Rumah Besar Tiang Seribu

Rumah besar tiang seribu
Yang ada cuma datuk dan cucu
Hanya sesekali mata bertemu
Aku lihat kamu, kamu pandang aku

Rumah kecil tiangnya empat
Ahlinya ramai biliknya sendat
Ayam seekor ayah tak dapat
Tiidur malam bertindih rapat

Rumah cantik di kaki bukit
Belanja membina bukan sedikit
Pandangannya luas jalannya sempit
Tak siapa mendengar bila menjerit

Rumah buruk di tepi pantai
Ibu seorang anaknya ramai
Mandi pagi terjun ke sungai
Bergelak ketawa beramai-ramai

TehrDemikian kisah 'Rumah Besar Tiang Seribu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. Mus says:

    mungkin satu masa nanti rumah dibina tidak bertiang..
    Mus baru je tulis kisah Canon EOS 6D Digital Camera (Full Frame DSLR) – Tiga Pakej Harga MenarikMy Profile

    1. tehramuan says:

      kalau tak silap aku
      sekarang pun dah ada, mus

      mereka bina tapak, pasang dinding dan naikkan bumbung
      macam tu je

      1. cmratu says:

        haha.. betul2 dah tak perlu tiang…
        cmratu baru je tulis kisah Berhati-Hati Di Bilik KaraokeMy Profile

  2. Hafizul says:

    Emm rumah besar pun bila dah tua nanti duduk berdua juga..huhu…
    Hafizul baru je tulis kisah Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      anak2 semua dah ada kehidupan sendiri

      1. shraqs says:

        Ini yang sayunya…
        shraqs baru je tulis kisah Pembayaran Ke 2 Dari AdF.lyMy Profile

      2. nk buat mcmane..mmg kehidupan mcm tu.. huhu
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  3. UmmiKami says:

    Salam hurmat,

    Rumah Menteri di Sungai Siput..
    Tiangnya memacak delapan puluh..
    Jamah saudari sambai sejemput..
    Siangnya rancak sampaikan berpeluh..

    Haluan berani di rempuh todak..
    Badai mengalun berkali dijangka..
    Tuan di sini sungguhlah bijak..
    Pandai berpantun ahli berseloka….^^
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lawak Ada-ada saja….^^My Profile

    1. tehramuan says:

      Rumah menteri besar sungguh,
      Orang gaji ramai sekali;
      Rasa panas badan berpeluh,
      Kerana termakan cili padi.

  4. akubiomed says:

    Bila anak-anak sudah berkeluarga masing-masing tinggal dirumah sendiri. Tinggal ibubapa dirumah besar.
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti bapa dan anak di hujung mingguMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang nampak begitulah arahnya sekarang ini
      harapnya anak2 rajin2 la balik kampung

  5. maza says:

    rumah aku satu.. tiang pun tak ada.. cuma ada konkrit jerk.. camner tu cikgu?

    hehehe
    maza baru je tulis kisah Di Atas Ranjang ItuMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada tu, bro
      menyorok dalam dinding :D

  6. papa mifz says:

    rumah cantik jika di tepi bukit susah gak kan sebab nak mintak tolong orang tak dengar la pulak…
    papa mifz baru je tulis kisah Contact Lens MurahMy Profile

    1. tehramuan says:

      harap2 dapat liputan dan online :D

  7. donnyien says:

    Hello bro, dalam betul makna pantun diatas… harap-harap hujung tahun ni dapat bercuti untuk bertemu keluarga di kampung.

    Burung helang terbang kelangit,
    burung nuri cantik bulunya,
    tidak sabar nak naik flight,
    hendak bertemu ayah dan ibunda…
    donnyien baru je tulis kisah Apa itu blogging bagi saya?My Profile

    1. tehramuan says:

      Burung berbulu merdunya suara,
      Sayangnya kaki senget di kiri;
      Hendak bertemu ayah dan bonda,
      Sayangnya cuti tak lulus lagi.

      1. donnyien says:

        helo bro, cuti tidak lulus lagi.. :(

        Kaki burung senget kekiri,
        bila jalan menari-nari,
        cuti tahunan belum diluluskan lagi,
        harap mereka berubah hati,

  8. cmratu says:

    rumah besar tapi hati sunyi pun tak guna juga.. :)
    cmratu baru je tulis kisah 2 kali naik pelaminMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang sangat tak guna
      hati perlu ceria dan meriah sentiasa

  9. Cik Siti says:

    Indah sungguh wajah puteri,
    siang malam bawa ke mimpi,
    biar tiangnya satu tampak berseri,
    tiada guna tiang seribu namun tiada erti….
    Cik Siti baru je tulis kisah kipas….My Profile

    1. tehramuan says:

      Siang malam bawa ke mimpi,
      Ada ketika hingga mengigau;
      Tiang seribu tiadalah erti,
      Andai jiwa meronta meracau.

  10. kakyon says:

    rumah tiang berapa pun tak kisah..yg pasti semua orang akan tinggal dirumah yang tiangnya dua di atas..:)
    kakyon baru je tulis kisah bunga bunga di hati..My Profile

    1. tehramuan says:

      tempat tu la yang dituju oleh semua orang
      moga2 kita akan sentiasa aman di sana dengan rahmatNYA

  11. Norizwan says:

    rumah besar duduk sendirian, anak-anak sudah berkeluarga…

    rasa sunyi jer kan….
    Norizwan baru je tulis kisah Masjid khas homoseksual di PerancisMy Profile

  12. titan says:

    aku takde rumah besarrr..tiang pun takde yang cukup seribu..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 59 dan 60 dari Text Link Ads.My Profile

  13. yas says:

    Rasa2 cam ada tajuk lagu lama serupa dgn tajuk pantun Tehr kali ni…..tp den x bape pasti sgt laa…..:)
    yas baru je tulis kisah IPHONE 5 BLOGGER PALING HEBATMy Profile

  14. UmmiKami says:

    Salam hurmat,

    Namun bergaya teratak Pak Tani..
    Tiang seri patahlah dua..
    Berpantun saya jejak ke sini..
    Siang hari memerah idea..

    Rumah besar lantai selari..
    Tiang seri kuat dan kukuh..
    Hikmah belajar bagai jauhari..
    Sayang diri cepat mengeluh…
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Beradat Santun Melayu…My Profile

  15. zool says:

    ada duit bolehla buat rumah besar tiang seribu
    zool baru je tulis kisah Wordless Wednesday #Angan tak kemanaMy Profile

  16. Mummy Akmr says:

    Pandai jugak berpantun…~
    Mummy Akmr baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  17. rumah kawe tiang 10 jer kot? :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah My Favourite Rock Bands Of The 80′s And 90′sMy Profile

  18. fiezaradzi says:

    rumah kecil, tapi riuh, mmg best.. tapi skg bila dah tua2, anak pun de keluarga sendiri..

    bestnya lau dpat duduk dgn mak ayah
    fiezaradzi baru je tulis kisah SesakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun