Rumah Zaman Moden

Menjenguk dan membaca tulisan Zik, Kenapa Saya Harus Pilih ImanPuri, aku teringat pula draf entri yang aku pernah tulis mengenai rumah dan rumah tangga. Rasanya molek sangat untuk aku lepaskan petang hari minggu begini. Lagi pun hati masih seronok dengan kemenangan Harimau Malaya menewaskan Indonesia malam tadi. :D

rumah punya pintu tentu juga punya tangga
satu kampung jadi satu semua sama sahaja
pilihan ayah ibu bila mahu berumah tangga
orang lama susun begitu kepada anak muda

dunia makin berubah gaya hidup pun sama
segalanya ambil mudah mahu gembira cuma
tiada emak ayah pilih pasangan anak muda
buang quran sunnah buang adat orang lama

rumah zaman kini banyak tidak bertangga
sungai tak boleh mandi tiada juga air telaga
ada perempun lelaki sanggup hidup bersama
tiada mereka jadi mendirikan rumah tangga

rumah makin tinggi panjang dan bertingkat
wanita serta lelaki langkah mestilah cermat
pandang ke kanan kiri pesanan wajib diingat
beriman bertaqwa diri senang dunia akhirat

Dalam cuti sekolah kali ini aku dapat empat jemputan kenduri dan semuanya dah pun berlangsung. Selamat berbahagia kepada semua pengantin baru di mana juga berada. Alangkah bagus kalau dapat dirikan rumah sebelum mendirikan rumah tangga.

Dirikan rumah tangga terlebih dahulu pun molek juga. Boleh nanti sama-sama berkongsi bayar harga rumah. Kan? :D

TehrDemikian kisah 'Rumah Zaman Moden' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. donnyien says:

    Hello bro, selamat petang..

    ada baiknya jika bina rumah dahulu baru bina rumahtangga kan bro…

    Ia terpulang kepada individu itu sendiri..
    donnyien baru je tulis kisah Kisah blogger yang suka mengumpatMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, terpulang kepada individu
      lagi pun kena tengok kedudukan kewangan seseorang juga

      1. shraqs says:

        Kalau sayalah,… saya pilih ada rumah dulu.. pastikan kewangan betul2 kukuh terlebih dahulu.
        shraqs baru je tulis kisah Pembayaran Ke 2 Dari AdF.lyMy Profile

  2. Cik Siti says:

    hidup berumah tangga mesti bersedia dari segala-galanya agar kita boleh mengharungi dugaan yang kian mencabar
    Cik Siti baru je tulis kisah Hujung Minggu Yang Tidak menyeronokkanMy Profile

    1. tehramuan says:

      benar sekali, cik siti
      persedian lengkap zahir dan batin juga
      ilmu dan iman juga mesti teguh

  3. Norizwan says:

    bagi saya elok diri kan rumah dahulu sebelum rumah tangga…supaya hubungan itu sempurna untuk mendirikan rumah tangga…
    Norizwan baru je tulis kisah Pertama kali terjah I-City Shah AlamMy Profile

    1. tehramuan says:

      kalau mampu memang molek sangat bina rumah lebih dahulu

  4. padin says:

    hehee, aku ingat bro nak dirikan rumah satu lagi, :D

    1. tehramuan says:

      kena sebut dan catat betul2 ni, bro
      dirikan rumah satu lagi bukan dirikan rumah tangga satu lagi :D

  5. akubiomed says:

    Mana satu hendak milik dahulu sebuah rumah indah atau sebuah mahligai rumah tangga yang bahagia?

    1. tehramuan says:

      memang kena ikut kemampuan
      rumah tanpa rumah tangga akan terasa sunyi
      rumah tangga tanpa rumah pula akan terasa sukar

  6. maza says:

    wah.. elok sangat tu cikgu.. lagi2 skrg ni udah masuk seasons kawen2.. ahaks. hehehe
    maza baru je tulis kisah Sebuah Kembara Johor; Pencarian Jalan HidupMy Profile

    1. tehramuan says:

      buat masa sekarang ni
      hanya dapat hadir jemputan kenduri je, bro
      bukan buat jemputan :D

  7. zool says:

    hehehe. saya masih mencari rumah tangga dulu.. lepas tu kalau berduit barulah boleh membina rumah bertangga pula
    zool baru je tulis kisah Tukar tayar motosikalMy Profile

    1. tehramuan says:

      dua2nya penting, bro

  8. kakyon says:

    untungnya seorang isteri dapat suami yg sudah berumah.. bukannya sudah berumahtangga..
    kakyon baru je tulis kisah main klik surveyMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      dalam maksud ni

      harap2 tak tersalah masuk rumah orang :D

  9. Bro Zulkbo says:

    salam..
    bila dah berkahwin,nak kena
    kongsi segalanya la pulak ye..
    lain la bujang dulu :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah 1 Disember : Apa Yang Penting Hari Ni?My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      begitula hendaknya, bro
      berkongsi zahir dan batin
      mudah2an sentiasa beroleh berkat
      dari dunia sampai akhirat

  10. yas says:

    bina rumah baru rumahtangga lagi baik…..senang pun senang x yah nk pikir pindah2 dah…:)
    yas baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      benar sekali
      memang sukar hidup berpindah rumah
      tambah lagi bila anak dah ramai

  11. Rumah, keperluan asas untuk kehidupan. Tanpa rumah hmmm.. bayangkan….
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Apakah Diet Macrobiotic?My Profile

    1. tehramuan says:

      tanpa rumah tiadalah tangga :D
      [gurau je]

      memang setiap keluarga perlu ada rumah
      sedih bila kenangkan ada pekerja yang dah hampir pencen, tapi masih belum punya rumah sendiri

  12. Musim cuti ramai yg bina rumah tangga. Kalau bukak FB, boleh terima kad jemputannya :D Bukan rumah jer moden, jemputan pon moden…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Breakfast at Breads & MoreMy Profile

    1. tehramuan says:

      zaman sekarang ni semua nak cepat dan mudah, bro
      dah gayanya gitu…

  13. UmmiKami says:

    Peramah juga Sang Permaisuri..
    Pandai berkarya masyhur termaktub..
    Rumahtangga bertiang seri..
    Mahligai bahagia seumur hidup..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lawak Ada-ada saja….^^My Profile

    1. tehramuan says:

      Cantik indah atur susunan,
      Hiasan baju permaisuri raja;
      Tiang rumah berhiaskan iman,
      Tangga batu berhiaskan taqwa.

  14. titan says:

    gua..gua no komen. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen Kedua dari KPLIj-Qaf.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      aik?
      apasal no komen?

      takyah risau, bro
      ain tak datang baca blog ni :D

  15. Hakim Mahmud says:

    semolek-moleknya bina rumah dulu sebelum berumah tangga , kalau dah berumah tangga takde la kene sewa rumah orang.
    Hakim Mahmud baru je tulis kisah Zzati Rashid Teman Wanita Wan Zack HaikalMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, bro
      kalau nak bandingkan dengan beli kereta
      [besar & mahal]
      beli rumah adalah langkah yang lebih baik

  16. aku masih merancang dan berkumpul untuk mendirikan rumah tangga aieh.

    rumah dan tangga konkrit zaman la ni mahalnye la encik tehr.
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah hidup seorang paiMy Profile

    1. tehramuan says:

      buat rumah kecil2 je
      [rumah kecil tepi sawah]
      janji penuh dengan warna pelangi :D

  17. Cikgu Hairul says:

    rumah pasang siap teknologi terbaru dari upm. saya tengok di MAHA 2012. diperbuat dari kayu dan siap dalam masa seminggu je. sesuai untuk pasangan baru berumahtangga.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Prasarana Treasure Hunt 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      seminggu tu
      molek sangat kalau dah ada tanah sendiri

  18. Juan says:

    dapat dirikan rumah sebelum rumah tangga adalah lebih baik kerana tanggungan selepas berumah tangga mungkin mengakibatkan sedikit kesukaran untuk memiliki rumah lagi lagi jika si isteri seorang suri rumah
    Juan baru je tulis kisah Tips Temuduga Interview Kerja dan Contoh ResumeMy Profile

    1. tehramuan says:

      bila dah dapat cahaya mata
      bila mereka bersekolah
      beban keluarga akan semakin berat

  19. Hafizul says:

    Hehehe..memang meriah kalau musim cuti sekolah..selamat pengantin baru juga buat mereka yang terliobat..emm seronok kan dapat pergi kenduri..teringt kenangan lama..emm rumah tinggi cantik…mcm gambar header pondok kecil tu..
    Hafizul baru je tulis kisah Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      rumah tinggi ni sesuai ketika muda je, bro
      bila dah tua nanti, tak larat dah nak naik tangga

  20. fiezaradzi says:

    beli rumah lepas kawen. bayar, agih2.. hihi..

    suami tak suka rumah tinggi2, jadi kena beli rumah y de tanah..biar pun duduk tgh2..
    fiezaradzi baru je tulis kisah SesakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun