Rumput Belalai Gajah Sudah Bertunas

Al-Kisah abang ipar aku selalu bertanya bagaimana cara nak kawal sakit gout beliau. Sudah suratan takdir, suatu hari beliau berjumpa dengan seseorang ketika mengail ikan di sungai. Ada pun mereka saling tidak mengenal antara satu sama lain dan itu adalah kali pertama mereka bertegur sapa.

“Nampak macam sakit gout tu?”

“Ya la, bang. Tak tahu nak ubat macam mana dah ni.”

“Cuba cari daun belalai gajah. Boleh buat ubat gout.”

Gegak gempita seantero rumah kami perihal daun belalai gajah penawar penyakit gout. Jenuh ditanya dan disoal ahli keluarga, tiada seorang pun yang mengenal akan ubat herba rumput belalai gajah ini. Adakah ia seperti gajah atau sebesar gajah?

Sabah Snake Grass

rumput belalai gajah

Rumput Belalai Gajah

Kebetulan beberapa hari kemudian aku jumpa Cikgu Abah dekat rumah kenduri. Terus saja aku tanya apa kebaikan dan khasiat rumput belalai gajah ini. Kata Cikgu Abah rumput belalai gajah memang boleh buat ubat sakit gout. Blender dengan sebiji epal hijau. Cikgu Abah juga bagi tahu, pokok belalai gajah ni ada dekat rumah Ustaz.

Ustaz pula bagi tahu, beliau sering juga makan daun rumput belalai gajah ni. Buat ulam. Nasib aku kurang baik kerana Ustaz baru saja tebas rumput belalai gajah di tepi rumah. Jadi masa tu, tak dapatlah aku ambil batang yang dah tua untuk ditanam di rumah. Hanya ambil daun sahaja untuk abang ipar buat ubat sakit gout dia.

Rumput bukan sebarang rumput,
Rumput bernama belalai gajah;
Semput bukan sebarang semput,
Semput kakinya bengkak sudah.

Sekarang batang rumput belalai gajah yang aku ambil dari rumah Ustaz beberapa hari lepas sudah pun bertunas. Senang saja cara tanam rumput belalai gajah ni. Hanya ambil batang yang agak keras dan cucuk je kat tanah atau dalam pasu. Insyaallah.

Jangan lupa siram air. :D

TehrDemikian kisah 'Rumput Belalai Gajah Sudah Bertunas' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. hafizmd says:

    Allah dah tulis jalannya…insyaAllah sembuh…ameen ameen ameen.

    Ambe pernah dgr tp tak pernah tgk lagi
    Terima kasih Cikgu Tehr sudi berkongsi =)
    hafizmd baru je tulis kisah Teka-Teki Malaysia vs Bahrain!My Profile

  2. akubiomed says:

    Pengidap penyakit Gout perlu berpantang. Kalau terkena sampai yang tidak boleh berjalan.
    akubiomed baru je tulis kisah Cuci mata di KL International Motor Show 2013My Profile

    1. suri says:

      ramai orang menderita akan skakit itu kalau dapat penawar rasa mahu juga mereka senyum lebar.lebih lagi mereka akan dapat beribadat dengan Tuhan :)
      suri baru je tulis kisah Membuat Cup Kek Sendiri Tanpa Guru Lebih Menjimatkan!My Profile

  3. suri says:

    LAH macam nak tanam bunga ros jer heee..
    suri baru je tulis kisah Cahayacinta “Luahan Cinta”My Profile

  4. rumput belalai gajah banyak khasiatnya. Dgr kata ia bagus untuk ubat kanser juga…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Jalan-Jalan Cari Makan…My Profile

  5. Lyn™ says:

    Pernah dengar tapi memang tak pernah tau bagaimana rupa sebenarnya .
    Lyn™ baru je tulis kisah Mini GA – Like Saya Dalam Contest 3BMy Profile

  6. kurangkan makan seafood dan kekacang…boleh mengurangkan sakit ni…

    menabung di sini
    noormalashahar baru je tulis kisah Kitar semula minyak masak jadi biodieselMy Profile

  7. Azahairi says:

    Bagus idea nie boleh suggest kat kawan aku yang ada gout tue
    Azahairi baru je tulis kisah By: Main Game Dapat Duit Nyata | No Hoax Ada KomunitasnyaMy Profile

  8. hafiz says:

    Tak pernah pulak jumpa rumpur belalai gajah ni
    hafiz baru je tulis kisah Tarikh pembayaran gaji 2014My Profile

  9. titan says:

    tak best woo kalau kena gout nih.
    titan baru je tulis kisah Kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia tewas dengan Qatar (0-1).My Profile

  10. BukhariMalek says:

    ya betul bos… ayah saudara saya sakit gout pun cari daun tu
    BukhariMalek baru je tulis kisah Kuantan Palm CityMy Profile

  11. Amran says:

    Apa kata cikgu komercialkan rumput ni.. musim2 cuti ni, wat part tine tanam rumput pun ok.
    Amran baru je tulis kisah OSX MavericksMy Profile

  12. Amar says:

    Alternatif lain. Boleh juga minum air rebusan akar senduduk. Cumanya perlu diamal 60 hari berterusan setiap pagi. InsyaAllah gaut tu berambus terus. Dah lega nak makan kerang, ketam, udang, sotong pun boleh. :)
    Amar baru je tulis kisah OSX MavericksMy Profile

  13. dja@sishaza says:

    Sumber dari alam banyak rahsia dan khasiatnya …cuma kita ssaja yang tidak menyedarinya

  14. Putri Sukoco says:

    kunjungan perdana, artikel yang bermanfaat, slam

  15. mie says:

    penyakit gout selalu dengar..
    tapi rumput belealai gajah xpernah dengar pun..
    eehehee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #26 Seafarer IdentityMy Profile

  16. betul ke ada jual tak rumput ni..sebab ayah gua pun ada gout
    blogger lelaki baru je tulis kisah Rahsia Duit One Dollar AmerikaMy Profile

  17. kat umah tok is banyak la rumput nie tapi sini panggil lalang gajah. masa dia kecik nampak macam rumput bila dah besar nampak macam lalang je.
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Google Wish Birthday to is Today!My Profile

  18. papa mifz says:

    1st time dengar nama rumput nih…
    papa mifz baru je tulis kisah Pertama Kali Bercuti ke Cameron HighlandMy Profile

  19. UmmiKami says:

    Rumput bukan sebarang rumput,
    Belalai gajah telah bertunas;
    Semput bukan sebarang semput,
    Sampai termengah lelah nafas.. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Tak Terucap….My Profile

  20. kakiblog says:

    saya berharap dapat tanam juga tumbuhan ini nanti..
    kakiblog baru je tulis kisah 3 Tujuan Menulis BlogMy Profile

  21. Akuro San says:

    pertama kali dengar nama rumput belalai gajah… bagus juga khasiat dia jika boleh menyembuhkan gout..
    Akuro San baru je tulis kisah Pengajaran Dari Kisah Misteri Villa Nabila 2013My Profile

  22. Hafizul says:

    Rumput ni tinggi kan?rumput yang kena mesin lepas tu bagi kat lembu makan kan?
    Hafizul baru je tulis kisah Malu Dengan Artikel Blog SendiriMy Profile

  23. UmmiKami says:

    Ada juga rumput karpet… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pada Yang Bernama……WanitaMy Profile

  24. Rina says:

    Saya baru dengar nama rumput belalai gajah ini, kalau di Indonesia ada mungkin namanya juga beda nie…
    Rina baru je tulis kisah Best List To Get Free Stock Photos And Images For Your WebsiteMy Profile

  25. helimi says:

    Sy nak dptkan rumput belalai gajah boleh utk ubat ghout

  26. Zainal Yan says:

    Saya diberitahu oleh doktor saya menghidap sakit gout pada bulan Oct 1990. Berbagai ubat sudah cuba untuk mengatasi derita sakit ini. Alhamdullilah 15 tahun ditemukan dengan “Mellilia”. Lepas itu “AFA Extract” dari Stemtech. Sekarang saya akan cuba daun Belalai Gajah yang saya diberitahu oleh adik ipar saya ianya sangat mujarab bagi penyakit cancer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun