Rukun Islam

s sudarmajiSemalam saya menulis Lagu Dalam Pantun dengan menggunakan 27 tajuk lagu dari beberapa orang penyanyi. Entri semalam juga ada diletakkan gambar S Sudarmaji, salah seorang sahabat Seniman Agung P Ramlee yang banyak menulis lirik bagi lagu-lagu beliau.

Kali ini saya sertakan salah satu lirik yang disusun oleh S Sudarmaji. Lagu Rukun Islam yang dirakam pada tahun 1963, disampaikan oleh P Ramlee dan Saloma. Selain menulis lirik, S Sudarmaji juga berbakat dalam bidang lakonan. Sahabat pernah melihat beliau dalam filem Seniman Bujang Lapok, kan?

rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

pertama mengucap dua kalimah sahadat
kepada allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat

kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu

ketiga ramadhan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada yang maha esa

keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda islam semua bersahabat
allah akan memberi berkat

kelima fardu haji ke baitullah
rukun islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah allah

rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

Seronok dan tenang sahaja mendengar lagu-lagu yang mempunyai susunan lirik seperti ini. Sahabat yang mempunyai anak kecil, bolehlah cuba-cuba untuk menguji suara sambil menghayun buaian. Kalau anak nyenyak tidur, maknanya dah boleh tu. Tapi kalau anak kecil nangis makin kuat, rasanya lebih baik main lagu dari handphone je. :D

p/s Saya minta maaf kerana tidak sempat sediakan entri Pantun Pilihan Dari Sahabat seperti yang dijanjikan. Saya sendiri belum sempat mengarang pantun contoh untuk kata kunci yang telah saya pilih. Sori.

TehrDemikian kisah 'Rukun Islam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. dnoBiz says:

    lagu hasil orang dulu dulu memang seni dan alunannya cukup meninggalkan kesan,
    Ps : lagu raya dulu dulu pun sama
    dnoBiz baru je tulis kisah Setahun Berlalu – Blog dnoBiz setelah cukup setahunMy Profile

    1. tehr says:

      lagu raya moden ni
      hanya lagu m nasir je yang aku suka

      1. yas says:

        Lagu zaman dulu mmg betul2 asyik ar bro…nak2 lagu nyasid…lagu2 raya pun still evergreen sampaikan kalau nak raya kalau x de/dengar lagu lama2 tak sah rasanya…
        yas baru je tulis kisah Satu hari nantiGambaran hidup manusia dimasa hadapanMy Profile

  2. lagu yg simple dan mempunyai mesj yg jelas..

    tak dilupakan juga lagu yg memberi keinsafan..

    “bila izrail datang memanggil…
    jasad terkubur…di pembaringan..
    seluruh tubuh…akan menggigil..
    terbujur bdan..dan kedinginan..
    tengkorak emas baru je tulis kisah Perbualan 2 TekongMy Profile

    1. tehr says:

      pernah suatu ketika dulu lagu selimut putih ni dilarang siarannya di rtm
      tak tahu kenapa

      1. suri says:

        eh suri pun ada buat posting ttg lagu tu ar…rasanya entri penghujung tahun haritu heee

        1. tehr says:

          siaran ulangan ni, suri

  3. nyanyi sambil tdokan anak buah..hehe

    1. tehr says:

      cari pengalaman terlebih dahulu
      kelak dodoikan anak sendiri pulak, kan?

  4. akubiomed says:

    Lagu juga boleh digunakan untuk menyampaikan saluran dakwah kalau betul caranya
    akubiomed baru je tulis kisah Hantu Kak Limah balik RawangMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      kalau betul dengan cara
      bukan matlamat menghalalkan cara

  5. suri says:

    ha..uca[an sori jer mana blh~! ngeee… tiada maaf bgmu eki..eki..eki…

    1. tehr says:

      alaa…
      boleh laa… :D

  6. suri says:

    dulu masa sekolah agama ada juga bawak lagu ni..masa tu ada sambutan hari guru heee…

    suri rendah kene dok depan aduh malunya waktu tu sslu ckp awat aku tak tinggi2 blh duduk belakang skli heeeee :)

    1. tehr says:

      hehe
      rendah / tinggi masing2 ada kelebihannya
      yang tinggi tu pulak selalu dok pikir
      kenapa la aku tak boleh nak dok kat depan :D

  7. Waaaaaah. Tak perasan pulak lagu ni dalam pantun.
    First time tengok gambar S. Sudarmaji ni.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah 5 Blog paling kerap dilawati 2011My Profile

    1. tehr says:

      cerita seniman bujang lapok tu
      ok juga bakat lakonan dia

  8. adele says:

    lagu dulu2 byk pengajarannya berbanding skrg yg merapu meraban liriknya.skit2 cinta kecundang putus harapan.xde nilai estetika lgsung.huhu
    adele baru je tulis kisah Gambar- Lukisan Alam dan KehidupanMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      tak ada hikmat langsung bila lagu hanya meratap hiba dek putus cinta
      kan, adele?

  9. zulkbo says:

    salam..
    dakwah beliau nampaknya
    meresap dalam jiwa dan pendengar
    hingga kini..moga Allah mencucuri rahmat
    ke atas rohnya..Al-Fatihah…
    zulkbo baru je tulis kisah Datuk Khalid Abu Bakar Dilantik Timbalan Ketua Polis NegaraMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      hasil yang baik akan dikenang sampai bila2

  10. kakyong says:

    lagu org dedulu, liriknay simple mudah difahami & kesannya mendalam..

    kakyong memang suka dengar lagu lama…
    kakyong baru je tulis kisah 6th Anniversary GA @ kakyongcomMy Profile

    1. tehr says:

      yang elok kita jadikan teladan
      yang buruk kita jadikan sempadan

  11. mie says:

    gue ingat lagu ni..
    hehehehee
    mie baru je tulis kisah Apa Uniknya i-city Shah AlamMy Profile

    1. tehr says:

      melodinya mudah je
      memang senang nak ingat liriknya

      1. Ismail N says:

        Ini pantun dan juga merupakan lagu.. Kalau tak silap cerita Ali Baba Bujang Lapuk kan? Memang klasik betul lagu ni. Rasanya kalau kanak2 zaman dulu ramai yg hafalnya. Bagus kalau diajar disekolah-sekolah time agama.

        Rasanya pendidikan agama di sekolah (kebangsaan) skrg terlalu advance dan mengambil banyak masa. Macam sekolah agama pun jugak. Mungkin patut kurangkan sikit agar lebih ramai non-muslim tertarik masuk sekolah kebangsaan.

        Kita nak mereka pergi kelas Bahasa Cina sebelah petang, maybe kita pun patut suruh anak-anak kita pergi sekolah agama sebelah petang sikit. Tolerensi antara kaum dan agama amat penting bagi keamanan negara. :D
        Ismail N baru je tulis kisah Dari Komen Menjadi CeritaMy Profile

        1. tehr says:

          di kelantan tiada sekolah agama sebelah petang, bro
          tiada pengalaman saya mengenainya

          kami hanya ada kelas fardu ain selepas waktu sekolah

      2. mie says:

        itu la..
        lagipun memang sedap didengar..
        eeheheee
        mie baru je tulis kisah Takeaway Bukhara Briyani @ Sepang International CircutMy Profile

  12. nizam says:

    memang best kan alunan lagu berunsurkan islam…tenang dan damai terasa… :)
    nizam baru je tulis kisah Pendapat Anda Tentang Melayu 3GPMy Profile

    1. tehr says:

      lirik yang senang nak hafal ni, bro

    1. tehr says:

      allahuakbar!

  13. bEe says:

    Org dulu2 buat pantun & lirik lagu simple shj tp penuh dgn pengertian. Org skang????? Kadang2 tak paham…… Dahlah melodinye mcm kacau bilau (mcm pengkritik lagu pulak :-P)

    1. tehr says:

      kita kritik / tegur bila pada pandangan kita tak sesuai
      pandangan orang lain pula mungkin lain
      rasanya tak salah tu

  14. Cik Siti says:

    muhasabah diri….
    Cik Siti baru je tulis kisah Sebab Pulut Santan BinasaMy Profile

    1. tehr says:

      sama2lah kita, cik siti

  15. toyol says:

    lagu rukun islam ni memang sampai skrg pun di guna pakai utk pembelajaran anak2..
    memang mudah diingat bila ia d buat lagu..
    toyol baru je tulis kisah PENULIS SENJA TERAKHIRMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 nak nyanyi pun senang je, kan?

  16. zik says:

    senang ingat bila dilagukan nie…
    zik baru je tulis kisah Tasbih kaffarah bacaan selepas majlis ilmu-zikirMy Profile

    1. tehr says:

      sangat sesuai untuk dodoikan anak ni, zik :D

  17. yas says:

    Suka dengar lagu nasyid lama2…
    yas baru je tulis kisah Satu hari nantiGambaran hidup manusia dimasa hadapanMy Profile

    1. tehr says:

      muziknya tidak begitu sibuk, kan?
      hehe

  18. kaizen says:

    nih lagu p ramlee kan? hehe
    kaizen baru je tulis kisah eNTRi PeRTaMa DaRi TaWau 2011My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun