Kes ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh kena samun menyebabkan aku mula takut untuk keluar tengah-tengah malam. Aku ni selalu je diajak anak ke 7-Eleven untuk beli roti ke, coklat ke… buat bekal berjaga.
Dari rumah nak ke kedai tu, mahu juga dalam 1/2 jam pergi dan balik.
Rumah Kita
Mari kita cari titik persamaan
Jangan dibesarkan titik perbezaan
Di situ bermula perpaduan kita
Di situ bermula perpecahan kita
Benarkah ini rumah kita
Memang benar dek oi
Duduklah di kerusi
Jangan duduk di lantai saja
Rumah ini rumah kita
Memang benar dek oi
Sudah terang lagilah nyata
Jangan sengketa
Sesama kita jangan sengketa
Rumah ini rumah kita
Jangan biarkan orang yang jaga
Di tangan kita
Buruk baik di tangan kita
Benarlah ini rumah kita
Makanlah isi
Jangan hanya hirup kuahnya
Baru tentu hala tujunya
Anak cucu terpelihara
Berbaik berpada-pada
Jangan cacing naik ke mata
Lirik Lagu Rumah Kita -ND Lala
Sempat juga aku dengar temubual ND Lala dalam Rancangan Galaksi di TV9 malam tadi. Memang tabik dengan beliau, langsung tak keluarkan kata-kata berbau marah kepada penjenayah yang menyamun beliau. Yalah, marah banyak-banyak pun tak guna juga, kan?
Cuma apa yang aku masih fikir-fikir ni, apa yang boleh kita buat dalam hal ini? Bandar ini bandar kita, kampung ini kampung kita, rumah ini juga rumah kita.
Post Berkaitan:
pergi pergi cari timba
kaki terpijak duri semalu
pantang lepa pencuri tiba
kena sentiasa waspada selalu
simpan duit dengan cermat
angota rela sentiasa berjaga
kalau hendak rumah selamat
ikut rondaan rukun tetangga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
tip hilangkan getah pokok d. tahi burung pd kereta
anggota rela sentiasa berjaga
awal malam hingga ke pagi
ikut rondaan rukun tetangga
rumah sendiri dimasuki pencuri
huhu
Saya pernah menyaksikan kejadian rompakan di 7 Eleven. Ketika itu saya baru habis kerja waktu malam dan singgah 7 Eleven untuk beli air ketika saya masuk berlaku samun antara lelaki dan pekerja 7 Eleven. Perompak agak terkejut ketika saya masuk dan pada sama saya terkejut serta meluru ke bahagia belakang untuk mengambil air botol. Oleh kerana masing-masing terkejut perompak tersebut melarikan diri tanpa sempat melarikan wang manakala saya membatalkan hasrat untuk membeli air botol dan pulang ke rumah.
akubiomed recently posted..Bermudik di Melaka River Cruise siri 2
wahhh…pengalaman yg agak menakutkan jugak ni bro…
yas recently posted..Cara Semak Daftar Pemilih 2011- Bagi Seisi Rumah!!
memang kecut perut tu, bro
agaknya perompak tu baru nak belajar je
memang tak boleh terkejut
ker bro ab ni ada iras pqwai polis heeee
surihati_ku recently posted..Senaraikan Geram!!
minta2 dijauhkan perkara buruk sebegini berlaku ke atas kita. takut rasanya bila baca kes samun n rompak ni…
izan ishak recently posted..Bila Hari Jumaat…
moga2 sentiasa dilindungi allah
7-Eleven dekat tempat i tinggal pernah kena rompak & salah seorang pekerjanya terbunuh. Suspek2 yg ditahan, dibicara di mahkamah akhirnya terlepas. Entah sepa lah punya kerja yg tak siap tu, pendakwaraya kah, siasatan tk lengkap kah… Haihhh.. takut pulak nk pegi 7-eleven
floyd recently posted..Taklimat Bantuan Rakyat 1Malaysia
memang takut tu
nampaknya kena keluar siang la
emm..sabar ajelahh..kalau seorang dua..sanggup lagi aku melawan..tapi kalau dah 10 orang..bagi ajelah..
titan recently posted..Tinggi-tinggi kelapa sawit.
keselamatan lebih utama, bro
duit tu allah akan ganti
Kalau kena samun tu bagi je lah. Itu rezki penyamun. InsyaAllah ada hikmahnya. Ia ujian daripada Allah. Supaya kita sedar siapa kita. Doakan semoga penyamun itu mendapat hidayah dan keinsafan untuk tidak jadi penyamun lagi dan hijrah menjadi manusia alim yg faham agama.
sot recently posted..Sajak2 Pendek Pagi Jumaat
betul
moga2 mereka insaf
siapa tahu, kan?
ntah2 mereka nantinya lebih beriman dari kebanyakan orang
kita hanya mampu berusaha mengelakkan selebihnya tawakkal
sud@is recently posted..Indahnya Menjadi Yang Pertama
yups
kena ambil langkah berjaga2
macam2 kes skg nih….semoga penjenayah tu dpt ditangkap olrh pihak berkuasa..
yas recently posted..Banjir di UiTM Shah Alam
hukuman untuk kesalahan mereka
tak perlu ada dendam segala
Kalau baca kes samun rompak rogol bunuh ni, takut rasanya nak ke mana2, tapi ada juga yang duduk rumah pun kena bunuh, entah dimanakah yang paling selamat kat dunia ni…
tu la pasal, nor
kat rumah pun boleh berlaku jenayah ni
memang kena hati2 sentiasa
ND lala mmg cool… org bisnes nie biasa mmg mcm tu…
Petua Emak Hot recently posted..Petua menghilangkan bau badan dari keluarga
sikap dan langkah yang baik tu
salam..
kenaa berhati-hatilah
walau di mana sahaja
penyamun mencari
ruang dan peluang bila
kita leka
zulkbo recently posted..Borang Bantuan Rakyat RM 500 (BR1M)-RM 500 : Download Dan Print
salam kembali
kadang2 kita juga alpa
sedangkan mereka sentiasa ada dok intai peluang
huhu
penyamun selalunya lebih
peka dari kita..jangan lepa
sikit pun..terbaik, selalulah
baca surah apa yang patut
insyaallah di lindungi niat
jahat orang pada kita
benar kata orang tua, jangan keluar malam banyak buruk dari baiknya
ciksembang recently posted..Apa makna nike sebenarnya ?
betul3x
keluar malam ni memang banyak godaannya
Wow ! buat catatan pantun dalam teknik yang berbeza … satu teknik yang perlu dipelajari ni, tetapi tak pasti sama ada dalam di blogspot ada cording macam tu.
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 4
boleh juga diguna dalam blogspot, bro
kod html je
Kesia juga kat ND Lala tu … nasib dia tidak tercedera …
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 4
yups
mujur juga hanya barang2 yang hilang
Biasanya penjenayah ni secara random je rompak mangsanya jika keadaan ‘line clear’ tetapi bagi yang dah kena booster dadah ramai orang pun dia tak kisah nak rompak juga.
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 4
memang masalah besar dalam negara kita sekarang ni
dadah musuh no1 negara
Sekarang ni ada workshop yang buat lapisan cermin yang anti pecah mungkin kos mahal sikit tetapi berbalui juga untuk anti jenayah …
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 4
boleh juga dibuat tu kalau mampu
macam kita ni, orang biasa2 ni
terpaksa terima apa yang ada je
huhu
Dapat bantuan rakyat RM 500 ni rasanya boleh pasang kot … tetapi Benjy tak mungkin pasang …. hehehe. Mungkin bantuan rakyat tu buat belanja dapur lagi berbalui
.
b3njy recently posted..PANDUAN SEO DAN RAHSIA UNTUK BLOGSPOT
Namun kalau berhadapan dengan situasi itu jangan melawan … melainkan kita ni hebat macam Jet Li lainlah …
b3njy recently posted..SEBUAH CERITA FANTASI – PART 4
aku ni
langkah silat tak reti la
hanya lari langkah seribu je yang aku tahu
tak selamat lah kalau sekarang nih… kat mana2 kita kena berhati-hati…. ada dengar cerita juga pasal ND lala kereta dia kena pecah..
zik recently posted..Gambar gerhana bulan 10 disember 2011 (seluruh malaysia dan lain-lain)
kita ni boleh ambil langkah keselamatan je
yang lain2, serah je pada allah
kita sama-samalah doakan yang terbaik..untuk diri kita dan untuk dia yang ditimpa musibah..doakanlah ya..amin
p/s- kesal masih ada yg menyindirnya di twitter anaknya ketika dia ditimpa musibah…
Ad-Dien recently posted..Asma’ binti Abu Bakar Lahirkan Bayi Islam Pertama Di Madinah
manusia ni memang suka nak perli sindir orang
kerja buruk perangai tu ramai yang suka buat
kalau sendiri yang kena, baru la otak mahu berfikir
hurm..takut gak sekarang ni nak kemana2 sensorang. bahaya ada di mana2. tp nasib baik gak nd lala tu tak di apa2kan
chii recently posted..Hujung Minggu
bahaya kat mana2, chii
kita minta doa je banyak2 lepas berusaha
aku juga pernah baca pasal kes tuh kat paper.tapi rasanya penjenayah tuh dah lama aim n.d lala kot.
ghost writer recently posted..yang tidak dijelaskan
ekes samun semakin menjadi rasa kecut perut jer tapi klu ada belajar ilmu pertahankan diri bgus juga..
surihati_ku recently posted..Senaraikan Geram!!
benar rumah ini rumah kite, teh Jangan biarkan orang yang jaga,
Berbaik berpada-pada, Jangan cacing naik ke mata, insyallah Anak cucu terpelihara
apaajanews recently posted..JYOTI WANITA TERKECIL DI DUNIA
is there a youtube for Rumah Kita by ND Nala?