Sahabatku Ketagih Internet

sesekali internet meragam
bunga hati menjadi dendam
kepala pening serta demam
walau hanya separuh malam

sesekali terputus hubungan
rindunya pada kawan-kawan
terasa seperti hilang panduan
sesat di sepanjang perjalanan

sesekali internet dah tiada
bukankah bagus untuk kita
keluar menjenguk seketika
bertanya khabar jiran tetangga

sesekali internet menghilang
cubalah membelai sayang
mesra yang kian melayang
di setiap malam dan siang

sesekali internet merajuk pergi
kamu wanita atau pun lelaki
cubalah bertanya kepada hati
mengapakah kita berada di sini

Berdasarkan data yang diperoleh pada 2006, Korea Selatan menganggarkan kira-kira 210,000 kanak-kanak di negara tersebut yang berumur di antara enam dan 19 tahun menghadapi masalah ketagihan Internet dengan 80 peratus daripadanya memerlukan rawatan psikotropik dan 20 hingga 24 peratus lagi perlu dimasukkan ke hospital. – Utusan Malaysia 02/04/2009

TehrDemikian kisah 'Sahabatku Ketagih Internet' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun