan menunjukkan bil pembelian

      syukur mereka masih sedia untuk uruskannya

  18. padin says:

    umm, memang selalu juga topik ni keluar masa lepak2 dgn member, heh
    padin baru je tulis kisah Cerita Atau Pelakon?My Profile

    1. tehramuan says:

      antara topik hangat peminat gajet terkini :D

  19. titan says:

    nak buat macam mana..memang dari dulu peelnya macam tu..
    titan baru je tulis kisah Apa kes lu benci sangat tengok Malaysia main??My Profile

    1. tehramuan says:

      entah bila la mereka ni nak sedar
      saingan dalam bisnes pula makin bertambah

  20. Eizil says:

    Ini antara sikap yang perlu dikikis dalam diri kita untuk memastikan perniagaan terus maju dan boleh berdiri seiring dengan perniaga dari pelbagai bangsa.
    Eizil baru je tulis kisah Pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhirMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul
      sikap kita yang menentukan kejayaan untuk diri kita

  21. shraqs says:

    Apa dah jadi ngan Tab tu cikgu?
    BTW, kalau beli barang elktronik yang mahal2 memang kena pilih betul2, especially service after sales.
    shraqs baru je tulis kisah Walking Dead S03E01 – SeedMy Profile

    1. tehramuan says:

      terpaksa kembali ke kedai dan minta mereka uruskan
      mujur juga mereka sanggup buat :D

      1. onlajer says:

        Alhamdulilah
        onlajer baru je tulis kisah RUKUN – RUKUN HAJIMy Profile

  22. Ni la masalah orang kita. Perkhidmatan lepas jualan memang tidak dititik beratkan langsung. Apa yang penting bagi dorang barang jual dan dapat untung sahaja.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Wordless Wednesday | Pemain Baharu Chelsea?My Profile

    1. tehramuan says:

      ya la
      penting untuk menarik pelanggan datang kali kedua, ketiga dan seterusnya berkali-kali

  23. Cikgu Hairul says:

    Sedih dengan sikap bangsa kita. Bila ada yang mengata, dikata kita tak support bangsa sendiri. Bila dah diberi kepercayaan, macam-macam mereka mengenakan pengguna.

    Pengalaman mengajar kita. Tapi kalau tak nak belajar, akan kekal lah macam tu sampai bila-bila.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Bahaya ubat diabetes dan darah tinggi kepada pesakitMy Profile

    1. tehramuan says:

      harap2 aku tak serik dengan kejadian ni :D

  24. maza says:

    memang benarlah apa yg dikatakan oleh cikgu itew..

    kekadang bukan tak nak sokong deme semua itew.. tapi perangai dan senyuman barakah tu mcm tak ada.. aderkkkk
    maza baru je tulis kisah Pantang larang cermin sisi motorMy Profile

    1. tehramuan says:

      rasanya molek kita berikan peluang kedua
      kalau lebih dua kali, memang boleh lupakan kedai tu
      hehe

  25. Ajumohit says:

    selain buat sales, kita mesti offer others contohnya servis and spare part, selain marginnya tinggi, customer will stay with us
    Ajumohit baru je tulis kisah WW ~ Simple CelebrationMy Profile

    1. tehramuan says:

      mendapat pelanggan tetap tu yang penting
      untung berpanjangan, kan?

  26. Hafizul says:

    maksudnya tak daftar warranty ke?mungkin dia lupa kot..tu la kan..bab beli jangn serah 100% kat penjual jer..kadang2 kena tanya jugak..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Giveaway Hatiputera.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada kemungkinan juga mereka lupa

      1. suri says:

        ke bro yg lupa nak cek hee.. leka benda baru lupa nak semak kad jaminan heee..
        suri baru je tulis kisah Ada Blogger Sakit Hati !My Profile

  27. akubiomed says:

    Susahlah kalau ada masalah waranti kerana kelalaian perniaga sendiri. Kita sebagai penguna menjadi mangsa pula.
    akubiomed baru je tulis kisah Hot Chicks or Hot Bikes?My Profile

    1. tehramuan says:

      dalam kes aku ni, bagus juga kerana mereka masih sedia untuk uruskan

    2. suri says:

      hoo kad waranti brg rupanya heee
      suri baru je tulis kisah Panas Wei !My Profile

  28. suri says:

    daftar tu maksud bro dari segi brg ker apa? plz jelaskan…
    suri baru je tulis kisah Panas Wei !My Profile

  29. suri says:

    caner melayu berniaga cam tu main cincan boncai…
    suri baru je tulis kisah Ada Blogger Sakit Hati !My Profile

  30. suri says:

    selepas ini bolehlah berblog di mana jua
    suri baru je tulis kisah Pinkest DolphinMy Profile

  31. Naziman says:

    haha, sambil membawa pantun kecewa ya. haha
    Naziman baru je tulis kisah Lagu 60an Pop Yeh Yeh terbaik Koleksi sayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun