Rungutan Si Gadis

Hidup kita memang telah, sedang dan akan melalui sesi perpindahan. Dari alam roh kita berpindah ke alam rahim. Kemudian berpindah ke alam dunia dengan perintah melakukan amalan yang baik.

Kelak kita akan berpindah lagi ke alam barzakh menunggu sehingga kiamat. Seterusnya kita ke alam mahsyar untuk proses pengiraan amal yang akan membawa kita ke perhentian terakhir sama ada syurga atau neraka.

bila sesekali jumpa masalahpindah
memang terasa amat payah
seperti cita tersekat sudah
mahu sahaja untuk berpindah

dulunya langkah terasa indah
apa pilihan nampaknya mudah
sesuka hati untuk mengubah
tapi sekarang semuanya susah

bukan salah kalau berhijrah
untuk mencari keredaan allah
jangan hanya kerana musibah
atau pun lari dari masalah

Hidup tidak akan dapat lari dari masalah dan masalah itu pula untuk diselesaikan bukan untuk ditinggalkan. Seperti kata pepatah Melayu, bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Entri ini hadir bila mendengar rungutan anak gadis remaja saya tentang kehidupannya di sekolah.

TehrDemikian kisah 'Rungutan Si Gadis' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. mie says:

    rungutan…
    itulah yang sentiasa ada dlam jiwa..
    ketidak puas hati…
    ehheee
    mie baru je tulis kisah Coming Soon!!My Profile

    1. tehr says:

      payah juga nak selami hal gadis remaja ni
      aku cuba sedaya upaya
      insya allah

    2. mie says:

      biasa la..
      dunia remaja gadis memang susah sikit..
      ehehee
      mie baru je tulis kisah Contest – Kisah Pelaut Terlampau PilihanMy Profile

  2. terima kasih..sy aplikasikan nasihat ini utk saya juga ye:)

    1. tehr says:

      saya tak reti sebenarnya nak nasihatkan anak gadis :D

  3. padin says:

    betul tu, selagi kita lari dari masalah, ia xkan ke mana2..
    kita perlu hadapinya,

    1. tehr says:

      harap2 anak2 remaja dan siapa juga bijak menghadapi masalah

  4. Norgadis says:

    Anggaplah masalah itu satu dugaan dan hadapilah ia dengan sabar, insyaAllah kita akan menjadi manusia yang lebih tabah.

    1. tehr says:

      insya allah, nor
      kita mengharpkan yang terbaik untuk mereka

  5. akubiomed says:

    Sama dengan kita semasa zaman sekolah dahulu tak sabar nak bekerja kerana rasa seronok kalau dapat pegang duit. Berangan hendak beli ikutkan rasa hati tapi apabila sudah bekerja bukan senang hendak mencari sesuap nasi :-)

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      budak2 sekarang sangat tidak sabar

  6. adah says:

    orang kata…

    “orang yang dapat mengatasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi adalah orang yang berjaya…orang yang lari dari masalah adalah orang yang gagal”…

    renung2kan…hehe
    adah baru je tulis kisah Ayam kampung dah mampusMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, adah
      takkan selamanya dapat lari

  7. toyol says:

    anak sedara TK yg baru usia 3 tahun pnh cakap TK pengecut..
    aduh! tertampar rasanya bila seusia itu dh pandai cakap sebegitu..
    huhu..
    betul, TK perlu berani hadapi kenyataan dan masalah..
    peringatan untuk diri sendiri..
    malu kt anak buah..
    toyol baru je tulis kisah MOTIVASIKAN DIRI SENDIRIMy Profile

    1. tehr says:

      menghadapi masalah juga kena belajar
      kertas ujiannya sangat banyak
      markahnya kita tentukan sendiri

  8. kaizen says:

    setuju… masalah mesti diselesaikan… tak kira seberapa besar pun.
    kaizen baru je tulis kisah MeMPeRCaYai SeSeoRaNGMy Profile

    1. tehr says:

      dan tak kira juga berapa kecil pun
      hehe

  9. Ismail N says:

    betul tu cikgu. makin besar anak, makin banyak yg terfikir dikepalanya dan dirungutkannya. ibubapa kenalah cekal menghadapinya.

    1. tehr says:

      karenah mereka memang berderet
      kadang2 tak sempat nak faham :(

  10. Salam.
    Masalah adalah ujian daripada tuhan kerana dia sayangkan kita.
    Cuba selesaikan masalah itu sebaik mungkin, nescaya akan ada hadiah yang menanti kita kemudian.

    1. tehr says:

      yups
      insan yang tuhan sayang akan selalu diuji

  11. ghost writer says:

    setiap dari kita tetap akan melakukan penghijrahan abadi…
    ghost writer baru je tulis kisah reprieveMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah kita akan sentiasa di jalan yang lurus

  12. zulkbo says:

    salam..
    setakat nih belum dengar
    keluhan anak dara saya lagi
    lah..agaknya tak berani nak
    luahkan ke saya..
    zulkbo baru je tulis kisah Hanis Zalikha Pun Kalah Dengan Nursyella KamarudinMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      anak saya ni sesekali akan rujuk kepada saya
      dalam keadaan biasa, hanya isteri saya je

  13. cikbelog says:

    anak gadis baru nak mengenal masalah. semoga dapat hadapi dengan tabah ;)
    cikbelog baru je tulis kisah Makan Lempeng Cicah Asam Pedas sedap ke My Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      moga2 mereka akan cepat belajar dan faham

  14. sud@is says:

    setuju hidup x boleh lari dari masalah
    terpulang cara bijak menangani masalah
    sud@is baru je tulis kisah Alor Setar Kabus- Panas dan KeringMy Profile

    1. tehr says:

      cara bijak berpandukan pengalaman sendiri dan orang lain
      insya allah

  15. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    kadang rungutan itu membina…. rungutan juga luahan perasaaan… kalau tak luahhhh di pendammmmm parahhhhhh wehhhhhh
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip Tanggal dan Pasang Sticker Road Tax KeretaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      memang sangat perlu untuk diluahkan pada tempat yang sewajarnya

  16. tips-kurus says:

    setiap orang ada masalah masing2…:-)
    tips-kurus baru je tulis kisah macam ba alif ba ya !!!!My Profile

    1. tehr says:

      … sampai bila2 kita diuji dengan masalah

  17. MDHAFiZ.NET says:

    jangan takut berpindah.. jgn rasa berat hati sudah…
    jgn pernah berubah…hehehe.. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Adobe Photoshop CS5 Tutorial – How To Change The BackgroundMy Profile

    1. tehr says:

      berpindah ke arah yang lebih baik

  18. suri says:

    syukur dia telah meluahkan..baik dia ckp pada ibu bapa dari gadis bercakap pada bukan ahlih keluarganya sndri huuu

    1. tehr says:

      ya la suri
      nasib baik juga dia luahkan pada saya
      lega juga bila tahu apa masalah dia

  19. catzer says:

    aku suke klasifikasikan bebudak skang berani tak bertempat dan lebih teruk lagi..ramai yg kurang assam dengan org yg lebih tua..
    catzer baru je tulis kisah Dell Dah Ada Kawan BaruMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      mereka dah salah guna sifat berani yang ada

  20. etomyam says:

    masalah dan isu mengajar seseorang menjadi lebih matang dan berpengalaman…mungkin anak gadis tu dalam proses pembelajaran hidup tu kot :D
    etomyam baru je tulis kisah SEO Tips- Trafik Konsisten VS Trafik SegeraMy Profile

    1. tehr says:

      memang dalam proses, bro
      dan kita orang tua akan cuba membantu sedaya upaya

  21. zik says:

    masalah si gadis ini jangan dipandang ringan , takut2 ia ada kaitan masa hadapan???
    zik baru je tulis kisah Manfaat rumput laut- sejarahnyaMy Profile

  22. decrewz says:

    Betul2.. Kehidupan bukannya sesuatu yang mudah… Tengok pada luaran nampak mudah, tapi dalaman x siapa yang tahu..
    decrewz baru je tulis kisah Cara periksa gambar palsuMy Profile

  23. titan says:

    apa masalah sebenarnya gadis tu???
    titan baru je tulis kisah Macam mana nak buat duit dari program AffiliateMy Profile

  24. Cik Siti says:

    semakin kita maju semakin rumit kehidupan ini… semuanya memerlukan kekuatan mental…
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Siti KembaliMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun